Oleh pada 26 Jun 2019 kategori

Revolusi Iran yang juga dikenali sebagai Revolusi Islam (Persia Enqelāb-e Eslāmī), adalah satu pemberontakan popular di Iran pada tahun 1978 hingga 1979 yang mengakibatkan penggulingan monarki pada 11 Februari 1979. Revolusi ini juga telah menyebabkan berlakunya penubuhan sebuah republik Islam.

Permulaan revolusi di Iran

Revolusi 1979 yang telah menyatukan rakyat Iran daripada pelbagai kumpulan sosial yang berbeza berputik daripada sejarah negara itu sejak dulu lagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kumpulan-kumpulan ini yang mana terdiri daripada golongan seperti para ulama, pemilik tanah, intelektual, dan pedagang satu ketika dahulu pernah bersatu dalam Revolusi Perlembagaan pada tahun tahun 1905 hingga 1911.

` sejarah revolusi iran

(Reza Shah Pahlavi, Raja/Shah Iran)

Walaubagaimanapun, usaha-usaha ke arah pembaharuan disekat di kerana munculnya ketegangan sosial serta campur tangan asing oleh Rusia, United Kingdom, dan kemudian, Amerika Syarikat.

United Kingdom membantu Raja Parsi (Shah Iran) iaitu Reza Shah Pahlavi dalam membentuk kerajaan pada tahun 1921.

Bersama dengan Rusia, United Kingdom kemudiannya bertindak menjatuhkan Reza Shah pada tahun 1941, digantikan oleh anaknya Mohammad Reza Pahlavi sebagai pemerintah.

Pada tahun 1953, selepas Perdana Menteri Iran Mohammad Mosaddeq menukarkan syarikat Minyak Anglo-Iran ke bawah kawalan kerajaan dan para penyokongnya menggunlingkan Mohammad Reza Shah, Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) dan United Kingdom Intelligence Service (MI6) merancang satu rampasan kuasa terhadap kerajaan Mosaddeq dan mengembalikan kuasa pemerintahan monarki. 

revolusi perlembagaan iran

Beberapa tahun kemudian, Mohammad Reza Shah membubarkan parlimen dan melancarkan Revolusi Putih, sebuah program pemodenan yang agresif yang mengembangkan kekayaan dan pengaruh pemilik tanah dan ulama serta mengganggu ekonomi luar bandar.

Hal ini membawa kepada perbandaran dan "Pembaratan" yang begitu pesat, mendorong kepada kebimbangan mengenai demokrasi dan hak asasi manusia.

Dari segi pembangunan ekonomi, program ini dilihatkan sangat berjaya namun faedahnya tidak diagihkan secara sama rata walaupun kesan transformatif terhadap norma dan institusi sosial secara luas dirasakan.

Tentangan terhadap dasar oleh Shah di Iran ini semakin menyerlah pada tahun 1970-an apabila ketidakstabilan kewangan dunia dan turun naik dalam penggunaan minyak oleh Barat mengancam ekonomi mereka dengan begitu serius.

Satu dekad pertumbuhan ekonomi yang luar biasa, perbelanjaan kerajaan yang besar dan ledakan harga minyak telah menyebabkan kadar inflasi yang tinggi serta pengurangan kuasa membeli dan taraf hidup rakyat di Iran.

mohammad reza pahlavi

(Mohammad Reza Pahlavi, Raja/Shah Iran menggantikan bapanya, Reza Shah Pahlavi )

Penindasan sosiopolitik oleh rejim Shah yang semakin meningkat pada tahun 1970-an menambahkan masalah ekonomi sedia ada.

Cabang untuk penyertaan politik sangat minima dan parti-parti pembangkan seperti Barisan Nasional Iran yang terdiri daripada gabungan kaum nasionalis, ulama, dan parti sayap kiri non-komunis serta Parti Tūdeh (pro-Soviet) telah dipinggirkan atau diharamkan.

Protes sosial dan politik seringkali berhadapan dengan penapisan, pengawasan, atau gangguan dan penahanan serta penyeksaan haram adalah menjadi satu perkara biasa.

Untuk pertama kalinya dalam lebih dari setengah abad, golongan intelektual sekular yang mana kebanyakan terpesona oleh rayuan populis Ayatollah Ruhollah Khomeini (bekas profesor falsafah di Qom yang telah diasingkan pada tahun 1964 selepas bersuara tegas menentang program reformasi Shah Iran), telah mengabaikan matlamat mereka untuk mengurangkan kekuasan dan kekuatan ulama Syiah.

Malah, mereka berhujah bahawa dengan bantuan ulama-ulama Syiah, penguasaan Shah Iran boleh digulingkan. 

sejarah revolusi iran ayatollah khomeini

Dalam situasi ini, anggota Barisan Nasional, Parti Tūdeh dan pelbagai kumpulan-kumpulan serpihan mereka menyertai kumpulan ulama dalam pembangkangan yang luas terhadap rejim Shah.

Ayatollah Khomeini terus terus menyebarkan misinya  ketika berada dalam buangandi buangan tentang kejahatan rejim Mohammad Reza Pahlavi, menuduh Shah sebagai batil dan tunduk kepada kuasa asing.

Beribu-ribu pita dan salinan percetakan ucapan Khomeini diseludup masuk kembali ke Iran pada tahun 1970-an.

Ia dikuatkan dengan situasi di mana ramai orang daripada golongan menganggur dan miskin di Iran yang kebanyakannya pendatang baru dari kawasan luar bandar, kecewa dengan kebudayaan moden Iran telah beralih kepada ulama untuk mendapatkan bimbingan.

Kebergantungan Shah kepada Amerika Syarikat, hubungan eratnya dengan Israel yang mana kemudiannya terlibat dalam permusuhan yang melampau dengan negara-negara Arab yang beragama Islam serta dasar-dasar ekonomi yang dianggap buruk oleh rejimnya menyumbangkan potensi pemberontakan daripada orang ramai.

kisah revolusi dan peralihan kuasa di iran

Secara kasarnya, dengan ekonomi yang berkembang dan pemodenan infrastruktur yang pesat, segala-galanya berjalan lancar di Iran.

Tetapi tak lama kemudian, Iran telah berubah dari masyarakat tradisional, konservatif dan luar bandar kepada masyarakat industri, moden dan bandar.

Sama ada melalui rasuah atau ketidakcekapan mentadbir, kerajaan Iran pada ketika itu telah gagal untuk mengotakan semua janji yang dimanifestasikan.

Meletusnya Revolusi Iran 1978

revolusi iran syiah

Pada Januari 1978, kecewa dengan apa yang dianggap sebagai fitnah terhadap Khomeini oleh sebuah akhbar Tehrāniaitu Eṭṭāla'at, beribu-ribu penuntut muda madrasah memenuhi jalan-jalan.

Mereka diikuti oleh beribu-ribu pemuda Iran yang mana kebanyakannya pendatang baru-baru ini dari kawasan luar bandar yang menganggur dan mula membantah tindakan melampau rejim itu.

Reza Pahlavi yang lemah akibat menghidap kanser dan terkejut dengan tentangan terhadapnya secara tiba-tiba, menggunakan pendekatan secara konsesi dan penindasan secara berganti-ganti kerana beranggapan bahawa protes itu adalah sebahagian daripada konspirasi antarabangsa terhadapnya.

Ramai orang dibunuh oleh tentera kerajaan dalam protes anti rejim yang menyumbang kepada keganasan di negara Syiah ini di mana kesyahidan memainkan peranan penting dalam ungkapan agama.

revolusi iran 1978 2

sejarah revolusi iran 1978 260

Kematian diikuti dengan demonstrasi untuk memperingati perkabungan 40 hari dalam tradisi Syiah, serta korban yang semakin meningkat.

Disebabkan ini, walaupun semua usaha yang dilakukan oleh kerajaan, satu kitaran keganasan bermula di mana setiap kematian mencetuskan protes seterusnya dan semua protes telah disemai di bawah jubah Syiah.

Ia juga dikuatkan dengan laungan emosi Allahu Akhbar yang mana boleh didengari di protes-protes yang dilakukan.

Keganasan dan gangguan terus meningkat dan pada 8 September 1978, rejim ini mengenakan undang-undang tentera.

Undang-undang ini membolehkan para tentera melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan di Tehrān yang menyebabkan korban nyawa yang sangat tinggi.

Seminggu kemudian, pekerja kerajaan mula melakukan mogok. Pada 31 Oktober, pekerja minyak juga mogok yang menyebabkan industri minyak terhenti.

Demonstrasi terus berkembang dan pada 10 Disember, jalan-jalan di Tehran sahaja dipenuhi oleh ratusan ribu penunjuk perasaan.

mohammad reza pahlavi 2

(Mohammad Reza Pahlavi dan isteri)

Semasa pengasingannya, Khomeini menyelaraskan penentangan pembangkang ini, bermula dari Iraq dan kemudiannya selepas tahun 1978 dari Perancis, menuntut Shah untuk turun takhta.

Pada Januari 1979, dalam apa yang secara rasminya digambarkan sebagai "bercuti," Reza Pahlavi dan keluarganya melarikan diri dari Iran.

Majlis Daerah yang ditubuhkan untuk mentadbir negara semasa ketiadaan Shah terbukti tidak dapat berfungsi dan Perdana Menteri Shapour Bakhtiar (dilantik secara tergesa-gesa oleh Reza Pahlavi sebelum keberangkatannya) tidak dapat berkompromi dengan bekas sekutunya Barisan Nasional  atau Khomeini.

Orang ramai yang melebihi satu juta orang melakukan tunjuk perasaan di Tehrān, membuktikan pengaruh luas Khomeini, yang tiba di Iran pada 1 Februari 1979.

Sepuluh hari kemudian, pada 11 Februari, angkatan bersenjata Iran mengisytiharkan status berkecuali mereka. Dengan ini, rejim Shah secara efektifnya lenyap.  dengan berkesan memecah rejim shah.

Shapour Bakhtiar yang dalam persembunyian akhirnya dibuang ke Perancis.

Kesan Revolusi Iran 1978

ayatollah ruhollah khomeini memimpin revolusi iran 1978

Pada 1 April, selepas sokongan yang besar dalam referendum nasional, Khomeini mengisytiharkan Iran sebagai sebuah republik Islam.

Unsur-unsur dalam golongan paderi segera dipindahkan untuk mengecualikan bekas-bekas sayap kiri, nasionalis, dan intelektual dari mana-mana jawatan kuasa dalam rejim baru serta kembali kepada nilai-nilai sosial konservatif dikuatkuasakan.

Akta Perlindungan Keluarga 1967 yang memberikan jaminan dan hak kepada wanita dalam perkawinan telah diisytiharkan tidak sah dan kelompok-kelompok revolusioner yang dikenali sebagai "komīteh" (bermaksud jawatankuasa) meronda di jalan-jalan dalam usaha menegakkan pemakaian dan tingkah laku patuh Islam.

pengawal revolusi iran

Sepanjang tahun 1979, Pengawal Revolusioner, sebuah militia keagamaan yang tidak formal yang dibentuk oleh Khomeini untuk menghalang rampasan kuasa yang disokong CIA seperti pada zaman Mosaddeq telah terlibat dalam kegiatan serupa.

Kumpulan ini bertujuan untuk menakut-nakutkan dan menindas kumpulan politik yang tidak terkawal Majlis Revolusi yang berkuasa dan Partai Republik Islam, yang mana sangat setiap kepada Khomeini.

Malah, keganasan dan kekejaman yang dilakukan mereka ini kerap kali melampau apa yang dilakukan oleh pemerintahan rejim Shah. 

Anggota militia dan ulama yang disokong mereka berusaha keras untuk menindas pengaruh kebudayaan Barat dan berhadapan dengan penganiayaan serta keganasan.

Ini membuatkan ramai elit berpendidikan Barat melarikan diri dari Iran.

Pada November 1979, sentimen anti-Barat ini akhirnya muncul dalam penangkapan 66 tebusan di kedutaan AS oleh sekumpulan penunjuk perasaan Iran yang menuntut ekstradisi Shah.

warga amerika syarikat ditawan sebagai tebusan oleh iran

(Warga Amerika Syarikat ditawan sebagai tebusan oleh Iran)

Ketika itu, Reza Pahlavi sedang menjalani rawatan perubatan di Amerika Syarikat.

Melalui pengambilalihan kedutaan, penyokong Khomeini boleh dikatakan sebagai "anti-imperialis". Ini akhirnya memberi mereka keupayaan untuk menindas sebahagian besar pihak pembangkang kiri dan sederhana.

Majlis Pakar yang dikuasai oleh ulama telah mewujudkan perlembagaan baru untuk referendum pada bulan berikutnya dan ia diluluskan.

Perlembagaan baru mewujudkan kerajaan keagamaan berdasarkan pandangan Khomeini terhadap "velāyat-e faqīh" atau pentadbiran ahli undang-undang dan memberikan kuasa-kuasa besar kepada rahbar atau pemimpin di mana rahbar pertama adalah Khomeini sendiri.

Perdana Menteri sementara Mehdi Bazargan dan presiden pertama republik itu, Abolhasan Bani-Sadr, yang menentang penangkapan tebusan itu, dilucutkan kuasa mereka dalam kerajaan yang mempersoalkan semangat revolusioner mereka.

iran sebelum dan selepas revolusi

Rujukan:

1. Britannica

2. Stanford

3. Al-Islam




Hakcipta iluminasi.com (2017)