Walaupun Amerika Syarikat dan Britain kedua-duanya menggunakan bahasa Inggeris, terdapat banyak perbezaan antara keduanya. Malah, dari segi mata wang, penggunaan undang-undang jalan raya kini/kanan mahupun sistem pemerintahan kerajaan juga turut berlainan.
Perbezaan penggunaan bahasa Innggeris di kedua-dua buah negara ini juga berbeza dari pelbagai aspek seperti yang pernah kami tulis sebelum ini dalam artikel 8 Perbezaan Utama Bahasa Inggeris Amerika Syarikat dan British.Perbezaan ini dapat dilihat daripada pelbagai aspek antaranya kosa kota, dialek, tatabahasa dan banyak lagi dan banyak lagi.
BESARKAN TEKS A- A+
Persoalannya, mengapakah wujud perbezaan ini? Apakah yang menyebabkan penggunaan bahasa Inggeris di kedua-dua buah negara ini terdapat perbezaan atau variasi tertentu? Kali ini kami ingin kongsikan sedikit sejarah bagaimanakah perbezaan ini terjadi.
Berasal dari “England English”
Pertama sekali, kita perlu memahami perbezaan loghat (accent) dan dialek (dialect). Loghat adalah sebutan bahasa yang bervariasi. Dialek pula adalah kepelbagaian bahasa yang merangkumi kosa kata dan tatabahasa yang berbeza, selain sebutan.
Dua faktor penting dalam pembentukan dialek adalah pengasingan dari sumber bahasa asli dan pendedahan kepada bahasa lain. "American English" yang kita kenali dan digunakan hari ini asalnya dimulakan sebagai dialek yang dikenali sebagai “England English”.
Mengikut sejarah, orang Amerika mula menggunakan sebutan mereka sendiri dalam sebutan bahasa Inggeris hanya satu generasi setelah penjajah mula tiba di Dunia Baru (New World). Akibat terasing jauh dari bekas tanah air mereka, mereka semakin terpencil dari penutur “England English".
Nota: Istilah "New World" adalah istilah yang digunakan untuk merujuk sebahagian besar baahagian Bumi Hemisfera Barat, khususnya Amerika. Istilah ini menjadi terkenal pada awal abad ke-16, tidak lama selepas penjelajah Itali, Amerigo Vespucci menyimpulkan bahawa Amerika mewakili benua baru.
Mereka juga lebih banyak berhubungan dengan bahasa asing antaranya bahasa orang asli Amerika dan pendatang lain dari Sweden, Sepanyol, Perancis, dan Belanda. Kedua-dua faktor tersebut akhirnya menyebabkan perubahan dalam perbendaharaan kata dan tatabahasa orang Amerika, mewujudkan dialek Inggeris baru.
Faktor retotisme (rhotacism)
Sebab penting mengapa bahasa "American English" dan "British English" berbeza adalah retotisme, iaitu perubahan bunyi tertentu dalam bahasa. Dalam kes ini, perbezaan kedua-dua dialek ini dalam sebutan huruf "r" itu sendiri.
Dialek bahasa Inggeris Amerika standard - apa yang difikirkan oleh orang Amerika sebagai tidak mempunyai dialek - bersifat rhotik, yang bermaksud bahawa penutur akan membunyikan huruf “r”. Namun, bahasa Inggeris British pula tidak bersifat rhotik, jadi perkataan seperti "card" akan disebut seperti "cahd".
Pada mulanya, penutur bahasa Inggeris di kawasan jajahan British dan England menggunakan dialek rhotik. Tetapi selepas Perang Revolusi, warga kelas atasan dan menengah atas di England mula menggunakan ucapan bukan rhotik sebagai cara untuk menunjukkan status sosial mereka.
Akhirnya, perubahan ini menjadi standard sebutan yang diterima dan tersebar di seluruh negara, bahkan mempengaruhi beberapa frasa bahasa Ingggeris British yang paling popular. Tapi, orang Amerika masih mengekalkan dialek Amerika mereka yang rhotik sebahagian besarnya.
Namun, ada juga segelintir kawasan di Amerika Syarikat yang menggunakan dialek British. Bandar-bandar pelabuhan di kawasan Pantai Timur terutama di New England, mempunyai banyak hubungan dengan penggunaan bahasa tanpa sebutan R seperti orang British.
Pengaruh bahasa Perancis dalam "British English"
Mungkin sebahagian besar generasi muda British tidak tahu bahawa bahasa Inggeris yang digunakan mereka pada masa kini sebenarnya mempunyai banyak pengaruh daripada bahasa Perancis.
Pengaruh awal ini diterima ketika William the Conqueror menyerang Britain pada abad ke-11, membawa bersama pengaruh "Norman French" bersamanya dan menjadikannya bahasa aras tinggi yang digunakan di sekolah, mahkamah, universiti, dan kelas atasan.
Walaupun ia tidak bertahan lama, ia kemudiannya berkembang menjadi "Middle English" yang merupakan gabungan dari semua pengaruh linguistik pada masa itu. Pengaruh kali kedua pula adalah pada tahun 1700-an, dimana ketika itu ianya menjadi trend di UK untuk menggunakan perkataan dan ejaan gaya bahasa Perancis.
Namun, kerana orang Amerika ketika itu sudah menjalani kehidupan mereka jauh di seberang Atlantik dan oleh itu bahasa mereka sama sekali tidak terpengaruh dalam revolusi terhadap bahasa Inggeris mereka. Inilah sebabnya mengapa "British English" mempunyai persamaan linguistik dengan bahasa Perancis berbanding bahasa Inggeris Amerika.
Kredit: