Oleh pada 08 Jul 2018 kategori

beza inggeris uk british dan us amerika 938

Terdapat pepatah lama yang mengatakan Amerika Syarikat dan Britain adalah "dua negara dibahagikan dengan bahasa yang sama". Ia mencerminkan cara kebanyakan orang British berasa terhadap English America.

Selain daripada perbezaan loghat yang sangat jelas, terdapat beberapa perbezaan utama yang lain dari segi percakapan dan juga penulisan dalam kedua-dua variasi Bahasa Inggeris ini.

iluminasi.com ingin kongsikan 8 perbezaan antara American English (AmE) dan British English (BrE).

Nota: Penerbitan artikel ini bukan bermakna penulis tidak sayangkan bahasa ibunda, tetapi hanya sekadar berkongsi untuk menambahkan pengetahuan kita bersama. Penulis sangat cintakan bahasa ibunda!.

1. Kosa kata

kosa kata 8 perbezaan utama antara bahasa inggeris amerika dan british

Perbezaan yang paling ketara dan kerap dilihat di antara kedua-duanya sudah tentunya kosa kata. Terdapat beratus-ratus perkataan harian yang berbeza.

Kebanyakan pengguna AmE mengetahui istilah dalam BrE, walaupun mereka jarang menggunakannya atau keliru sama ada seseorang memaksudkan maksud dalam AmE atau BrE.

Ia sebenarnya agak mudah diteka, namun ada juga yang langsung tidak diketahui maksudnya.

Pengguna BrE pula mungkin memahami istilah AmE yang paling biasa, seperti "sidewalk" (pavement), "gas" (petrol), counterclockwise (anticlockwise) atau lif (elevator). 

Ini disebabkan pendedahan yang luas terhadap kesusateraan dan budaya popular Amerika.

Sesetengah terma yang jarang didengari terutamanya mereka yang tidak terdedah terhadap budaya Amerika, seperti "copacetic" (satisfactory), tidak difahami oleh pengguna BrE.

American English British English
apartment flat
vacation holiday
chips crisps
the movies the cinema
sneakerstrainers
sweater jumper
mailbox postbox
soccer football
cookie biscuit

Itu melibatkan perkataan berlainan yang memberikan maksud yang sama. Terdapat juga kes di mana perkataan yang sama memberikan maksud yang berlainan.

Sebagai contoh, "bill" dalam AmE bermaksud wang kertas (dollar bill) manakala dalam BrE pula ia bermaksud invois, seperti bil elektrik atau bil air, yang mana digunakan di Malaysia.

2. Penjodoh bilangan

penjodoh bilangan 8 perbezaan utama antara bahasa inggeris amerika dan british

Dalam BrE, penjodoh bilangan (seperti komuniti, kerajaan, pasukan dll) boleh wujud sama ada dalam singular atau plural, tetapi seringkali cenderung ke arah plural, menekankan ahli dalam kumpulan.

Penjodoh bilangan dalam AmE pula, selalu dalam singular, menekankan kumpulan sebagai satu entiti.

American English British English
The government is doing everything it can during this crisis The government are doing everything they can during this crisis
My team is winningMy team are winning

3. Tatabahasa

tatabahasa 8 perbezaan utama antara bahasa inggeris amerika dan british

Preposisi

Perbezaan ini hanyalah peraturan umum. Pertuturan Amerika telah mempengaruhi Britain melalui budaya pop, dan sebaliknya. Oleh itu, beberapa perbezaan preposisi tidak lagi disebut seperti dahulu.

American English British English         
I'm going to party on the weekendI’m going to a party at the weekend
What are you doing on Christmas?What are you doing at Christmas?
Monday through FridayMonday to Friday
It’s different from/than the others It’s different from/to the others.

Past Simple vs Present Perfect

Orang Amerika cenderung untuk menggunakan past simple apabila menerangkan sesuatu yang baru sahaja berlaku, manakala orang British lebih suka menggunakan present perfect.

American English (Past Simple) British English (Present Perfect)
I ate too muchI’ve eaten too much
I went to the storeI’ve been to the shop

Did you get the newspaper?

Have you got the newspaper?

Perkataan "get" dalam past participle

Di United Kingdom, perkataan "gotten" (mendapat) sebagai past participle kepada "got" dianggap sebagai kuno dan telah lama tidak digunakan dan digantikan dengan penggunaan "got" sendiri, bermakna tiada perubahan.

Namun, di Amerika Syarikat, mereka masih menggunakaan "gotten" sebagai past participle.

American English British English
get — got — gotten get — got — got
I haven’t gotten any news about him. I haven't got any news about him.

Kata kerja bantu

Perbezaan tatabahasa yang lain antara bahasa Inggeris Amerika dan Inggeris berkaitan dengan kata kerja bantu. Kata kerja bantu ini membantu kata kerja utama dengan menambah maklumat mengenai masa, modaliti dan suara.

Terdapat 4 kata kerja bantu dalam bahasa Inggeris iaitu:

  1. be - am, are, is, was dan were
  2. do - do, does dan did
  3. have - have, has, dan had
  4. modals - can, must, may, should dan lain-lain

Dalam BrE, mereka kerap menggunakan "shall" untuk menjelaskan berkenaan perkara yang akan berlaku.

Sebagai contoh: "I shall go home now". Orang Amerika tahu apa maksud "shall", tetapi jarang menggunakannya dalam perbualan, kerana bunyinya terlalu rasmi. AmE lebih cenderung menggunakan "I will go home now".

Dalam bentuk soalan juga terdapat perbezaan. Contoh:

AmE: "Should we go now?"

BrE: "Shall we go now?".

Dalam ayat yang menerangkan kurangnya kewajipan, perbezaan susunan ayat berlaku.

AmE: "You do not need to come to work today".

BrE: "You need not come to work today".

Kata kerja past tense

Anda juga akan menyedari perbezaan kecil pada perkataan past (sudah berlaku). Sebagai contoh, AmE, past tense bagi learn adalah "learned", namun BrE mempunyai pilihan sama ada "learned" atau "learnt".

Peraturan yang sama dikenakan pada perkataan dreamed dan dreamt, burned dan burnt, leaned dan leant.

Jangan terlalu bimbang akan perbezaan kecil ini kerana kedua-duanya menggunakan cara ini, walaupun orang British cenderung untuk menganggap bahawa cara orang Amerika adalah salah.

4. Ejaan

ejaan 8 perbezaan utama antara bahasa inggeris amerika dan british

Terdapat beratus-ratus perbezaan ejaan kecil di antara kedua-dua variasi bahasa ini. Semunya disebabkan oleh ahli leksikografi Amerika, Noah Webster. Anda mungkin mengenali nama Webster daripada kamus yang menggunakan namanya.

Noah Webster, seorang penulis, ahli politik dan guru, memulakan usaha untuk memperbaharui ejaan bahasa Inggeris pada akhir 1700-an. Beliau kecewa dengan ejaaan yang tidak konsisten. 

Pembaharuan ejaan juga merupakan jaalan bagi Amerika untuk menunjukkan kemerdekaannya dari England. Antara beberapa perbezaan ejaan termasuklah:

Akhiran -our kepada -or:

American EnglishBritish English
colourcolor
laborlabour
honorhonour

Akhiran -ize kepada -ise

American EnglishBritish English
calibercalibre
centercentre 
fiberfibre
metermetre
teatertheatre

Nota: Tiada yang salah dalam kedua-dua variasi bahasa ini kerana ia adalah sesuatu yang tidak tetap. Namun, kerap kali orang dari United Kingdom beranggapan bahawa orang dari Amerika Syarikat salah dari penggunaan bahasa Inggeris.

Ia bergantung kepada demografi, sebagai contoh, penggunaan bahasa Malaysia di utara dan selatan adalah berbeza, namun kedua-duanya adalah betul.

Wallahualam.


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)