Selain Genting Highlands dan Cameron Highlands, Bukit Fraser yang terletak di sempadan di negeri Selangor dan Pahang turut mempunyai keunikannya yang tersendiri. Dari Kuala Lumpur, perjalanan ke sini mengambil masa sekitar 2 jam perjalanan.

Ianya menjadi pilihan bagi pelancong yang ingin merasakan cuaca dan suhu dingin tetapi tidak mahukan hiruk-pikuk orang ramai seperti di Genting Highlands dan Cameron Highlands. Disini, suasanya lebih tenang dan mendamaikan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bukit Fraser juga seringkali menjadi destinasi pilihan bagi konvoi bermotosikal dan laluan mendaki yang beralun kesini menjadi pilihan bagi peminat basikal melakukan latihan sehingga ke jam ikonik yang terdapat di puncak bukit ini.

Daya tarikan di Bukit Fraser

padang golf fraser hill

Sekiranya anda mahukan suasana tenang dan pemandangan seperti di negara Barat, maka lokasi ini sememangnya sangat ideal. Bagi yang berkeluarga, bolehlah bawa anak-anak mandi di Jeriau Waterfall.

Sementara itu, bagi peminat golf, terdapat fasiliti padang golf disini. Selain itu, bagi yang mahu cuba menunggang kuda, anda boleh berbuat demikian disini. Di Bukit Fraser ini juga, anda dapat melihat rumah-rumah penginapan dan resort lama yang tersergam indah disini.

Sekiranya anda gemar melakukan aktiviti hiking, disini terdapat beberapa laluan denai yang berbeza tahap kesukaran daripada yang mudah hinggalah kepada denai yang lebih mencabar. Setiap tahun juga, pertandingan "Bird Race" peringkat antarabangsa juga dianjurkan disini.

Penemuan lokasi Bukit Fraser

peta fraser hill

Pernahkah anda terfikir apakah asal-usul Bukit Fraser ini? Tahun bilakah ianya mula dibuka? Siapakah "Fraser" yang namanya diabadikan pada nama bukit ini?

Mengikut sejarah, kawasan Bukit Fraser ini pertama kalinya ditemui oleh H. N. Ridle pada tahun 1897. Namanya pula diberi sempena nama Louis James Fraser, seorang  perintis persendirian dari Scotland yang mewujudkan pusat perdagangan bijih timah pada tahun 1890-an.

Pada ketika itu, askar British belum lagi menerokai Banjaran Titiwangsa dengan sepenuhnya. Maka, beliau telah mendapatkan khidmat juru pandu arah dan kuli untuk melakukan ekspedisi ke kawasan ini dengan anggapan terdapat emas dan beberapa bahan galian berharga yang lain disini.

Selain itu, beliau juga berjaya menemui kawasan yang kaya dengan bijih timah dikawasan ini dan kemudian merekrut pekerja dari China untuk membuka sebuah lombong. Lintasan curam juga telah dibina untuk kegunaan mengangkut bijih timah ke "The Gap" serta Raub, iaitu bandar terdekat ketika itu.

Bukan sahaja kaya daripada hasil perlombongan, Louis James Fraser juga memperoleh keuntungan berganda apabila turut membuka kawasan perjudian di kawasan tanah tinggi ini khusus untuk para pekerja lombong disini. Kira-kira 25 tahun kemudian, beliau hilang tanpa dapat dikesan dan perkara ini masih menjadi misteri sehingga ke saat ini.

Pembukaan kawasan pelancongan tanah tinggi

smokehouse fraser hill

Pada tahun 1917, C. J. Ferguson-Davie, seorang paderi dari Singapura telah mengetuai penerokaan kawasan daripada The Gap sehinggalah ke puncak bukit ini untuk mencari Louis James Fraser. Walaupun usaha pencarian tersebut gagal, beliau dapati kawasan ini mempunyai suhu yang dingin dan sesuai untuk dijadikan tempat istirehat.

Pada tahun 1919, kerja pembinaan jalan akses bermula di jalan masuk ke stesen bukit dari The Gap telah dilakukan dan pada tahun 1922, stesen bukit bernama Fraser's Hill dibuka kepada pelawat. Stesen bukitf ini meliputi 140 hektar tanah dan mempunyai lebih daripada 50km laluan denai.

Sebuah catatan pada tahun 1927 bertajuk Handbook to British Malaya mencatatkan terdapat 9 buah rumah banglo yang telah dibina untuk pegawai kerajaan, 4 buah rumah rumah yang dibina dengan bantu pihak Red Cross untuk pesara kerajaan, 3 buah rumah persendirian, rumah kelab, padang golf dan pejabat pos.

Peristiwa penting berlaku di Bukit Fraser

pembunuhan sir henry gurney

Di Bukit Fraser, terdapat beberapa laluan denai yang boleh anda terokai antaranya Maxwell Trail, Abu Suradi Trail, Mager Trail, Pine Tree Trail dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mendapatkan khidmat dan panduan mereka yang lebih pakar sebelum menggunakan laluan ini.

Pine Tree Trail misalnya, walaupun hanya berjarak 5.5km, perjalanan pergi dan balik mungkin mengambil masa sekitar 5 - 8 jam kerana tahap kesukarannya. Malah, di Bukit Fraser juga telah terjadi banyak kes kehilangan manusia yang melalui laluan-laluan denai disini.

Sebelum pembukaan Bukit Fraser juga, individu yang menemui lokasi ini iaitu Louis James Fraser dilaporkan telah hilang. Beliau dikatakan hanya bersiar-siar berdekatan kawasan penempatan rumahnya sebelum dilaporkan hilang oleh pekerja lombong. Jejaknya tidak dapat ditemui sehingga harinya dilaporkan hilang itu.

Satu lagi peristiwa yang paling diingati di kawasan ini tentulah peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu, Sir Henry Gurney. Pembunuhan tersebut berlaku pada zaman darurat pada tahun 1951 dan ianya dilakukan oleh pihak pengganas komunis.

Kredit:

  1. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)