Oleh pada 18 Dec 2017 kategori

Sumber foto: Facebook Greater Kuala Lumpur Development

Taman tema 20th Century Fox World bakal dibuka di Genting Highlands tidak lama lagi. Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk menunggu pembukaan taman tema yang ditunggu-tunggu seluruh dunia ini. Sejak diumumkan pada tahun 2013, pembinaannya seringkali tertangguh. Namun, ia dikatakan bakal siap sepenuhnya sekitar tahun 2018.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Taman tema 20th Century Fox pertama di dunia

10 fakta menarik tentang 20th century fox world genting highlands 6 484

Sumber foto: themeparx.com

Ia sudah tentu cukup membanggakan apabila 20th Century Fox memilih Malaysia, sebagai negara Asia Tenggara untuk melabur bagi sebuah taman tema yang bertaraf antarabangsa. Berita ini menjadi tajuk utama berita di seluruh dunia. Bayangkan, jika ia sudah mula dibuka nanti, pasti jumlah pelancong luar negara di negara kita akan meningkat saban tahun.

2. Menelan kos pembinaan sebanyak RM2.5 bilion

10 fakta menarik tentang 20th century fox world genting highlands 4

Jumlah itu pernah dipertikaikan dan dianggap sebagai terlalu besar. Menurut sumber, kos pembinaan tersebut adalah suatu jumlah biasa untuk membina sebuah taman tema bertaraf antarabangsa.

Sumber: GGRAsia

3. Bakal dibuka dalam beberapa fasa

10 fakta menarik tentang 20th century fox world genting highlands 2

Disebabkan kesuntukan masa, 20th Century Fox World Genting Highlands akan dibuka melalui beberapa fasa. Ia dijangka bermula pada awal tahun 2018. Ini bermakna taman tema ini akan dibuka sepenuhnya pada tahun 2018 atau 2019.

Sumber: GGRAsia

4. Jangkaan 2.3 juta pengunjung pada tahun pertama operasi

10 fakta menarik tentang 20th century fox world genting highlands 10

Ramalan 4 juta jumlah pengunjung setiap tahun sebelum ini adalah tidak begitu tepat. Sebaliknya, 2.3 juta orang telah dijangka untuk mengunjungi 20th Century Fox World Genting Highlands dalam tempoh 12 bulan pertama ia beroperasi. Namun, tahun berikutnya mungkin bakal menyaksikan peningkatan kepada 3 juta orang, disusuli 4 juta orang pada tahun 2019.

5. Harga tiket adalah sekitar RM150

10 fakta menarik tentang 20th century fox world genting highlands 9

Menurut para penganalisis, tiket taman tema ini dianggarkan berharga sekitar RM150 setiap orang. Harga ini adalah lebih mahal sedikit berbanding harga tiket taman tema lain di Malaysia. Contohnya, harga tiket Sunway Lagoon ialah RM96, manakala Legoland pula RM83. Apa-apa pun, sama-samalah kita nantikan harga rasmi yang akan diumumkan nanti.

6. Mempunyai 25 pilihan tunggangan

10 fakta menarik tentang 20th century fox world genting highlands 1 175

Sumber foto: lowyat.net

Taman tema yang pertama seumpamanya di dunia ini bakal menyediakan 25 tunggangan berdasarkan francais filem seperti Planet of the Apes, Rio, Alien vs.Predator, Ice Age, Life of Pi, Night at the Museum dan Titanic. Terdapat 3 jenis tunggangan iaitu "thrill rides", "water rides" dan "dark rides" untuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Ini hanyalah sebahagian sahaja daripada tarikan utama.

7. Tapak pembinaan sebesar 25 ekar tanah

10 fakta menarik tentang 20th century fox world genting highlands 5

Sumber foto: Instagram

Keluasan kawasan tanah yang digunakan untuk membina keseluruhan taman tema ini adalah 25 ekar. Bakal menggantikan Genting Outdoor Theme park, 20th Century Fox World Genting Highlands akan menjadi salah satu taman tema terbesar di Asia Tenggara.

8. Kenapa Genting Highlands dipilih sebagai lokasi?

10 fakta menarik tentang 20th century fox world genting highlands 8

20th Century Fox memilih Genting Highlands sebagai lokasi pertamanya untuk taman tema 20th Century Fox World disebabkan beberapa faktor. Resorts World (Genting) ialah salah sebuah pengendali resort terbesar di dunia. Di Genting Highlands sahaja, Resorts World menguruskan lebih 10,000 bilik hotel, 75 restoran, sebuah pusat membeli-belah tertutup dan resort golf. Dengan purata seramai 20 juta orang pengunjung setiap tahun, hanya beberapa tempat sahaja di dunia ini yang mampu mencapai jumlah pengunjung sebegitu rupa.

Sumber: ejinsight

9. Hanya ada 3 taman tema 20th Century Fox World di dunia

10 fakta menarik tentang 20th century fox world genting highlands 11

Buat masa ini, terdapat sejumlah 3 taman tema 20th Century Fox World yang masih dalam pembinaan. Malaysia akan menjadi negara pertama yang membukanya, disusuli negara Dubai dan Korea pada tahun 2018. Taman tema 20th Century Fox World di Dubai diumumkan pada November 2015, sementara di Korea pula diumumkan 7 bulan selepas Malaysia.

Sumber: Los Angeles Times

10. Dream Parade seperti Disneyland?

10 fakta menarik tentang 20th century fox world genting highlands 12

Sumber foto: IAAPA

Walaupun masih belum disahkan, terdapat ura-ura mengatakan "Dream Parade" khas juga bakal diwujudkan di sini. Sama seperti di Disneyland, ia akan memaparkan barisan karakter, filem dan kartun mewakili 20th Century Fox World dalam bentuk animatronik. Ia mungkin akan terletak di sepanjang jalan utama taman tema ini.

Penafian: Artikel ini diambil dengan izin dari blog.malaysia-asia.my. Senarai di atas disusun oleh penulis asal berdasarkan pelbagai laporan berita dan artikel yang diterbitkan sepanjang tahun 2016. Terdapat maklumat atau fakta yang mungkin berubah dari semasa ke semasa. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi Resorts World Genting.




Hakcipta iluminasi.com (2017)