Oleh pada 06 Aug 2018 kategori

Sekali-sekala selepas asyik memfokuskan perhatian kepada kehidupan dan pekerjaan, kita perlukan percutian untun "mencuci" minda dan menenangkan jiwa.

Namun, ketika anda sedang menikmati percutian impian anda, berlaku perkara tidak diingini di mana anda telah ditipu atau di-scam.Ia merupakan mimpi ngeri bagi setiap pelancong dan sudah pasti ada cara untuk anda mengelakkannya daripada berlaku.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 10 scam yang paling kerap berlaku di seluruh dunia dan cara untuk mengelak daripada ditipu.

1. Meter teksi rosak

meter teksi rosak

Ini adalah scam yang sangat biasa, namun masih ramai yang terkena. Walaupun kini terdapat teksi e-hail seperti Uber di serata dunia, namun ada kalanya anda akan menggunakan perkhidmatan teksi tempatan.

Dan scam seperti ini biasanya dilakukan oleh pemandu teksi berdekatan lapangan terbang atau stesen kereta api.

Apabila anda masuk ke dalam teksi dan pemandu mula memandu, dia akan memberitahu bahawa meternya rosak membuatkan anda dicaj dengan harga yang tak masuk akal. Lebih teruk jika anda tidak menyedari anda ditipu kerana tidak tahu berapa anggaran harga.

Cara mengatasi:

Pastikan teksi yang anda naik mempunyai meter. Jika tidak, adalah lebih baik untuk anda berunding harga terlebih dahulu sebelum memasuki teksi.

Jika pemandu teksi tidak mahu menggunakan meter atau memberitahu anda harga akan menjadi lebih murah tanpa menggunakan meter, keluar daripada teksi dan tunggu teksi yang lain. Bukan semua pemandu teksi berperangai sebegini.

2. Hotel penuh atau tutup

hotel tutup

Scam seperti ini juga kebanyakannya berlaku melibatkan pemandu teksi. Ketika dalam perjalanan ke hotel anda, pemandu teksi akan memberitahu sama ada hotel tersebut telah penuh atau telah tutup, dan membawa anda ke hotel yang lebih mahal di mana pemandu teksi tersebut mendapat komisyen.

Cara mengatasi:

Telefon pihak hotel terlebih dahulu dan pastikan hotel masih buka. Juga tidak rugi untuk bertanyakan sama ada hotel ada menyediakan perkhidmatan mengambil dan menghantar, ia lebih selamat.

Jika pemandu teksi masih memberitahu bahawa hotel bermasalah dan berkeras untuk membawa anda ke tempat lain, beritahu bahawa anda telah menempah, walaupun sebenarnya tidak.

3. Gelang tangan atau bunga mawar percuma

scam bunga ros percuma 182

Scam ini biasanya cenderung untuk terjadi kepada pelancong wanita, lebih-lebih lagi yang berseorangan.

Seorang lelaki atau wanita yang mesra akan menghampiri anda dan berbual, kemudiannya memakaikan gelang persahabatan "percuma" pada pergelangan tangan anda. Atau memberikan sekuntuk bunga ros "percuma".

Sebaik sahaja anda menerimanya, mereka akan meminta wang daripada anda. Jika anda tidak membayar, mereka akan membuat kecoh, sehingga anda terasa adalah lebih berbaloi untuk membayar daripada berhadapan dengan masalah.

Cara mengatasi:

Jangan sesekali membenarkan orang yang tidak dikenali meletakkan apa-apa pada tubuh badan anda, dan berhati-hati untuk menerima apa-apa secara percuma melainkan terdapat alasan yang baik.

Scam ini sangat kerap di kawasan sesak dengan pelancong. Jika anda berhadapan dengan mereka, abaikan dan teruskan berjalan.

sangat berhati-hati untuk menerima apa-apa secara percuma melainkan ada alasan yang baik untuknya. Terutama di kawasan yang sangat menarik. Abaikan mereka dan terus berjalan.

4. Tumpahan pada pakaian

tumpahan pada pakaian

Sangat biasa berlaku di Eropah, pelancong akan berjalan-jalan dan terasa sesuatu pada bahu mereka, biasanya tahi burung atau secebis makanan.

Kemudian, datang seorang yang tidak dikenali yang sangat mesra menghampiri anda dan mula membersihkan bahu anda yang terkena kotoran, sambil menyeluk poket anda.

Cara mengatasi:

Perkara yang terbaik untuk dilakukan dalam situasi ini adalah jangan benarkan sesiapa pun membantu anda. Sebaliknya, pergi ke bilik air dan bersihkan sendiri. Tak berbaloi untuk kehilangan dompet, telefon pintar malah passport, untuk perkara seperti ini.

5. Anggota polis palsu

anggota polis palsu

Scam anggota polis palsu adalah antara salah satu yang paling popular di bandar-bandar besar. Kerap kali, seorang individu akan menghampiri pelancong dan menawarkan item yang diharamkan contohnya dadah.

Ketika sedang berbual satu atau dua orang lagi akan datang menghampiri, seolah-seolah sebagai pegawai polis dan menunjukkan "lencana" mereka.

Sebagai pelancong, sudah tentu anda tidak mengetahui sama ada mereka adalah pegawai polis atau tidak berdasarkan lencana atau pakaian seragam.

Mereka kemudiannya meminta pelancong memberikan passport dan dompet.

Cara mengatasi:

Jangan sesekali memberikan passport dan dompet anda kepada orang tidak dikenali. Minta mereka untuk menunjukkan pengenalan diri kemudian beritahu anda akan menelefon pejabat polis untuk memastikan mereka benar-benar seperti yang dikatakan.

Atau, beritahu anda tinggalkan passport anda di hotel dan jika mereka mahu, mereka perlu menemani anda ke hotel. Jika mereka tidak setuju, abaikan mereka dan beredar.

6. Pembantu mesin ATM

pembantu mesin atm

Seseorang menghampiri anda di mesin ATM untuk membantu anda mengelakkan daripada dikenakan caj bank tempatan. Apa yang mereka mahu sebenarnya adalah mengimbas kad ATM anda dengan peranti khas dalam poket mereka dan melihat anda memasukkan nombor PIN agar mereka boleh keluarkan wang kemudian.

Cara mengatasi:

Seperti cara-cara mengelak yang lain, jangan biarkan sesiapa yang tidak dikenali menghampiri anda ketika melakukan transaksi ATM dan SENTIASA berhati-hati ketika memasukkan nombor PIN dengan menutup menggunakan tangan.

Jika anda dihampiri sesiapa, jangan takut, ambil kad ATM anda dan cari ATM lain.

7. Tolong ambil gambar

membantu mengambil gambar pelancong

Ketika anda sedang melepak di lokasi tarikan pelancong yang sibuk, datang seorang penduduk tempatan menawarkan untuk mengambil gambar anda dan rakan-rakan.

Ketika anda sedang bersiap sedia untuk bergambar "melompat" yang bakal dimuatnaik ke Facebook, anda melihat dan menyedari "rakan baru" anda yang mesra tadi sudah hilang dari pandangan, dengan kamera atau telefon pintar anda yang mahal.

Cara mengatasi:

Ini agak sukar kerana anda perlu melihat kepada situasi. Biasanya anda akan meminta tolong pelancong lain untuk mengambil gambar anda, dan anda pula akan menolong mereka.

Namun jika ada yang menawarkan untuk mengambil gambar anda, jangan berada terlalu jauh dari individu tersebut dan sentiasa perhatikan gerak gerinya.

Lebih baik jika anda memiliki monopod atau tripod ketika melancong, dengan ini anda tak perlukan bantuan sesiapa.

8. Sambungan WiFi percuma

wifi percuma

Ini adalah scam yang paling licik dan tidak disedari oleh ramai pelancong. Walaupun anda boleh dapatkan WiFi di mana-mana sahaja pada masa kini, sesetengah daripadanya adalah percuma dan tidak mempunyai kata laluan, membuatkan anda boleh menggunakanannya secara terus.

Namun, ia adalah tersangat berbahaya. Penggodam biasanya menawarkan WiFi percuma tanpa kata laluan di lokasi awam yang akan digunakan oleh mangsa-mangsa yang tidak menyedari bahaya ini.

Secara tak sedar, anda memberikan akses komputer, kata laluan, akaun online dan banyak lagi kepada penggodam.

Cara mengatasi:

Jadikan tabiat untuk bertanyakan kepada kakitangan hotel, kafe atau lapangan terbang sambungan WiFi yang mana satu adalah rasmi.

Lebih-lebih lagi jika anda melihat banyak sambungan WiFi yang tidak mempunyai kata laluan, kerana biasanya mana-mana individu atau syarikat akan meletakkan kata laluan, jika tiada kata laluan, ia sangat mencurigakan.

9. Panggilan hotel palsu

hotel wake up call

Ketika tinggal di hotel, anda mendapat panggilan daripada penyambut tetamu di tengah-tengah malam untuk mengesahkan butiran kad kredit. Namun, apa yang anda tak sedar adalah ia bukanlah daripada pihak hotel, tetapi scammer yang akan mencuri wang anda menggunakan butiran yang anda berikan.

Cara mengatasi:

Tak kiralah di mana sahaja anda berada sama ada ketika melancong atau di rumah, jangan sesekali memberikan butiran yang penting seperti ini melalui telefon.

Bertemu dengan penyambut tetamu keesokan harinya jika terdapat apa-apa masalah berkaitan.

10. Wanita tempatan menggoda

wanita tempatan menggoda

Anda sampai ke negara yang baru bagi anda dan menyedari ada gadis tempatan yang sangat cantik seakan-akan berminat atau memberikan perhatian kepada anda, yang mana tidak pernah berlaku dalam hidup anda sebelum ini.

Salah seorang daripada mereka mengajak anda minum atau ke kelab malam. Namun, selepas beberapa ketika berseronok tanpa memikirkan apa-apa, gadis tersebut hilang dan anda dipaksa bayar bil yang tersangat mahal. Lebih buruk, anda diberikan minuman mempunyai dadah atau dirompak.

Cara mengatasi:

Berhati-hati dengan wanita yang cantik dan menarik yang menghampiri anda atau mengorat anda dengan agresif.

Penulis tahu ia adalah impian kebanyakan lelaki untuk dipelawa oleh wanita cantik, namun jika ia bukan perkara yang biasanya berlaku kepada anda, kemungkinan besar ia adalah satu scam, atau individu itu bukannya "wanita".

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)