Tidak dinafikan antara salah satu tarikan pengunjung sesebuah bandar ataupun negara adalah kompleks beli-belahnya. Kompleks beli-belah memainkan peranan yang sangat penting dalam menjana ekonomi negara. Bukan sahaja ia dapat menarik perhatian pengunjung dari pelusuk negara, tetapi juga dari serata dunia.

Terdapat 324 buah kompleks beli-belah di Malaysia dengan Sarawak sebagai negeri yang mempunyai kompleks beli-belah terbanyak iaitu sebanyak 86 buah atau 26.5% daripada jumlah keseluruhan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 10 kompleks beli-belah yang terbesar di dunia dari segi keluasan lantai kasar. 

10. Isfahan City Center

isfahan city center 2

Berada di tangga ke-10 adalah Isfahan City Center yang terletak di bandar Isfahan, Iran. Ia adalah sebuah kompleks komersial dan hiburan, dan merupakan kompleks beli-belah kedua terbesar di Iran. Isfahan City Center dibuka pada tahun 2012 oleh Prestige Land Iran Co. dan rekabentuknya merupakan hasil tangan kreatif Medardo Cadiz of Cadiz International, Inc. 

Isfahan City Center mempunyai sebuah muzium, hotel 5 bintang dan 750 buah kedai, restoran, pejabat syarikat penerbangan, pusat dagangan dunia, pusat kewangan antarabangsa dan pusat hiburan dengan 7 buah panggung wayang. Dengan mempunyai 5,500 buah lot parkir dan berkeluasan 425,000 meter persegi, Isfahan City Center adalah kompleks membeli belah 

9. CentralWorld

centralworld

Terletak di bandar Bangkok, Thailand, CentralWorld adalah kompleks beli-belah ke-9 terbesar dengan berkeluasan 429,500 meter persegi dan dibuka kepada pengunjung secara rasmi pada tahun 1990. Kompleks milik Central Pattana ini mengandungi sebuah hotel dan juga menara pejabat.

centralworld 4 567

centralworld 2

Kompleks beli-belah terbesar di Thailand ini mempunyai 7 tingkat yang memuatkan 495 buah kedai dari pelbagai jenis perniagaan. Ia dikunjungi oleh 150,000 pengunjung setiap hari dengan pulangan jualan sebanyak 7 billion baht ( RM900 juta) setiap tahun. 

8. Persian Gulf Complex

persian gulf complex

Juga terletak di Iran, Persian Gulf Complex merupakan kompleks beli-belah terbesar di dunia dari segi jumlah kedai. Ia merupakan kompleks beli-belah terbesar di Iran, dan ke-8 di dunia, milik Hossain Hossaini. Dengan mempunyai 6 buah tingkat dengan jumlah keluasan 450,000 meter persegi, ia mampu memuatkan 2,500 buah kedai dan 5,500 buah lot parkir.

Di dalam kompleks ini terdapat sebuah hotel dengan 262 buah bilik iaitu Burj Fars International. Fasiliti lain adalah kolam renang, gelanggang tenis, pusat konvensyen dan juga helipad.

persian gulf complex 2

Bagi mereka yang sukakan hiburan, kompleks ini mempunyai 2 buah taman hiburan iaitu di bahagian dalam kompleks seluas 28,000 meter persegi yang diberi nama Iran Land, dan di bahagian luar seluas 37,000 meter persegi. Terdapat fasiliti lain seperti 6 buah panggung wayang yang mampu memuatkan 240 pengunjung, pasaraya besar Carrefour.

7. 1 Utama Shopping Centre

1 utama

Pusat membeli belah terbesar di Malaysia, 1 Utama Shopping Centre berada di tangga ke-7 senarai ini, dengan jumlah keluasan 465,000 meter persegi. Terletak di Petaling Jaya, Selangor, kompleks beli-belah yang dibuka pada tahun 1995 ini mempunyai taman di atas bumbung yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 2,787 meter persegi.

Lebih daripaada 700 buah kedai terdapat di dalam kompleks 6 tingkat ini, termasuklah 2 buah syarikat panggung wayang, pusat boling 36-lane, pusat karaoke dan tempat permainan kanak-kanak.

1 utama 2

Selain daripada pengunjung kompleks beli-belah, ia juga menjadi tumpuan peminat sukan kerana terdapat 4 buah pusat rekreasi seperti rock climbing, besbol, padang futsal dan juga akademi menyelam. 

6. SM Seaside City Cebu

sm seaside city cebu

Di tangga ke-6 adalah SM Seaside City Cebu, yang dikenali sebagai Seaside bagi orang tempatan, adalah kompleks beli-belah ke-3 terbesar di Filipina dan ke-6 di dunia. Ia merupakan projek milik SM Prime Holdings dan milik Henry Sy yang dibuka pada November 2015 dan terletak di Cebu City. Seaside mempunyai keluasan 470,000 meter persegi dengan 5 buah tingkat memuatkan 447 buah kedai.

Dibuka pada tahun 2015, Seaside merupakan kompleks beli belah terbesar di Filipina di luar kawasan Metro Manila. Sebanyak 4,336 buah lot parkir disediakan dalam kompleks. Antara fasiliti lain termasuklah Sky Park di atas bumbung dan menara tinjau setinggi 150 meter.

5. SM Megamall

sm megamall

Dengan keluasan 474,000 meter persegi, SM Megamall berada di tempat ke-5 kompleks beli-belah di dunia. Kompleks ini juga dibina oleh SM Prime Holdings seperti SM Seaside City Cebu, dan juga merupakan milik Henry Sy. SM Megamall terdiri daripada dua buah bangunan berasingan yang dihubungkan dengan sebuah jambatan.

Terdapat lebih daripada 1000 buah lot kedai dalam kompleks ini termasuk 280 buah kedai makan. Dengan keluasan  474,000 meter persegi, SM Megamall mampu memuatkan hampir 4 juta pengunjung dalam satu-satu masa, dan mempunyai pengunjung seramai 800,000 setiap hari, dan 292 juta pengunjung setiap tahun.

4. SM City North EDSA

sm city north edsa

Juga merupakan milik Henry Sy yang dibina oleh SM Prime Holdings, SM City North EDSA adalah kompleks beli-belah terbesar di Filipina dan Asia Tenggara dengan keluasan 498,000 meter persegi. Kompleks ini dibuka kepada pengunjung pada November 1985 dan menjalani beberapa kali pengubahsuaian. Sky Garden dibuka pada Mei 2009 melengkapkan kompleks beli-belah ini.

sm city north edsa e 147

SM City North EDSA mempunyai lebih daripada 1,000 buah lot kedai dan parkir melebihi 10,000 lot. Sebanyak 950,000 pengunjung direkodkan setiap hari yang menjadikan jumlah keseluruhan hampir 350 juta pengunjung setiap tahun.

3. Golden Resources Mall

golden resources mall

Tempat ke-3 dalam senarai ini jatuh kepada kompleks membeli belah yang terletak di negara dengan populasi tertinggi di dunia iaitu China. Golden Resources Mall yang juga dikenali sebagai "Great Mall of China" ini, kompleks 6 tingkat ini mempunyai keluasan 557,419 meter persegi. Ia merupakan kompleks beli-belah terbesar di dunia dari tahun 2004 hingga 2005. 

Dengan jumlah lot kedai melebihi 1,000 buah, Golden Resources Mall dibuka pada tahun 2004. Ia menawarkan hampir kesemua barangan yang anda terfikir di minda, dengan 230 buah eskalator dan juga ruang restoran berkeluasan saiz 2 buah padang bola, serta gelanggang luncur.

2. SM Tianjin

sm tianjin

Masih milik China, tempat ke-2 senarai kompleks beli-belah terbesar di dunia adalah SM Tianjin yang terletak di bandar Tianjin. Walaupun terletak di China, namun ia adalah milik SM Prime Holdings, sama seperti kompleks beli-belah di tangga ke-4, 5 dan 6 senarai ini. Terdapat 7 buah kompleks beli-belah milik SM Prime Holdings di China. 

sm tianjin 2

SM Tianjin mempunyai keluasan 565,000 meter persegi yang mampu memuatkan lebih daripada 2,500 lot kedai. 

1. New South China Mall

new south china mall 2

Dengan jumlah lot kedai sebanyak 2,350 buah di atas tapak seluas 659,612 meter persegi bersamaan hampir 1 setengah kali ganda 1 Utama Shopping Complex, New South China Mall adalah kompleks beli-belah terbesar di atas muka bumi. Terletak di Dongguan, China, ia juga merupakan kompleks beli-belah dengan lot kedai kosong terbanyak di dunia. Daripada jumlah keseluruhan 2,350 lot kedai, hanya 47 buah (2%) lot sahaja disewa dan 2,303 lagi terbiar kosong sehingga tahun 2014.

new south china mall

Selepas pengubahsuaian dan menjalani pemodelan semula, ia mula menarik perhatian penyewa. Tarikan utama kompleks ini adalah terdapat replika bandar-bandar besar dunia di dalamnya termasuklah Amsterdam, Paris, Rome, Venice, Egypt, Caribbean dan California. Ia juga memuatkan sebuah rollercoaster sepanjang 553 meter.

Sumber : Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)