Pasti ramai yang hairan dan pelik kenapa sesetengah wanita suka mencukur bulu di muka atau wajah mereka sehingga hilang secara total kening dan bulu-bulu halus di muka mereka. Yang lebih menghairankan ialah ada diantara mereka yang dengan sengaja membuang kening asal mereka dan digantikan dengan lukisan alat solek.
Aktiviti mencukur bulu yang ada pada badan bukanlah suatu yang baharu dilakukan. Ianya dilakukan sejak ribuan tahun dahulu lagi, dan terdapat sebab yang berbeza mengapa ianya dilakukan. Peredaran masa berupaya mengubah sesuatu perkara.
BESARKAN TEKS A- A+
Mesir Kuno (3100 BC - 30 BC)
Masyarakat Mesir kuno adalah pengasas kepada banyak ritual kecantikan, namun yang menjadi keutamaan mereka adalah mencukur bulu. Pada zaman tersebut, wanita-wanita Mesir lebih suka mencukur kesemua bulu termasuklah rambut. Pembuangan bulu ini dilakukan dengan menggunakan penyepit yang diperbuat daripada kulit kerang. Antara alat dan bahan lain yang turut digunakan adalah batu poros, lilin lebah dan lilin berasaskan gula.
Empayar Roman (27 BC - 14 AD)
Ketika zaman ini, kurangnya bulu badan adalah tanda seseorang itu mempunyai class atau kekayaan. Masyarakat kaya pada zaman tersebut akan menggunakan alat dan bahan pencukur seperti batu api, penyepit, krim dan batuan untuk membuang bulu badan berlebihan. Malah, mempunyai bulu ari-ari (bulu kemaluan) juga dianggap sebagai tidak bertamadun pada zaman tersebut. Atas sebab inilah mengapa kebanyakan patung-patung terkenal serta lukisan wanita Grecian dipamerkan tanda bulu tersebut.
Zaman Pertengahan (476 AD - 1500 AD)
Queen Elizabeth 1 adalah seorang trendsetter pada Zaman Pertengahan. Beliau mengutamakan pembuangan bulu dalam kalangan wanita, yang mengikut tindakan beliau untuk membuang bulu pada muka, bukan pada badan. Fesyen era berkenaan adalah membuang kening dan rambut supaya kepala tampak lebih besar. Proses pembuangan bulu di muka dan kepala ini dilakukan dengan menggunakan minyak walnut, atau pembalut yang direndam di dalam amonia dan cuka. Amonia diperolehi daripada kucing peliharaan melalui air kening haiwan berkenaan.
Tahun 1700an
Pada penghujung kurun ke-18, manusia mengamalkan pendekatan yang lebih bertamadun bagi membuang bulu. Pada zaman berkenaan, wanita Eropah dan Amerika tidak terlalu menekankan tentang hal ini. Pada tahun 1760, seorang tukang gunting rambut Perancis, iaitu Jean Jacques Perret telah berjaya mencipta pisau cukur lurus untuk kegunaan kaum lelaki, namun turun mendapat sambutan daripada kaum wanita.
Tahun 1800an
Pada tahun 1844, Dr. Gouraud telah berjaya mencipta sejenis krim cukur, iaitu Poudre Subtile. Selang beberapa dekad kemudian iaitu pada tahun 1880, King Camp Gillette berjaya menghasilkan pisau cukur moden yang pertama untuk lelaki, melahirkan sebuah revolusi baharu. Walaubagaimanapun, ia mengambil masa 3 dekad sebelum pisau cukur khusus untuk wanita dapat dipasarkan.
Awal 1900an
Pada tahun 1915, Gillette mengeluarkan produk pisau cukur khas untuk wanita, iaitu Milady Decolletee. Pada awal 1900an, iklan produk krim cukur berjaya menarik perhatian ramai. Pada tahun 1907, sebuah iklan produk serbuk pencukur iaitu X-Bazin Depilatory Powder tampil menjanjikan pembuangan secara total bulu-bulu di muka, leher dan lengan.
Sedekad kemudian, sebuah majalah fesyen wanita terkenal memaparkan sebuah iklan seorang wanita mengangkat tangan menampakkan bahagian ketiaknya yang tidak berbulu. Ini adalah iklan pertama yang menunjukkan bahagian anggota badan berkenaan.
Tahun 1940an
Pada tahun 1940, Remington mengeluarkan pencukur elektrik pertama untuk wanita selepas kejayaan mereka untuk versi lelaki. Disebabkan kekurangan nylon ketika era peperangan, lebih banyak produk dan teknik untuk pembuangan bulu berada di pasaran. Dan ketika itu, para wanita turut dipaksa keluar rumah lebih kerap dengan kaki bersih tanpa bulu.
Tahun 1950an
Pada era 1950an, pembuangan bulu dilihat lebih diterima oleh masyarakat berbanding zaman-zaman sebelumnya. Disebabkan kebanyakan krim cukur menyebabkan kegatalan kulit, ramai wanita bergantung semata-mata kepada pencukur untuk membuang bulu kaki dan ketiak, serta penyepit untuk mendandan dan membentuk kening mereka.
Tahun 1960an
Penggunaan lilin jalur (wax strips) pertama kali berada di pasaran pada 1960an dan dengan pantas menjadi pilihan utama bagi membuang bulu di lengan dan kaki. Penggunaan laser bagi tujuan yang sama menjadi alternatif di pasaran sekitar pertengan 1960an, namun kurang mendapat sambutan kerana kecenderungan menyebabkan kerosakan kulit.
Tahun 1970an
Pada dekad ini juga pembuangan bulu badan semakin mendapat sambutan berbanding zaman-zaman sebelumnya kerana masyarakat wanita terutamanya lebih suka kelihatan 'bersih' berbikini ke pantai.
Tahun 1980an hingga Kini
Hari ini, aktiviti pembuangan bulu dilihat menjadi rutin harian bagi kebanyakan wanita, sama ada menggunakan penyepit, pencukur, lilin jalur mahupun krim depilasi. Kini semakin banyak teknologi baru yang berupaya membuang bulu secara kekal, tidak perlu lagi mencukur.
Kesimpulan
Peredaran zaman menyebabkan standard kecantikan berubah, ada yang suka berbulu, ada yang tidak, dan ada yang sukakan wanita botak, ada yang gemar wanita berambut panjang dan lurus. Apapun pilihan kita, hargai kecantikan yang anda, kerana suatu masa nanti, semuanya akan hilang ditelan waktu.
Rujukan & Bacaan Tambahan: