Secara keseluruhan, terdapat lebih banyak orang lelaki berbanding wanita di dunia ketika ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, perbezaan ini adalah sangat kecil iaitu 980 wanita bagi setiap 1,000 lelaki. 

Perkara yang sama berlaku di Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 31.2 juta orang, iaitu nisbah 972 wanita bagi setiap 1,000 lelaki, atau 49.3% wanita dan 50.7% lelaki.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun begitu, terdapat negara-negara yang mempunyai nisbah populasi yang terbalik iaitu jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki.  iluminasi.com ingin kongsikan 7 buah negara dengan populasi wanita lebih daripada lelaki.

7. Armenia

perempuan armenia lebih ramai dari lelaki

Armenia adalah satu-satunya negara dalam senarai ini yang terletak di dua buah benua iaitu Eropah dan Asia.

Republik Armenia adalah sebuah negara pergunungan dengan populasi seramai 2.93 juta orang dengan keluasan 29,743 kilometer persegi.

Kawasan Armenia yang terletak di benua Asia adalah di bahagian selatan, di Tanah Tinggi Armenia, yang bersempadan dengan Turki di barat, Georgia di utara, Azerbaijan di timur dan Iran di selatan.

Nisbah populasi di Armenia adalah 1,156 perempuan per 1,000 lelaki.

6. Ukraine

ukraine negara dengan populasi wanita melebihi lelaki tertinggi di dunia

Negara Eropah Timur yang berkeluasan 603,628 kilometer ini adalah negara yang paling besar dan berpopulasi paling ramai di antara negara-negara dalam senarai ini.

Ia mempunyai 42.42 juta penduduk dan bersempadan dengan 7 buah negara iaitu Rusia di bahagian timur, Belarus di bahagian barat laut, Poland dan Slovakia di bahagian barat, serta Hungary, Romania dan Moldova di bahagian barat daya.

77.8% daripada populasi Ukraine adalah penduduk tempatan, 17.3% adalah warganegara Rusia dan baki 4.9% lain-lain. Berada di kedudukan ke-6 negara paling ramai wanita berbanding lelaki, nisbah kedua-dua jantina ini adalah 1,159 perempuan per 1,000 lelaki.

5. Guadeloupe

guadeloupe negara dengan populasi wanita melebihi lelaki tertinggi di dunia

Guadeloupe adalah sebuah wilayah Perancis yang terletak di Kepulauan Leeward, sebahagian daripada Lesser Antilles di Caribbean. Secara administratif, ia adalah rantau luar negara yang terdiri daripada jabatan tunggal.

Dengan tanah seluas 1,628 kilometer persegi dan anggaran populasi seramai 400,132, Guadeloupe adalah wilayah Kesatuan Eropah yang terbesar dan paling ramai penduduk di Amerika Utara.

Nisbah penduduk di Guadeloupe adalah 1,162 perempuan per 1000 lelaki.

4. Curacao

curacao negara dengan populasi wanita melebihi lelaki tertinggi di dunia

Mungkin ramai yang tak pernah mendengar nama negara Curacao. Ia merupakan sebuah negara pulau yang terletak di selatan Laut Caribbean, kira-kira 65 kilometer ke utara pantai Venezuela.

Curacao merupakan negara berdaulat di bawah Kerajaan Belanda. Ia mempunyai keluasan hanya 444 kilometer persegi dengan 180,337 orang penduduk.

Nisbah penduduk wanita kepada lelaki di Curacao adalah 1,168 kepada 1,000, iaitu yang ke-4 tertinggi di dunia.

3. Lithuania

lithuania negara dengan populasi wanita melebihi lelaki tertinggi di dunia

Seperti negara jirannya iaitu Latvia, Lithuania juga dijangkitir dengan penyakit wanita lebih daripada lelaki.

Republik Lithuania adalah bersempadan dengan Sweden dan Denmark di bahagian timur, Latvia di bahagian utara, Belaris di bahagian timur dan selatan dan Poland di bahagian selatan.

Dengan keluasan 65,300 kilometer persegi dan mempunyai 2.8 juta penduduk, jumlah wanita di Lithuania berbanding lelaki adalah 1,172 kepada 1,000, atau 117.2%.

2. Latvia

latvia negara dengan populasi wanita melebihi lelaki tertinggi di dunia

Terletak di Eropah Timur, Latvia atau nama rasminya Republik Latvia adalah negara kedua yang mempunyai nisbah wanita kepada lelaki kedua tertinggi di dunia, iaitu 1,180 wanita per 1,000 lelaki.

Negara ini mempunyai penduduk seramai 1.95 juta di dalam kawasan seluas 64,589 kilometer persegi. Latvia bersempadan dengan 4 buah negara iaitu Estonia, Lithuania, Rusia dan Belarus, serta bersempadan laut dengan bahagian barat Sweden.

Penduduk negara ini terdiri daripada 62% penduduk tempatan, 25.4% orang Rusia, 3.3% dari Belarus, 2.2% dari Ukrain, 2.1% dari Poland, 1.1 dari Lithuania dan 4.8% lain-lain.

1. Martinique

martinique negara dengan populasi wanita melebihi lelaki tertinggi di dunia

Martinique adalah sebuah pulau yang terletak di Lesser Antilles, di utara Lautan Caribbean. Seperti Guadeloupe, negara ini merupakan wilayah luar negara Perancis, terdiri daripada satu jabatan luar negara.

Martinique yang seluas 1,128 kilometer persegi ini mempunyai jumlah penduduk seramai 385,551 orang, dan merupakan negara yang mempunyai nisbah wanita kepada lelaki tertinggi di dunia, iaitu 1,183 wanita per 1,000 lelaki.




Hakcipta iluminasi.com (2017)