Oleh pada 16 Nov 2019 kategori

kenapa bola ragbi berbentuk bujur

Jika dilihatkan pada bola sepak, bola keranjang, bola golf, bola tenis dan banyak lagi bola yang digunakan dalam sukan, terdapat persamaan di antara bola-bola ini.

Persamaan tersebut sudah tentunya bentuk bola iaitu sfera. Namun, terdapat satu sukan yang menggunakan bola berbentuk lain daripada yang lain, iaitu ragbi.

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa bola ragbi berbentuk bujur seperti telur?  

Sebenarnya, bola ragbi bukanlah berbentuk bujur sejak awal. 

Sebab utama di sebalik bentuk bujur ini ialah ketika bola rugbi pertama dibuat, mereka pada mulanya menggunakan pundi kencing babi yang kemudian disalutkan dengan kulit dan dijahit.

pundi kencing khinzir yang ditiup

(Pundi kencing khinzir yang ditiup)

Untuk mengembangkan bola ini, mereka terpaksa menggunakan tenaga manusia iaitu meniup menggunakan mulut sendiri kerana ini berlaku sebelum pam bola dicipta.

Seperti yang anda dapat bayangkan, meniup bola sehingga kembang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah dan ramai orang jatuh sakit disebabkan oleh pundi kencing yang digunakan akan mula mereput atau dijangkiti penyakit.

Jadi kerana mereka menggunakan pundi kencing babi, bola yang terhasil mempunyai bentuk dan saiz yang sedikit berbeza bergantung pada saiz pundi kencing.

Ia sering kali berbentuk lebih kepada bentuk buah plum, berbanding bulat atau bujur.

bentuk bola ragbi suatu ketika dahulu 833

(Bola ragbi suatu ketika dahulu)

Walaubagaimanapun, Rugby School di England mahu menghasilkan bola ragbi yang lebih bujur bentuknya untuk lebih menonjol daripada yang lain dalam sukan ragbi, yang mana sedang berkembang di sekolah itu.

Sekitar tahun 1862, Richard Lindon yang merupakan pembuat bola ragbi menggunakan pundi kencing khinzir untuk sekolah itu berminat untuk mencari bahan yang lebih selamat untuk menggantikan pundi kencing itu selepas isterinya jatuh sakit akibat meniup menggunakan mulut.

Beliau mendapati bahawa getah India adalah bahan yang terbaik untuk menggantikan bahan sebelumnya tetapi bahan baru ini lebih sukar untuk ditiup menggunakan mulut.

rugby school di england

(Rugby School di England)

Melihatkan situasi sukar ini, Richard kemudiannya mencipta pam tangan tembaga untuk digunakan bagi meniup bola itu.

Lama kelamaan bola ragbi dihasilkan menjadi bentuk bujur standard dan Richard mencipta bola panel 4 khusus untuk Rugby School.

Pada tahun 1892, Rugby Football Union (RFU) memutuskan untuk mewajibkan semua bola ragbi berbentuk bujur dan ini adalah saat di mana ukuran dan bentuk standard bermula.

bentuk bola ragbi moden

Reka bentuk panel 4 yang baru telah dibangunkan untuk menjadi anggun dan kemas untuk membantu dalam teknik passing bola yang cepat dan juga kualiti bola ketika terbang apabila ditendang.

Pundi kencing khinzir tidak lagi digunakan pada hari ini dalam menghasilkan bola ragbi moden.

Rujukan:

1. Mengapa Bola Ragbi Berbentuk Bujur?

2. BBC

3. How It Works Daily



Hakcipta iluminasi.com (2017)