Oleh pada 06 Mar 2018 kategori

sonny

Peminat ragbi pasti mengenali lelaki yang mempunyai wajah seperti Channing Tatum ini. Beliau bukanlah Channing Tatum, tetapi beliau adalah Sonny Bill Williams, seorang pemain ragbi profesional yang bermain untuk All Black dan pernah bersama pasukan itu memenangi Rugby World Cup (RWC) pada tahun 2011 dan 2015. 

Para pembaca diingatkan agar lebih berfikiran terbuka ketika membaca artikel ini dan cuba ambil sesuatu yang positif dari pengalaman Sonny Bill Williams. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kehidupan Awal Sonny Bill Williams

sonny bill williams ketika muda remaja

Sumber Foto: odkazodvas.info

sonny bill william penuh kontroversi ketika muda

Sumber Foto: forums.leagueunlimited.com

Williams dilahirkan pada 3 Ogos 1985 di Auckland, New Zealand, kepada pasangan John dan Lee. Beliau mempunyai seorang abang, dan 2 orang adik perempuan kembar. 

Williams membesar dalam keluarga kelas pekerja di sebuah rumah di pinggir bandar, iaitu di Mount Albert.

Menceritakan kisah hidup keluarga yang penuh dengan pergelutan masalah, faktor utama yang yang menyebabkan beliau untuk menjadi seorang pemain ragbi profesional adalah untuk membeli ibu beliau sebuah rumah.

Beliau menggambarkan diri sendiri semasa zaman kanak-kanak sebagai seorang budak berkulit putih yang kecil dan kurus, dan seorang yang sangat pemalu.

Namun, beliau mempunyai bakat bersukan, menjadi seorang pelari yang berdaya saing, johan lompat tinggi serta seorang pelari jarak jauh. Beliau turut bermain ragbi sejak kecil, dan bermain untuk pasukan yang lebih senior berbanding umur beliau. 

Walaupun bapa beliau merupakan seorang bekas pemain ragbi profesional, William berkata ibu beliau yang memperkenalkan sukan itu kepada beliau. 

Sonny Bill Williams Dahulunya Penuh Kontroversi, Kini Mencari Keserhanaan Dalam Hidup

sonny bill williams debut untuk kelab toulon di perancis

Sumber Foto: rugbydump.com

sonny bill william berdoa kepada allah

Sumber Foto: ummahwide.com

Semasa zaman remaja lagi, beliau telah bermain untuk kelab ragbi ternama di Australia. Beliau terikut-ikut akan budaya meminum alkohol yang tidak asing lagi bagi kelab-kelab berkenaan. 

Beliau juga pernah terpalit dengan kontroversi dan dimalukan oleh media tempatan selepas ditangkap berduaan dalam posisi menghairahkan dengan seorang model di sebuah tandas.

Namun, semua zaman itu sudah berlalu. Ketika berpindah ke Perancis pada awal permulaan karier sebagai pemain ragbi, beliau berjiran dengan sebuah keluarga dari Tunisia. 

Pasangan Muslim itu mempunyai 5 orang anak dan mereka tinggal di sebuah flat satu bilik. William sangat rapat dengan keluarga itu, dan beliau dapat melihat kegembiraan mereka dari dekat. Kehidupan mereka sangat sederhana.

Pengalaman ini menjadi hidayah buat beliau yang akhirnya memeluk Islam pada tahun 2009 ketika masih di Perancis. Menurut beliau:

Satu perkara yang saya pelajari selama ini adalah kesederhanaan adalah kunci, di atas padang, dan di luar padang.


Saya kini seorang Muslim sejati. Islam memberikan kebahagian kepada saya. Ia membuatkan saya bersyukur sebagai seorang manusia, membantu saya untuk berkembang. Saya percaya akan Islam, dan ia membantu saya menjadi diri saya hari ini.

Sonny Bill Williams Sebagai Peninju Profesional

sonny bill williams sebagai peninju profesional

Sumber Foto: stuff.co.nz

Selain kerjaya sebagai pemain ragbi, beliau turut meminati sukan tinju. Selepas menjinakkan diri dengan sukan itu, beliau beberapa kali menyebut bagaimana ia membuatkan beliau berasa lebih baik, lebih yakin dan mempunyai mental yang lebih kuat sebagai seorang ahli sukan.

Pada 27 Mei 2009, Williams pertama kali bertarung sebagai peninju profesonal di bawah bimbingan rakan karibnya, iaitu Anthony Mundine. Dalam pertarungan yang berlansung di Brisbane itu, beliau berjaya menewaskan Garry Gur dengan technical knockout (TKO) pada pusingan kedua.

Pada 30 June 2010, beliau mengalahkan Ryan Hogan melalui TKO dalam tempoh masa 2 minit 25 saat sahaja. Williams menggambarkan persiapan untuk perlawanan tersebut sebagai latihan luar musim yang baik untuk diri beliau. Ianya juga sebagai persiapan untuk bersama buat kali pertama dengan pasukan ragbi Canterbury.

Sonny Bill Williams Melakukan Umrah

hamza sonny bill williams umrah dan di kaabah

Sumber Foto: tvnz.co.nz

Video Facebook Hamza Sonny Bill William Ketika Di Makkah & Madinah

Sonny Bill Williams Memberikan Pingat RWC 2015 Kepada Peminat

Ringkasan Pencapaian Cemerlang Sonny Bill Williams 

Terdapat banyak pencapaian Sonny Bill Williams sepanjang karier beliau setakat ini, namun senarai ini adalah antara pencapaian cemerlang beliau secara individu dan bersama pasukan:

  • Rugby World Cup winner with New Zealand (2011)
  • New Zealand Professional Boxing Association (NZPBA) Heavyweight Champion (2012)
  • Bledisloe Cup winner with New Zealand (2012)
  • WBA International Heavyweight Champion (2013)
  • Jack Gibson Medalist – Sydney Roosters' Player of the Year (2013)
  • No.9 in AskMen's Top 49 Most Influential Men (2013)
  • RLIF International Player of the Year (2013)
  • Rugby World Cup winner with New Zealand (2015)
  • Wellington Sevens Champion with New Zealand (2016)
  • Sydney Sevens Champion with New Zealand (2016)
  • Drawn British & Irish Lions Test series with New Zealand (2017)
  • Won Bledisloe Cup and the Rugby Championship with New Zealand (2017)
  • Won Dave Gallaher Trophy with New Zealand (2017)

Rujukan:

  1. en.wikipedia.org
  2. edition.cnn.com
  3. telegraph.co.uk



Hakcipta iluminasi.com (2017)