Pada 22 Mac 1983, kerajaan Amerika Syarikat Pentagon menganugerahkan kontrak pengeluaran bernilai lebih daripada $1 bilion kepada AM General Corporation untuk membangunkan 55,000 Kenderaan Beroda Serbaguna Mobiliti Tinggi atau High Mobility Multipurpose Wheeled Vehicles  (HMMWV).

Digelar HUMVEE dan direka untuk mengangkut tentera dan kargo, kenderaan yang lebar dan lasak ini menjadi tumpuan apabila ia digunakan oleh tentera Amerika semasa pencerobohan 1989 ke atas Panama dan Perang Teluk Parsi pada awal 1990-an. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Arnold Schwarzenegger dan kemunculan Hummer

img 20211123 105418

Bagi yang tidak tahu, kemunculan jip Hummer boleh dikatakan atas tanggungjawab dan dipopularkan oleh Arnold Schwarzenegger. Pada Jun 1990, Arnold Schwarzenegger ketika itu sedang menjalani penggambaran untuk filem Kindergarten Cop di Oregon. Beliau ketika itu merupakan pelakon yang sangat prolifik sebagai bintang aksi pada tahun 90-an.

Dalam filem itu, beliau memainkan watak seorang pegawai polis yang menyamar sebagai guru tadika. Ketika itulah beliau mula jatuh hati dengan kenderaan HUMVEE bergred tentera yang digunakan dalam penggambaran, kenderaan sama hampir 6,000 paun yang digunakan oleh angkatan tentera Amerika Syarikat. 

1415778625438 wps 47 arnold schwarzenegger dri

Schwarzenegger melihat peluang untuk melakukan perniagaan. Beliau menghubungi syarikat AM General, pengeluar automotif berat disebalik HUMVEE (kenderaan tentera yang menjadi inspirasi Hummer) dan kenderaan lain untuk menyampaikan pujian atas kehebatan jentera tersebut dan berkongsi ideanya.

Beliau pasti kenderaan seperti HUMVEE pastinya mempunyai peminat tersendiri dalam kalangan orang awam sepertinya. Walaupun syarikat itu pada mulanya teragak-agak untuk berrsetuju dengan cadangan tersebut, Hummer akhirnya telah diperkenalkan kepada pasaran awam pada tahun 1992.

Kemunculan Hummer buat pasaran awam

varian hummer

Pada tahun 1992, versi awam HUMVEE, yang dikenali sebagai Hummer, mula dijual. Kenderaan jalanan yang besar dan menarik perhatian ini mencecah berat kira-kira 10,000 paun dan mampu bergerak kurang daripada 10 batu setiap gelen minyak.

Ia mendapat sambutan hangat diawal kemunculannya dengan selebriti Hollywood seperti Arnold Schwarzenegger menggunakannya. Arnold Schwarzenegger turut mempunyai koleksi pelbagai koleksi peribadi pelbagai variasi kereta Hummers.

Pada Disember 1999, apabila ekonomi kukuh dan harga gas agak rendah, General Motors membeli hak daripada AM General untuk memasarkan dan mengedarkan Hummer. Pada tahun 2002, Hummer H2, versi yang lebih kecil (kira-kira 8,600 paun), versi yang lebih murah daripada model asal, mula diperkenalkan.

Walaupun popularitinya tidak menaik secara mendadak diawal kemunculannya, kenderaan ini telah menjadi fenomena budaya oleh pemilik awal Hummer. Kedudukannya sebagai simbol kekayaan awal 2000-an dan obsesi estetik kenderaan dengan rekabentuk ketenteraan.

Pada tahun 2005, Hummer H3, kenderaan yang lebih kecil (5,800 paun) serta lebih jimat bahan api (16 hingga 20 batu setiap gelen), telah dikeluarkan. Kenderaan Hummer mendapat kritikan daripada NGO alam sekitar memandangkan kenderaan ini menggunakan begitu banyak minyak, sesuai dengan saiznya yang besar. 

Kejatuhan Hummer

hummer ev 746

Pada tahun berikutnya selepas penjualan Hummer H2, GM menamatkan pengeluaran Hummer asal kerana jualan yang rendah. Pada tahun 2008, ketika rakyat Amerika menghadapi krisis ekonomi yang semakin meningkat dan kenaikan harga gas, bersama-sama dengan kebimbangan alam sekitar yang semakin meningkat, jualan Hummer menyusut lebih daripada 50 peratus.

Pada Disember 2008, GM yang terjejas teruk oleh kemelesetan global dan jualan kereta yang merosot, menerima pinjaman bailout dari kerajaan persekutuan berbilion dolar untuk terus bertahan.

Pada 1 Jun 2009, gergasi kereta itu, yang sehingga 2008 merupakan pengeluar kereta dan trak terlaris di dunia, memfailkan perlindungan kebankrapan. Pada 2020, sepuluh tahun selepas Hummer terakhir dihasilkan, GM mengumumkan ia akan melancarkan semula jenama itu.

Pada Januari 2020, Syarikat General Motors mengumumkan ia akan melancarkan GMC Hummer EV yang akan mula dijual pada Mei 2020, dengan iklan disiarkan semasa Super Bowl.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. History.com
  3. VOX



Hakcipta iluminasi.com (2017)