Setiap tahun pada hari Ahad ketiga dalam bulan Jun, seluruh dunia akan menyambut "Hari Bapa" untuk menghormati kaum bapa dan peranan mereka dalam keluarga dan masyarakat.

Namun, tahukah anda tentang bagaimana sambutan Hari Bapa ini bermula dan kisah wanita yang melancarkan kempen selama 62 tahun untuk menjadikan hari tersebut sebagai cuti persekutuan di Amerika Syarikat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perayaan untuk kaum bapa ini sebenarnya sudah berlaku sejak ratusan tahun yang lalu dan ia disambut pada tarikh yang berbeza dalam setiap kebudayaan. Namun, berikut adalah kisah tentang sambutan Hari Bapa moden seperti mana yang disambut oleh kebanyak orang di dunia pada hari ini.

sejarah hari bapa

Pertama kali sambutan Hari Bapa secara tidak rasmi direkodkan di Amerika Syarikat ialah pada 5 Julai 1908. Ia adalah atas cadangan Jessica Clinton Clayton bagi pihak Memorial William Methodist Episcopal Church South untuk mengadakan acara istimewa bagi memperingati kematian 360 orang lelaki.

Kebanyakan mangsa adalah kaum bapa yang terkorban dalam tragedi letupan lombong arang batu kira-kira tujuh bulan sebelum itu. Namun, peringatan itu hanya dilakukan pada tahun itu sahaja dan tidak diulang pada tahun-tahun kemudiannya.

Ibu kepada sambutan Hari Bapa

Setahun selepas itu, seorang gadis berusia 16 tahun pula mendapat ilham untuk memulakan sambutan Hari Bapa. Sonora Louise Smart Dodd adalah anak sulung daripada enam adik-beradik dan bapanya merupakan bapa tunggal yang membesarkan mereka semua.

sonora louise smart dodd

Sonora Louise Smart Dodd

Ketika Dodd sedang mendengar khutbah mengenai Hari Ibu di gerejanya, dia menyedari bahawa kaum bapa juga perlu dihargai terutama bapanya sendiri yang sering bersusah payah membesarkan anak sebagai bapa tunggal.

Dodd telah membuat petisyen untuk sambutan Hari Bapa yang pertama dan dia mencadangkan bahawa sambutan itu dirayakan pada hari jadi bapanya iaitu pada awal bulan Jun.

ayah dan anak solat berjemaah bersama

Walaupun petisyen itu hanya mendapat dua tandatangan, Dodd berjaya meyakinkan beberapa komuniti gereja tempatan untuk menyertainya.

Atas persetujuan bersama, Dodd menunda sambutan itu pada penghujung bulan Jun bagi memberikan mereka lebih banyak masa untuk bersedia. Sambutan Hari Bapa yang pertama akhirnya dirayakan di Spokane, Washington dan Dodd memulakan misi sepanjang hayat untuk mempromosikan Hari Bapa.

surat petisyen dodd

Surat petisyen sambutan Hari Bapa oleh Dodd

Untuk beberapa dekad yang akan datang, Dodd mengembara ke seluruh Amerika Syarikat untuk bercakap dan berkempen bagi pihak Hari Bapa agar menjadikannya sambutan umum di peringkat kebangsaan.

Walaupun Hari Ibu telah diisytiharkan sebagai cuti kebangsaan pada tahun 1914, Hari Bapa tidak diiktiraf secara nasional sehinggalah pada tahun 1972. Sepanjang tempoh itu, Presiden Amerika seperti Woodrow Wilson, Cavin Coolidge dan Lyndon B. Johnson semua telah menulis bahawa mereka menyokong sambutan itu namun tidak ada yang meluluskan perundangan mengenai cuti itu.

Pada tahun 1970, Kongres akhirnya meluluskan Revolusi Bersama 187 yang menyeru rakyat untuk meluahkan rasa penghargaan untuk kaum bapa mereka. Dua tahun kemudian Presiden Richard Nixon menandatangani resolusi itu menjadi undang-undang.

Bentuk baru penghargaan kaum bapa

sambutan hari bapa yang pertama di spokane 360

Sambutan Hari Bapa yang pertama di Spokane

Pada sambutan pertama Hari Bapa di Spokane, kaum keluarga akan memakai baju berwarna mawar merah untuk menghormati bapa mereka yang masih hidup dan warna putih bagi bapa mereka yang telah meninggal dunia.

Pendeta di gereja Presbyterian dan Methodist akan memberikan khutbah mengenai Hari Bapa pada hari itu. Datuk Bandar dan gabenor negeri juga akan mengeluarkan pengumuman sambutan Hari Bapa.

Pada hari ini, Hari Bapa dirayakan di seluruh dunia dengan makanan, perjumpaan dan pemberian hadiah. Menurut Persekutuan Runcit Nasional, di Amerika Syarikat sahaja mereka telah membelanjakan lebih daripada RM 66.8 billion untuk sambutan Hari Bapa termasuk hadiah, acara istimewa dan pelbagai perbelanjaan lain.

ayah dukung anak

Sejak Hari Bapa mula-mula diraikan, sifat amalan 'kebapaan' itu sendiri telah berubah pada zaman ini. Kebanyakan para bapa zaman ini bukan lagi pencari nafkah tunggal dan mereka lebih banyak terlibat dalam kehidupan keluarga. 

Purata bapa di seluruh dunia menghabiskan tiga kali ganda masa untuk menjaga anak-anak mereka dalam seminggu berbanding apa yang dilakukan oleh para bapa pada tahun 1965. Ia selari dengan peredaran zaman dan keperluan pada zaman moden di mana kebanyakan kaum ibu juga bekerja.

Sambutan Hari Bapa adalah satu kesempatan untuk mengucapkan rasa terima kasih kepada setiap orang yang menggalas tugas yang mencabar ini. Namun, kita tidak perlu menunggu setahun sekali untuk meraikan orang yang tidak kenal erti penat lelah demi kebahagian keluarganya.

Rujukan:

1. How Stuff Works

2. National Geographic

3. Al Jazeera




Hakcipta iluminasi.com (2017)