Idea orang Barat yang menyambut hari lahir dengan meniup lilin di atas kek sememangnya sudah biasa dibuat oleh ramai orang di seluruh dunia. Namun, masih terdapat lagi adat dan budaya tradisional segelintir masyarakat yang masih dilakukan sehingga ke hari ini.

Sudah pasti amalan-amalan yang bakal kami kongsikan ini tidak mewakili keseluruhan masyarakat. Tambahan pula, setiap keluarga atau individu mempunyai pilihan citarasa tersendiri dalam sambutan hari jadi masing-masing. Apa-apapun, berikut 7 tradisi sambutan hari lahir yang unik di seluruh dunia:

1. Kanada

Di kawasan Atlantik Kanada seperti Nova Scotia dan Newfoundland, kanak-kanak yang menyambut hari lahir akan 'diserang'  dari belakang dan penyerang akan mencalit minyak ke hidung mereka - kebiasaannya mentega atau marjerin - untuk menjauhkan mereka daripada nasib malang kerana 'hidung yang licin sukar ditangkap'. Tradisi ini dikatakan berasal dari Scotland. (Sumber)

BESARKAN TEKS     A-  A+

2. China

Tradisi sambutan hari jadi di China merupakan satu simbolik kepada umur yang panjang. Mereka akan memakan sepinggan mi panjang dengan menghirup seboleh mungkin tanpa memutuskan mi. (Sumber)

sambutan hari lahir ganjil dari seluruh dunia china

3. Jerman

Apabila seorang lelaki bujang menyambut hari lahirnya yang ke-30, salah satu adat lama masyarakat Jerman di kawasan utara dan barat negara itu ialah mereka perlu menyapu tangga di dewan perbandaran sambil memakai gaun sehingga dia dicium oleh seorang anak dara. (Sumber)

sambutan hari lahir ganjil dari seluruh dunia jerman

4. Ireland

Lelaki atau perempuan yang menyambut ulang tahun kelahiran di negara ini kebiasaannya diterbalikkan beramai-ramai dan dihantuk kepalanya ke lantai. Jumlah hentakan adalah mengikut usia dan tambahan satu lagi hentakan menandakan nasib yang baik untuk tahun mendatang. (Sumber)

sambutan hari lahir ganjil dari seluruh dunia ireland

5. Vietnam

Hari lahir semua rakyat Vietnam disambut pada tahun baru. Perayaan Tet bukan sahaja menandakan sambutan tahun baru, malah ia juga merupakan sambutan hari lahir, Krismas, Halloween dan Hari Kesyukuran yang disambut serentak. Orang Vietnam tidak begitu menitikberatkan hari ulang tahun kelahiran seperti di negara lain. Pada pagi hari Tet, golongan dewasa akan mengucapkan tahniah kepada golongan muda dan kanak-kanak kerana telah beranjak usia. Mereka juga akan memberikan sampul merah yang mengandungi li xi atau "Wang Tuah." (Sumber)

sambutan hari lahir ganjil dari seluruh dunia vietnam

6. Denmark

Rekaan kek yang menggerunkan bukanlah suatu perkara yang baru. Namun, di Denmark, tradisi sambutan hari lahir mereka agak menggerunkan kerana perlu memotong kepala dan anggota badan watak kek yang seakan-akan gingerbread man. Kepala yang dipotong akan diberikan kepada kanak-kanak yang menyambut hari lahir tersebut dan para tetamu akan dihidangkan bahagian badan atau anggota yang dipenggal. (Sumber)

sambutan hari lahir ganjil dari seluruh dunia denmark

7. Papua New Guinea

Bagi majoriti kanak-kanak, sambutan hari lahir yang ke-7 kebiasaannya melibatkan kek, manisan, aiskrim, permainan, hadiah dan banyak lagi perkara menggembirakan. Namun, kanak-kanak puak Sambia dari Papua New Guinea akan diambil daripada keluarga dan 'dipenjarakan' selama 10 tahun berikutnya dalam pondok yang didiami oleh golongan lelaki dewasa. Kanak-kanak ini akan 'diajar' cara untuk menjadi lelaki sejati dengan kejadian hidung berdarah dicucuk rotan, dipaksa muntah, buang air besar dengan 'bantuan' tebu dan dipaksa menelan air mani untuk menghindarkan diri dari segala 'kotoran' dan menjadi pahlawan yang maskulin. (Sumber)

sambutan hari jadi di papua new guinea

Adapun begitu, untuk orang Islam khususnya, sambutan hari lahir sepatutnya dijadikan ruang untuk kita bersyukur kerana masih diberikan nikmat kehidupan dan kesihatan yang baik. Selain itu, kita perlu bermuhasabah tentang betapa dekatnya kita dengan kematian setelah usia makin meningkat dari tahun ke tahun.

Hari lahir bukan sekadar mengadakan sambutan bertujuan untuk berseronok-seronok dan berparti sahaja. Kekalkanlah identiti tersendiri dan usahlah kita terlalu mengikut budaya Barat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)