Oleh pada 25 May 2018 kategori

Di zaman berteknologi tinggi ini, kenderaan adalah satu keperluan yang sangat penting dalam kehidupan bagi memudahkan kelancaran hidup tak kiralah sama ada di desa atau di kota.

Tanpa kenderaan, bukan sahaja pekerjaan tidak dapat dilakukan dengan baik malah rutin harian hidup juga akan menjadi sukar. Jika dahulu haiwan-haiwan digunakan sebagai medium pengangkutan utama, namun kepintaran teknologi ciptaan manusia telah merubah dunia kepada yang lebih baik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan bagi lambakan kenderaan yang ada pada hari ini sudah tentunya bermula dengan satu ciptaan dan iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda sejarah 5 jenis kenderaan yang dihasilkan buat pertama kali di dunia.

1. Basikal pertama di dunia

laufmaschine basikal pertama di dunia 381

Tuntuan yang disahkan terhadap basikal praktikal pertama di dunia adalah oleh, Karl von Drais, seorang penjawam awam di Grand Duke of Baden, Jerman. Karl mencipta "Laufmaschine", yang bermaksud "mesin berjalan" dalam bahasa Jerman pada tahun 1817. 

Mesin ini dipanggil sebagai Draisine dalam bahasa Inggeris dan Draisienne dalam bahasa Perancis oleh pihak media. Beliau mempatenkan rekacipta ini pada tahun 1818 yang mana merupakan mesin pertama yang berorientasikan dua roda, boleh bergerak dan dipandu manusia, yang biasanya dikenali sebagai "velocipede".

laufmaschine basikal pertama di dunia 2

Ia pada mulanya dibuat di Jerman dan Perancis. Menurut Hans-Erhard Lessing, penulis biografi Karl, minat Karl dalam mencari alternatif bagi menggantikan kuda adalah kerana kelaparan dan kematian kuda-kuda pada ketika itu yang disebabkan oleh kegagalan pertanian pada tahun 1816.

Menurut laporan tunggangan pertama basikal ciptaan Karl, ia telah dikayuh di Mannheim pada 12 Jun 1817 sejauh 13 kilometer dalam masa kurang daripada 1 jam. Dihasilkan hampir 100% daripada kayu, basikal ini mempunyai berat 22 kilogram, roda besi, brek belakang dan 152 mm jejak depan roda untuk tujuan pengemudian.

2. Kereta pertama di dunia

kereta karl benz kereta pertama di dunia 2

Enjin petrol pertama dibina yang oleh Karl benz adalah unit 2-lejang 1-silinder yang berfungsi buat pertama kalinya pada malam tahun baru 1879.

Karl yang mengecapi kejayaan komersial yang sangat mengagumkan dengan enjin ini membolehkan beliau menumpukan lebih banyak masa kepada impiannya untuk mencipta kereta ringan yang dikuasakan oleh enjin petrol, di manaa casis dan enjinnya membentuk satu unit tunggal.

Dan pada tahun 1885, kenderaan dua tempat duduk telah berjaya disiapkan di mana enjin 4-lejang 1-silinder berkelajuan tinggi dipasang secara mendatar di bahagian belakang bingkai keluli kereta ini.

kereta karl benz kereta pertama di dunia 643

Output enjin ini adalah 0.75hp (0.55kW). Butiran lain termasuklah slaid pengambilan automatik, injap ekzos terkawal, pencucuhan elektrik bervoltan tinggi dengan palam pencucuh dan penyekukan penyejatan air/termo.

Pada 29 Januari 1886, Karl Benz telah memohon patent bagi "kenderaan dikuasakan oleh enjin petrol". Paten yang bernombor 37435 itu boleh dianggap sebagai sijil lahir bagi kereta yang ada pada hari ini.

Pada bulan Julai 1886, akhbar-akhbar melaporkan kereta pertama "Benz Patent Motor Car" tiga roda, model no. 1.

3. Motosikal pertama di dunia

butler petrol cycle motosikal pertama di dunia

Ada yang mengganggap bahawa motosikal pertama juga merupakan kereta pertama, yang dihasilkan 2 tahun sebelum pelancaran ciptaan Karl Benz pada tahun 1886, dan kedua-duanya adalah kenderaan 3 roda dikuasakan enjin pembakaran dalam berkuasa petrol.

Gambar di atas adalah gambar motosikal pertama yang diberi nama "Butler Petrol Cycle". Ia dicipta dan dihasilkan pada tahun 1884 di England, oleh Edward Butler. Motosikal pertama di dunia ini dikuasakan dengan enjin 2-silinder 4-lejang (5/8hp, 600cc) dengan injap putar, sebuah karburetor dan stereng Ackerman.

stereng ackerman

Bagi yang tak mengenali stereng Ackerman, ia adalah teknik pengemudian yang mengelakkan masalah dijana oleh kenderaan 2 roda pada gandar tetap yang memerlukan jarak yang berbeza apabila membelok.

Motosikal ini adalah jenis pemanduan roda belakang, dan apa yang menarik adalah penciptanya tidak melihat keperluan brek pada motosikal ini dan tidak memasangnya.

butler petrol cycle motosikal pertama di dunia 2

Pergerakan ke hadapan dihentikan dengan mengangkat roda menjadi terapung menggunakan tuil kaki, yang mana memindahkan berat kepada 2 roda kastor di kedua-dua sisi.

Walaupun terdapat mereka yang mengklasifikasikan ciptaan ini sebagai kereta dan motor pertama di dunia, namun ciptaan Edward Butler ini dipersetujui sebaagai motosikal pertama di dunia. Rasanya boleh merempit tak guna motor ni?

4. Helikopter pertama di dunia

vs 300 helikopter pertama di dunia 2

Tanggal 14 September 1939, VS-300, helikopter praktikal pertama di dunia telah melakukan penerbangan di Connecticut, Amerika Syarikat. Direka oleh Igor Sikorsky warga Rusia-Amerika dan dibina oleh Divisyen Pesawat Vought-Sikorsky dari United Aircraft Corporation, helikopter ini adalah yang pertama menggabungkan satu kipas utama dan rekabentuk kipas ekor.

Dipandu oleh Igor sendiri, penerbangan pertama tersebut hanya berlangsung untuk beberapa saat sahaja, dan penerbangan bebas pertama dilakukan pada 13 Mei 1940. Bilah kipas utama yang berdiameter 8.5 meter itu boleh berputar dengan kelajuan di antara 402 hingga 482 kilometer sejam.

vs 300 helikopter pertama di dunia 988

Konsep-konsep yang ditunjukkan pada VS-300 ini memberikan asas kepada pengeluaran helikopter pertama dan menjadi piawaian penghasilan helikopter di seluruh dunia. Igor Sikorsky membuat permohonan paten pada Jun 1931 untuk pesawat terbang langsung, yang merangkumi semua ciri kejuruteraan utama VS-300. 

Pada Mac 1935, paten tersebut diluluskan. Dibentangkan kepada Henry Ford dan dimasukkan ke dalam Edison Museum di Dearborn, Michigan pada 7 Oktober 1943, VS-300 masih kekal dipamerkan di Muzium Henry Ford.

5. Kereta kebal pertama di dunia

little willie kereta kebal pertama di dunia

Little Wille

Pihak British menghasilkan kereta kebal sebagai respon Perang Dunia Pertama yang mana berlangsung melibatkan banyak parit.

Pada tahun 1914, kolonel tentera Ernest Swinton dan William Hankey, setiausaha Jawatankuasa Pertahanan Imperial telah memberikan idea untuk menghasilkan sebuah kenderaan berperisai yang mampu memecahkan benteng musuh dan melintasi kawasan yang sukar.

Mereka memohon kepada menteri angkatan laut British Winston Churchill, yang percaya kepada konsep "bot tanah" itu lantas menubuhkan Jawatankuasa Kapal Darat untuk mula menghasilkan prototaip.

big willie kereta kebal pertama di dunia

Big Willie

Pada tahun 1915, sebuah protataip kereta kebal diberi nama Little Willie diperkenalkan di England, namun ia tidaklah merupakan ciptaan yang berjaya. Dengan berat 14 tan, kereta kebal ini tersekat-sekat, mudah panas, tak mampu bergerap melepasi parit dan bergerak di atas permukaan kasar pada kelajuan 3.2 kilometer sejam.

Bagi merahsiakan projek ini daripada pihak musuh, para pekerja pengeluaran diberitahu bahawa kenderaan yang mereka sedang bina akan digunakan untuk mengangkut air ke medan perang. Dengan ini, kenderaan baru ini dihantar di dalam peti yang dilabel "tank" atau tangki, dan nama itu digunakan sehingga kini.

mark i kereta kebal pertama di dunia

Mark I

Prototaip kedua dikenali sebagai Big Wille dihasilkan selepas prestasi menghampakan Little Willie. Menjelang tahun 1916, kenderaan berperisai ini dianggap telah bersedia untuk berperang dan membuat kemunculan pertama di Pertempuran Pertama Somme berhampiran Courcelette, Perancis pada 15 September tahun yang sama.

Dikenali sebagai Mark I, kumpulan pertama kereta kebal ini aadalah panas, bising dan sukar dikawal serta mengalami kerosakan mekanikal di medan perang. Namun, potensi kereta kebal ini disedari.

Penambahbaikan reka bentuk lanjut telaah dilakukan dan ketika Pertempuran Cambrai pada November 1917, 400 buah Mark IV telah terbukti jauh lebih berjaya daripada MArk I yang telah berjaya menangkap 8,000 tentera musuh dan 100 senjata api.




Hakcipta iluminasi.com (2017)