Sekiranya anda gemar melancong ke luar negara, satu barang wajib yang ada perlu bawa setiap kali melancong pastinya plug converter memandangkan setiap negara mempunyai piawaian atau jenis plug yang berlainan. Malah, negara jiran kita Indonesia juga menggunakan jenis plug yang berlainan daripada Malaysia.

Persoalannya, mengapakah terdapat perbezaan ini? Sekiranya tujuan plug adalah sebagai alat penyambung dengan sumber kuasa elektrik, mengapa tidak kita hanya menggunakan jenis plug yang sama sahaja di seluruh dunia?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Nota: "Palam elektrik" adalah terjemahan  "plug" dalam bahasa Melayu

Berapa jenis plug yang wujud di dunia?

jenis palam

Bagi yang tidak tahu, terdapat sekurang-kurangnya 15 jenis plug yang wujud di muka Bumi ini. Nama bagi jenis-jenis plug ini pula diberikana berdasarkan turutan huruf A, B, C dan seterusnya.

Huruf yang mewaklili sesuatu jenis plug ini tidaklah membawa apa-apa maksud, sekadar untuk memudahkan rujukan di peringkat global. Sebagai contoh, negara Amerika Syarikat menggunakan plug jenis A dan B, sementara Turki pula menggunakan plug jenis C.

Bagaimanapula dengan Malaysia? Di Malaysia, kita secara meluasnya menggunakan plug jenis G, sama dengan beberapa negara lain antaranya UK, Ireland, Singapore dan Malta. Besar kemungkinan persamaan dengan UK ini adalah disebabkan negara kita satu ketika dahulunya pernah berada di bawah penguasaan British. 

Mengapakah terdapat perbezaan jenis plug?

plug pertama dipatenkan

Plug pertama yang dipatenkan di Amerika Syarikat pada tahun 1908

Perbezaan jenis plug ini secara umumnya berpunca daripada perbezaan jenis voltan yang digunakan setiap negara. Perbezaan voltan di sesetengah negara ini berpunca daripada perseteruan idea dua orang saintis Thomas Edison dan Nikola Tesla seperti yang kami tulis dalam artikel Mengapakah Terdapat Perbezaan Voltan di Sesesetengah Negara?.

Ketika negara Amerika Syarikat satu ketika dahulu sudah membangunkan sistem penyampaian kuasa dan plug elektrik moden untuk kegunaan orang awam, negara-negara lain tidak menganggap piawaian kuasa  elektrik yang digunakan Amerika Syarikat [60 Hz, 110V dan jenis plug mereka] sesuatu yang cukup efisien. 

Oleh itu, setiap negara mula menambah baik sendiri sistem mereka sendiri memandangkan sistem yang digunakan oleh Amerika Syarikat dianggap tidak cukup cekap untuk membekalkan elektrik. Orang Jerman menyukai 50Hz (sesuai dengan sistem metrik]) dan 220 V (penghantaran kuasa yang lebih cekap yang dianggap jauh lebih baik dan efisien).

Sementara itu, orang Inggeris turut menambah baik jenis plug yang digunakan oleh  Amerika Syarikat dengan plug yang mereka rasa lebih selamat (dan saiznya juga menjadi sedikit besar) seperti yang turut digunakan di Malaysia. Video di bawah merupakan sedikit penjelasan mengapa plug yang digunakan British lebih baik:

Bagi orang India dan Pakistan, inovasi mereka dalam plug muncul setelah British meninggalkan India pada tahun 1947, meninggalkan benua kecil ini dalam piawaian Inggeris yang lebih lama sementara British pula telah membangunkan piawaian plug yang lebih baru.

Sementara itu, orang Inggeris dan Eropah juga tidak banyak berinteraksi menyebabkan orang Eropah turut membangunkan sistem dan jenis plug mereka sendiri dan tidak menggunakan jenis dan sistem plug yang sama digunakan oleh British.

Selain itu, cara bagaimana elektrik dibekalkan juga mempengaruhi sistem dan rekabentuk sesuatu plug itu. Bagi Itali pula, mereka sejak sekian lama mempunyai sistem yang berbeza untuk membekalkan elektrik untuk kegunaan mentol berbanding penggunaan elektrik untuk kegunaan peralatan elektrik tanpa pencahayaan.

Oleh itu mereka membangunkan sistem plug mereka sendiri untuk memenuhi keperluan tersebut. Setiap sistem plug mempunyai kelebihan tersendiri yang sesuai untuk sistem membekalkan elektrik yang digunakan di sesebuah negara tersebut dan sudah tentu tidak semua negara dapat menerima pendapat terdapat sistem plug dari negara lain yang lebih baik daripada sistem yang sedang digunakan.

jenis plug malaysia

Lama-kelamaan, apabila sesuatu jenis plug itu sudah digunakan dengan meluas di sesuatu kawasan, ianya menjadi sukar untuk menukarnya. Sebaik sahaja anda memilih satu sistem plug elektrik, tidak mudah menukar sistem plug yang lain.

Apabila jenis dan sistem plug mahu ditukar, ianya melibatkan risiko dan juga faktor kos kerana anda perlu menukar semua soket di dinding di setiap rumah, pejabat dan kilang malah kilang-kilang peralatan elektrik juga perlu juga melakukan sedikit pengubahsuaian pada komponen dalaman barangan elektrik mereka untuk penyesuaian ini. 

Untuk menukar sistem dan jenis plug di sesebuah negara pula, anda perlu melakukan segala perubahan soket dan plug di semua tempat sekaligus untuk mengelakkan kemalangan dan hal itu akan sangat sangat sukar dilakukan dan menelan perbelanjaan yang tinggi.

Disebabkan itulah kerajaan sesebuah negara merasakan pada masa kini sangatlah tidak berbaloi untuk menukar sistem dan jenis plug sedia ada semata-mata untuk menyeragamkannnya dengan negara lain. Bagi pelancong pula, mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan plug converter.

Adakah terdapat usaha penyeragaman di peringkat global?

plug converter

Seperti juga usaha penyeragaman voltan di peringkat global, satu ketika dahulu terdapat juga usaha untuk menyeragamkan jenis plug di setiap negara. Setiap negara membangunkan sistem mereka sendiri secara selari untuk menggantikan sistem digunakan Amerika Syarikat yang dianggap sebagai tidak cekap.

Ketika sudah muncul cakap-cakap usaha untuk menyeragamkan jenis dan sistem plug ini, dunia ketika dahulu telah melalui 2 zaman perang dunia yang cukup panjang dan menyiksakan. Maka, usaha penyeragaman ini terencat seketika. 

Apabila tamatnya Perang Dunia Kedua, banyak rumah sudah mempunyai akses kepada tenaga elektrik dan banyak barangan dan perkakasan elektrik sudah dibangunkan menggunakan sistem elektrik sedia ada. Oleh itu, kebanyakan negara beranggapan ianya sudah terlambat untuk usaha penyeragaman sistem dan jenis plug yang digunakan. 

Kredit:

  1. The Conversation
  2. Gizmodo
  3. HuffPost



Hakcipta iluminasi.com (2017)