pertandingan chess di iran

Catur mungkin merupakan permainan paling hebat yang pernah dicipta. Ia sering dimainkan oleh orang-orang yang mempunyai pemikiran hebat. Ketika ia mula diperkenalkan kepada istana sewaktu abad pertengahan, permainan ini dipandang tinggi oleh raja-raja dan para bangsawan.

Sejak dahulu lagi, pengetahuan tentang permainan catur adalah sesuatu yang penting. Pemain catur terkenal akan mengukur kemahiran mereka dengan pakar-pakar catur semasa dan juga masa lalu. Mereka juga menulis tentang pencapaian mereka atau gerakan legenda yang dicipta untuk mengalahkan pihak lawan.

Akan tetapi, asal-usul permainan catur masih lagi menjadi perdebatan sehingga hari ini. Terlalu banyak mitos dan dakwaan yang menyelubungi permainan ini membuatkannya sedikit unik.

chess 2

Terdapat legenda yang mendakwa bahawa catur telah dicipta oleh King Solomon (Nabi Sulaiman). Ada juga yang mengatakan permainan ini diberikan kepada manusia oleh dewa Greek iaitu Hermes, yang merupakan dewa utusan di Gunung Olympus.

Di China pula, legenda mengatakan bahawa catur dicipta oleh seorang komander tentera bernama Hansing pada abad pertama SM sebagai cara untuk menghiburkan tenteranya ketika mereka berkhemah sepanjang musim sejuk.

Walau bagaimanapun, versi yang paling boleh dipercayai ialah catur telah dicipta di India antara abad ke-5 hingga abad ke-7. Permainan yang dimainkan di atas papan permainan itu digelar sebagai Chaturanga.

chaturanga 2

Chaturanga

Permainan Chaturanga ini mempunyai pelbagai kemungkinan yang tidak berkesudahan, sifat inilah yang menjadikan ia tidak berubah selama berabad-abad lamanya.

Ia sedikit berbeza kerana tidak mempunyai karakter seperti Castle, Queen atau Bishop tetapi mempunyai Kenderaan Kuda (Chariot), Jeneral dan Gajah. Perkataan Chaturanga dalam bahasa Sanskrit diterjemahkan dalam beberapa maksud seperti empat bahagian atau empat anggota badan yang merangkumi sifat srategik ketenteraan permainan ini.

Makna perkataan itu berkaitan dengan struktur organisasi tentera Empayar Gupta, wilayah yang merangkumi kebanyakan sub-benua India antara tahun 320 hingga 550 Masihi.

chaturanga

Secara tradisinya, tentera Gupta dibahagikan kepada empat bahagian iaitu infantri, pasukan berkuda, gajah dan kenderaan (chariot). Formasi pertempuran yang tipikal untuk sub-benua India pada zaman purba telah dicerminkan pada papan permainan ini apabila keempat-empat elemen itu disusun seperti keadaan sebenar di medan perang.

Chaturanga sendiri dikatakan berasal daripada sejenis permainan papan yang dicipta di China, tetapi masih banyak lagi yang tidak diketahui mengenai versi awal permainan itu yang dimainkan di kalangan golongan diraja empayar Timur kuno. Chaturanga juga dikatakan menjadi ilham kepada beberapa permainan papan lain yang dicipta di China, Korea dan Asia Tengah.

Papan Chaturanga tidak mempunyai kotak hitam putih seperti catur tetapi tetap mengandungi 64 petak. Papan permainan ini mempunyai nama khas tersendiri iaitu Ashtapada, yang juga sering digunakan untuk merujuk kepada panggilan permainan itu selain Chaturanga.

ashtapada

Papan Ashtapada

Papan Ashtapada purba mempunyai tanda-tanda tertentu di atasnya tetapi ahli-ahli sejarah masih lagi berhujah sama ada tanda itu mempunyai fungsi dalam permainan itu atau sebagai hiasan sahaja.

Seorang pakar catur iaitu H.J.R. Murray ketika menemui asal-usul permainan Chaturanga telah menerangkan apakah kegunaan tanda-tanda aneh yang terdapat di papan Ashtapada.

Sebenarnya, papan Ashtapada telah dicipta sebelum adanya Chaturanga dan digunakan dalam permainan papan perlumbaan yang bergantung kepada penggunaan dadu untuk pergerakannya. Permainan inilah yang menggunakan tanda-tanda pada papan Ashtapada dan tanda ini dikekalkan dalam Chaturanga yang menggunakan papan yang sama.

chess parsi

Chaturanga kemudian telah disebarkan ke Parsi pada tahun 600 Masihi dan ia dinamakan sebagai "Shah" yang diambil daripada gelaran pemerintah atau raja di sana.

Perkataan "Checkmate" mula dicipta di Parsi daripada ayat "Sah Mat" yang bermaksud "raja sudah mati". "Shah" pula kemudian diterjemahkan sebagai "Chess" dalam bahasa Inggeris. Manakala dalam bahasa Slavia, Jerman dan banyak negara lain masih mengekalkan nama "Shah" untuk permainan catur ini.

Walau bagaimanapun, tarikh sebenar permainan Chaturanga kepada catur masih lagi tidak dapat dipastikan. Namun, sekitar tahun 600 Masihi ketika ia mula direkodkan di Parsi, permainan itu sudah menunjukkan kemiripan dengan catur versi moden.

sejarah dan asal usul chess catur

Seterusnya, permainan ini menjadi popular di kalangan pedagang Arab. Orang Arab kemudian bertanggungjawab memperkenalkan Chaturanga atau Shah ke Eropah melalui jalan perdagangan Afrika Utara yang mereka lalui.

Bermula di Sepanyol, permainan ini mula tersebar ke seluruh Eropah sehinggalah ke utara Rusia. Ketika abad ke-15 di Eropah, permainan ini mula berubah secara drastiknya menjadi catur moden sepertimana yang ia dimainkan sekarang.

chess 4

Walaupun permainan catur merupakan permainan papan tertua di dunia, ia masih mengekalkan popularitinya di kebanyakan negara. Banyak program komputer atau penyelesaian matematik yang dibangunkan untuk melakukan simulasi permainan ini untuk mengatasi pelbagai kemungkinan dari segi langkah dan pilihan pemainnya.

Bagi kebanyakan orang, catur adalah lebih daripada sekadar sebuah permainan. Hari ini, dianggarkan seramai 605 juta orang bermain catur dengan kerap dan kebanyakannya merupakan rakyat India, Rusia dan Jerman.

hadlar chess team misteri naga dai

Rujukan:

1. Chess Variants

2. iChess

3. Chess.com


tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)