Oleh pada 27 Feb 2018 kategori

pemain catur terhebat dunia

Seperti sukan-sukan lain, permainan catur juga mempunyai ranking yang ditentukan melalui jumlah mata yang dikutip daripada setiap pertandingan. Dalam dunia sukan catur, FIDE (The Federation Internationale des Echecs) adalah badan pentadbir sukan ini, seumpama FIFA bagi sukan bola sepak.

Bagi penentuan ranking pemain, hanya pertandingan catur yang mendapat pengiktirafan FIDE sahaja akan diberikan mata kepada para pemenang. Dalam dunia catur, terdapat beberapa gelaran seperti Grand Master (GM), International Master (IM), Woman Grand Master (WGM) dan Women International Master (WIM) yang diberikan kepada pemain yang sudah mengumpul jumlah mata tertentu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam sejarah permainan ini, terdapat beberapa pemain yang sangat menyerlah daripada pemain lain antaranya mendominasi ranking nombor 1 dunia selama berpuluh tahun. Kali ini, kami ingin berkongsi 5 pemain terhebat catur sepanjang zaman.

1. Garry Kasparov

pemain catur terhebat garry kasparov

Tiada pemain catur lain yang pernah mendominasi sukan catur sepertimana yang dilakukan oleh Garry Kasparov. Beliau berjaya menjadi pemain termuda memenangi Kejuaraan Dunia pada 1985. Pada ketika itu, beliau hanya berusia 22 tahun dan berjaya mengekalkan kejuaraan sehingga tahun 1993, tahun dimana beliau menubuhkan organisasinya sendiri kerana salah faham dengan FIDE.

Dalam ranking pula, beliau mengungguli kedudukan pertama daripada tahun 1986 sehinggalah beliau bersara pada tahun 2005. Antara kejayaan terbesarnya adalah pernah memenangi 15 kejohanan utama secara berturut-turut.

2. Anatoly Karpov 

pemain catur terhebat anatoly karpov

Selain Garry Kasparov, Anatoly Karpov merupakan seorang lagenda catur yang berasal dari Rusia. Beliau berjaya menjadi juara dunia pada tahun 1975 hingga 1985, dan 1993-1999. Kini, beliau masih lagi bermain catur dan ketika artikel ini ditulis, beliau berada di kedudukan ke 180 dalam senarai yang dikeluarkan FIDE. Sepanjang kariernya, beliau telah memenangi 160 pertandingan catur. Pada 1969, beliau telah muncul sebagai Juara Remaja Dunia dengan memenangi 10 daripada 11 perlawanan.

Selain itu, beliau juga pernah mencapai rating 2985, rating tertinggi yang pernah dicatatkan dalam sukan ini. Dalam pertandingan Chess Olympiads pula, beliau hanya kalah 2 perlawanan daripada 68 perlawanan sepanjang kariernya. Chess Olympiads adalah pertandingan catur berkumpulan antara negara yang diadakan setiap dua tahun. Setelah hilang status sebagai pemain terbaik dunia pada tahun 1999, beliau kurang bermain catur mula beralih arah ke dalam bidang politik.

3. Emanuel Lasker

pemain catur terhebat emanuel lasker

Emanuel Lasker mungkin nama yang agak asing bagi dunia catur masa kini. Walau bagaimanapun beliau merupakan seorang lagenda catur dari Jerman yang mendominasi sukan ini suatu ketika dahulu dengan memegang takhta sebagai Juara Dunia selama 27 tahun, paling lama dicatatkan oleh mana-mana pemain dalam sejarah sukan ini.

Walau bagaimanapun, Perang Dunia Pertama telah menghalang kariernya untuk terus mempertahankan status sebagai juara dunia. Beliau akhir berjaya ditewaskan oleh musuh utamanya, Capablanca pada tahun 1921 dalam kejuaraan dunia. Ketika kejadian tersebut, beliau sudahpun berumur 53 tahun dan sudah lama tidak bermain catur secara kompetetif.

Walaupun tidak mempunyai banyak sumbangan dalam dunia catur, ramai pemain profesional mengambilnya sebagai inspirasi terutamanya dari segi caranya bermain catur.

4. Wilhelm Steinitz

pemain catur terhebat wilhelm steinitz

Wilhelm Steinitz merupakan seorang lagenda catur daripada Austria dan telah mendominasi kejuaraan dunia selama 8 tahun daripada 1886 sehingga 1894. Selain daripada dominasi dalam dunia catur pada ketika itu, beliau berhak berada dalam senarai ini atas jasanya dalam pembangunan sukan catur moden.

Pada tahun 1873, beliau telah memperkenalkan satu corak permainan baru yang sangat berbeza dengan cara permainan tradisional yang lebih gemar menyerang. Walau pada awalnya cara permainannya ini digelar sebagai pengecut, menjelang awal 1890-an cara permainannya ini telah diterima dan digemari ramai kerana lebih hebat dan tersusun. Beliau bukan sahaja berjasa dalam pembangunan sukan catur moden, malah turut bekerja keras untuk memperkenalkan piawaian khas untuk semua perlawanan catur bertaraf profesional.

Malangnya, beliau mati dalam keadaan serba miskin pada tahun 1900. Satu pengakhiran yang menyedihkan buat seorang bekas juara dunia yang telah memberi sumbangan besar dalam dunia catur.

5. Bobby Fischer

pemain catur terhebat bobby fischer

Bobby Fischer merupakan antara pemain terhebat yang pernah dilahirkan Amerika Syarikat. Bermula pada usia 14 tahun, beliau memenangi 8 kejohanan peringkat kebangsaan termasuklah rekod kemenangan 11 kali tanpa kekalahan yang dicatatkan pada tahun 1963 dan 1964 yang merupakan rekod kejohanan. Ketika berusia 15 tahun, beliau sudahpun menjadi seorang Grand Master (GM) termuda dunia dan calon untuk Kejohanan Dunia.

Bagi Bobby Fischer, musuh utamanya adalah dirinya sendiri. Beliau lebih gemar membuat pertaruhan duit sebelum bersetuju dengan sesuatu perlawanan. Satu waran tangkap pernah dikeluarkan ke atasnya kerana mengatur duit pertaruhan berjumlah $5 juta dan beliau telah melarikan diri daripada negaranya. Beliau juga mempunyai pelbagai konflik dengan pihak kerajaan sehingga menyebabkan passportnya ditahan.

Beliau tinggal selama 9 bulan di Jepun dan diugut akan diekstradisi pulang ke Amerika Syarikat sebelum Iceland memberikannya kewarganegaraan. Beliau tinggal di sana sebelum meninggal 3 tahun kemudian.

Kredit:

  1. FIDE
  2. WikiPedia
  3. iChess



Hakcipta iluminasi.com (2017)