Oleh pada 15 May 2019 kategori

Jepun mempunyai reputasi sebagai negara yang mempunyai penduduk yang sama jenis atau homogen berbanding negara-negara lain di atas muka Bumi.

Namun, orang Jepun yang ada pada ketika ini bukanlah semuanya berasal daripada pulau kecil negara matahari terbit ini. Mereka datang melalui jalan laut kira-kira 2,300 tahun yang lalu.

Dan apabila mereka sampai di tepi pantai, mereka disambut oleh orang yang sampai terlebih dahulu sebelum mereka, iaitu orang Ainu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Hari ini, penduduk rasmi Ainu di Jepun adalah kurang daripada 25,000 orang, namun ada yang mengatakan bahawa jumlah ini adalah lebih rendah daripada sebenarnya.

Ini kerana diskriminasi selama berabad-abad dan asimilasi yang kuat telah membuatkan ramai orang Jepun yang berketurunan Ainu untuk menyembunyikan perkara sebenar atau langsung tidak menyedarinya.

keturunan ainu pada hari ini

Malah, pada tahun 2008, kerajaan Jepun secara rasmi mengiktiraf kewujudan Ainu sebagai orang pribumi, walaupun bahasa, budaya, dan agama yang berbeza telah bertahan selama beribu tahun.

Bahasa Ainu tidak berkaitan dengan bahasa lain yang diketahui di Bumi dan tradisi agama serta budaya mereka tidak banyak berkaitan dengan mana-mana jiran terdekat.

Mereka juga kelihatan berbeza dari penduduk Jepun yang lebih dominan. Mereka mempunyai rambut yang tebal dan keriting yang kerap kali berwarna perang atau merah, mata mereka berkisar dari coklat ke biru, dan kulit mereka lebih pucat daripada orang Jepun biasa.

Dan seperti yang telah berlaku, orang Ainu menerima layanan yang tidak adil akibat perbezaan mereka.

Semakin negara Jepun berkembang, Ainu ditolak lebih jauh dan jauh ke bahagian utara. Sehingga pada akhirnya, mereka "diusir" hampir sepenuhnya ke pulau Hokkaido yang sangat sejuk.

Tetapi pada tahun 1899, kerajaan Jepun mengambil inspirasi daripada layanan orang asli di Amerika Barat.

Di bawah Pemulihan Meiji, tanah tradisi milik orang Ainu dirampas dari mereka dan amalan bahasa serta budaya mereka dilarang. Ini sesuatu yang sangat menyedihkan dan kerosakan ini hanya diketahui baru-baru ini sahaja. 

Asal usul kuno yang misteri

golongan ainu jepun

Untuk bercakap tentang 'bila' orang Jepun datang ke Jepun adalah sesuatu yang agak aneh. Namun manusia tidak berevolusi di sini, jadi sudah jelas bahawa pada satu ketika mereka pastinya datang daripada tanah besar.

Apa yang diketahui adalah terdapat orang di Honshu, bahagian di tengah Jepun, seawal abad ke-14 BCE. Ahli sejarah moden memanggil zaman ini sebagai era Jōmon.

Kita tahu bahawa orang Jōmon bukanlah yang terakhir yang berhijrah ke Jepun dan ini membuatkan sesetengah orang percaya bahawa Ainu dan Jōmon adalah golongan yang sama.

Penyataan itu mungkin ada asasnya dan boleh diterima dek akal. 

Sekiranya Ainu adalah keturunan orang kuno yang mendahului masyarakat Jepun moden, dan Jōmon adalah orang purba yang mendahului masyarakat Jepun moden kemudian, jadi mereka mungkin orang yang sama.

orang ainu di hokaido

Salah satu bukti penting lain yang tentang teori ini adalah hakikat bahawa kedua-dua kebudayaan adalah terdapat bukti yang sangat sedikit bahawa kedua-dua golongan ini mengamalkan pertanian meluas.

Akan tetapi, terdapat masalah pada teori ini juga. Pertamanya, tidak ada banyak budaya Ainu moden yang mencadangkan pertalian terhadap tembikar yang mana menjadi kepakaran orang Jōmon.

Orang Ainu juga membina penempatan di atas tanah yang kekal dan menggunakan alatan logam, tidak seperti Jōmon.

orang ainu jepun

Namun bukti yang paling jelas tentang teori ini adalah penemuan sebuah repositori benih di selatan Hokkaido.

Ia mencadangkan bahawa Ainu dan nenek moyang mereka sebenarnya mengamalkan pertanian beberapa ribu tahun dahulu, sekaligus memutuskan satu-satunya hubungan antara Ainu dan Jōmon.

Apa-apa pun, kita tak akan pernah tahu di mana dan bila jarak masa yang tepat kaum Ainu datang ke Jepun.

Rujukan:

1. QZ

2. Heritage of Japan

3. Japan Times




Hakcipta iluminasi.com (2017)