jepun miliki jadual kerja yang sangat ketat dan panjang

Kerja adalah satu keperluan yang membolehkan kita meneruskan hidup. Tanpa pekerjaan, hidup seseorang itu mungkin akan kucar-kacir tanpa haluan. Bagi sesetengah orang, kerja mereka melibatkan jumlah jam yang sangat panjang dan ia mempengaruhi gaya hidup mereka.

Pernah tak anda menginginkan cuti kerja yang lebih panjang, atau dengan kata mudah, hujung minggu yang lebih cepat datang dan panjang?

Bagaimana jika jadual kerja anda boleh berubah yang membolehkan anda hanya bekerja selama 4 hari dan diberi cuti hujung minggu selama 3 hari?

Di Jepun, impian setiap pekerja ini bakal menjadi kenyataan. Di beberapa syarikat, para pekerja diberikan keistimewaan untuk menikmati hujung minggu selama 3 hari selepas bekerja 4 hari.

jepun kerja 4 hari seminggu 3 hari hujung minggu

Apa yang lebih menariknya adalah mereka dibayar gaji penuh seperti bekerja 5 hari seminggu. iluminasi.com cuba untuk selami jadual kerja baru Jepun ini dan bagaimana bagaimana ia boleh menjadi masa depan bagi semua pekerja di seluruh dunia.

Bagi yang tak tahu, syarikat-syarikat dan budaya di Jepun terkenal dengan jumlah tempoh bekerja yang tersangat ketat dan panjang. Namun semua ini bakal berubah.

Seperti yang dinyatakan di atas, sesetengah syarikat telah memilih untuk mencuba jadual kerja baru yang membolehkan para pekerja untuk bekerja hanya 4 hari sahaja dan menikmati 3 hari hujung minggu.

Namun, ia tidak semudah itu. Para pekerja yang diberi keistimewaan ini perlu menggantikan cuti 1 hari tambahan tersebut dengan bekerja 10 jam setiap hari bagi 4 hari bekerja tersebut.

Alasan mengapa perubahan ini dilihatkan sebagai sesuatu yang sangat baik dan bernah adalah kerana ia memberikan fleksibiliti dan kelonggaran yang lebih kepada pekerja.

masalah kerja berlebihan sangat membimbangkan di jepun

(Seorang pekerja di Jepun yang letih terlelap ketika menunggu kereta api)

Dengan ini, para pekerja mempunyai lebih banyak masa untuk berehat kerana mempunyai hujung minggu yang lebih panjang daripada dahulu.

Biasanya rehat yang lebih menjadikan pekerja lebih gembira. Dan pekerja yang lebih gembira pula bermakna mereka kurang cenderung untuk bertindak dengan cara yang merosakkan dan membahayakan.

Malah, jumlah hari bekerja yang lebih pendek membolehkan para pekerja menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga dan rakan-rakan mereka.

Ini sangat penting bagi Jepun, yang mempunyai jumlah warga emas tertinggi di seluruh dunia.

cuti hujung minggu 3 hari membolehkan para pekerja di jepun berehat lebih lama

Bekerja selama 4 hari sahaja dalam seminggu akan menjamin bahawa keluarga-keluarga dapat memberi perhatian yang lebih baik terhadap datuk nenek mereka.

Walaupun semua ini kelihatan seperti mimpi indah, ia tetap mempunyai beberapa kekurangan.

"Jika anda mengurangkan jumlah jam kerja, para pekerja dapat menumpukan perhatian mereka dengan lebih berkesan, mereka akhirnya akan menjadi lebih produktif dan selalunya dengan kualiti dan kreativiti yang lebih tinggi. Mereka juga lebih setia kepada organisasi yang sanggup memberi mereka fleksibiliti untuk menjaga kehidupan mereka di luar kerja," kata seorang pakar, Adam Grant, profesor di Universiti Wharton School of Pennsylvania.

Sebagai contoh, pada hari di mana para pekerja harus bekerja selama 10 jam, mereka mempunyai kurang masa untuk melakukan kerja rumah, menguruskan tugasan harian malah mungkin tidak mempunyai masa lapang langsung.

Ini bermakna selepas pulang ke rumah dari tempat kerja, mereka tidak mempunyai masa untuk diluangkan.

budaya kerja di jepun yang sangat tertekan 851

Ia sekaligus membuatkan mereka untuk menggunakan 1 hari cuti tambahan tersebut untuk menguruskan kerja-kerja yang tergendala ketika 4 hari bekerja yang dilihatkan sebagai satu lagi punca tekanan.

Walaupun Jepun masih jauh untuk melaksanakan jadual 4 hari bekerja ini di setiap syarikat di seluruh negara, namun mereka yang bekerja dalam bidang perkhidmatan pelanggan atau perubatan sangat memerlukan perubahan ini untuk lebih bertenaga dan dan bersedia untuk hari kerja mereka.

Jadi, adakah anda rasa semua syarikat di Malaysia perlu melaksanakan jadual 4 hari kerja dan 3 hari cuti ini? Jika diberi pilihan, adakah anda ingin menukar kepada jadual ini atau kekal dengan jadual kerja seperti sekarang?

Rujukan: 

1. Break

2. Japan Times

3. Financial Express


tags :, , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)