Jawapan kepada soalan geografi yang nampak mudah ini bergantung kepada pihak manakah yang membuat kiraan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, misalnya, mengiktiraf 204 buah negara dan wilayah. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat pula hanya mengiktiraf dan mengatakan jumlah negara dalam dunia adalah sebanyak 195 buah negara. Secara umumnya, jawapan yang paling hampir dan paling tepat adalah kini terdapat 196 buah negara.

ds najib razak perdana menteri malaysia

BESARKAN TEKS     A-  A+

Negara anggota PBB

Terdapat 193 buah negara yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jumlah ini sering dipetik sebagai jumlah sebenar negara dalam dunia namun ia adalah tidak tepat kerana terdapat dua buah negara anggota yang mempunyai status terhad. Vatican City yang merupakan sebuah negara bebas dan juga kerajaan separa Palestin telah diberikan sebagai status pemerhati tetap di PBB. Mereka boleh mengambil bahagian dalam kesemua kegiatan rasmi PBB namun tidak boleh mencabut undi di mesyuarat Perhimpunan Agung.

Begitu juga terdapatnya beberapa negara atau wilayah yang telah memperolehi kemerdekaan dan diiktiraf oleh majoriti negara anggota PBB namun mereka masih belum menjadi sebahagian daripada PBB. Kosovo merupakan salah satu contoh negara itu.

Negara yang diiktiraf Amerika Syarikat

Amerika Syarikat memberi pengiktirafan kepada negara lain melalui Jabatan Negaranya. Pada bulan Jun 2017, Jabatan Negara AS mengiktiraf sebanyak 195 buah negara bebas di seluruh dunia.

Senarai negara itu mencerminkan agenda politik Amerika Syarikat dan sekutunya. Tidak seperti PBB, AS mengekalkan hubungan diplomatik penuh dengan Kosovo dan Vatican. Walau bagaimanapun, terdapat sebuah negara bebas yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Negara AS.

berapa buah bilangan negara dalam dunia pemimpin dunia

Negara yang tidak diiktiraf Amerika Syarikat

Kepulauan Taiwan, yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada Republik China, memenuhi segala kriteria untuk menjadi sebuah negara bebas dan memperolehi taraf sebagai sebuah negara. Namun demikian, banyak negara lain yang enggan menerima dan mengiktiraf Taiwan sebagai sebuah negara merdeka. Ia bermula sejak tahun 1940 lagi apabila Republik China diusir keluar dari Tanah Besar China oleh pemberontak komunis Mao Tse Tung. Sehubungan itu, para pemimpin Republik China pun melarikan diri ke Taiwan dan menegaskan bahawa mereka mempunyai kuasa mutlak ke atas Taiwan.

Taiwan pernah menjadi anggota PBB malah menjadi ahli Suruhanjaya Keselamatannya sehingga tahun 1971 sebelum China mengambil alih kedudukan mereka dalam pertubuhan itu. Taiwan yang memegang kuasa ekonomi ke-22 terbesar di dunia berterusan mendesak seluruh dunia untuk memberi pengiktirafan sewajarnya kepada negara itu. Namun, pengaruh politik China serta perkembangan ekonomi dan ketenteraannya telah berjaya mempengaruhi keputusan negara lain. Disebabkan itulah Taiwan masih belum boleh mengibarkan benderanya sendiri di acara-acara antarabangsa seperti Sukan Olimpik dan perlu dirujuk sebagai "Chinese Taipei" dalam pelbagai situasi diplomatik.

berapa buah bilangan negara dalam dunia taiwan

Wilayah, Jajahan dan Negara Lain

Terdapat juga banyak wilayah dan tanah jajahan yang sering disalah anggap sebagai sebuah negara namun ia tidak dikira kerana mereka berada di bawah pentadbiran negara-negara lain.

Tempat yang biasanya dikelirukan sebagai negara termasuklah Puerto Rico, Bermuda, Greenland, Palestin dan Sahara Barat. Begitu juga dengan komponen dalam United Kingdom iaitu Ireland Utara, Scotland, Wales dan England yang bukan merupakan negara bebas walaupun ia menikmati sedikit kuasa autonomi dalam UK. PBB memasukkan sekali wilayah-wilayah tanggungan ini ke dalam senarai negara yang diiktiraf menjadikan keseluruhan jumlah sebanyak 204 negara dan wilayah.

berapa buah bilangan negara dalam dunia najib trump

Jadi, ada berapa buah negara sebenarnya dalam dunia?

Seperti yang ditulis pada permulaan artikel, ia terpulang dan bergantung kepada siapa yang membuat kiraan. Mungkin jawapan yang paling hampir ialah menggunakan senarai negara yang diiktiraf oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat dan menyertakan sekali Taiwan. Ini menjadikan jumlah negara di dunia sebanyak 196 buah.

Soalan nampak macam mudah. Tapi sebenarnya susah hendak dijawab. Pada pendapat anda pula, ada berapa buah negara semuanya?

Sumber:

1. Jabatan Negara AS

2. PBB

3. Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)