Oleh pada 09 Jan 2018 kategori

saya tidak akan bersua dengannya sampai mati iqram dinzly respon isu ditegur ustaz

Kredit foto: Instagram Iqram Dinzly

Dikatakan mempersenda junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan menyekutukan Allah, aktor Iqram Dinzly tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pelakon filem Evolusi KL Drift itu bagaimanapun berkata, dia tidak berniat menghina agama sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.

“Dengan rasa rendah diri dan penuh ikhlas, ingin saya katakan tiada langsung niat untuk menyekutukan Allah inikan pula hendak menghina Nabi Muhammad SAW.

“Inilah pegangan keluarga saya sejak azali lagi. Setiap hari saya mengucapkan dua kalimah syahadah. Tidak perlu saya nak berhujah lebih demi nak memperbodohkan diri dan memuaskan hati pihak lain.

“Apa saya boleh katakan, tak ada manusia yang sempurna,” katanya yang dipetik daripada portal Harian Metro.

Terdahulu, Iqram dalam temubual bersama rancangan hiburan Melodi, menggelarkan Nabi Muhammad SAW sebagai Che Mat, seterusnya mendapat kecaman hebat netizen kerana tindakannya yang dikatakan melampau.

Malah, seorang ustaz menganggap gelaran yang diberikan pelakon itu adalah penghinaan terhadap Nabi Muhammad.

Dalam pada itu, Iqram berkata, dia enggan mengulas lanjut kenyataan yang dikeluarkan ustaz berkenaan.

Namun Iqram mempersoalkan kembali cara ustaz tersebut menegurnya, apatah lagi apabila nama bapa beliau turut dikaitkan dalam isu terbabit.

“Orang luar boleh nilai sendiri perilaku seorang yang dikatakan Ustaz boleh berkelakuan begitu. Saya lebih menghormati cara mufti walaupun buat surat terbuka namun ia jelas adab dan adat sopan untuk berinteraksi di alam maya.

“Sekiranya ia satu bentuk publisiti, ambillah saya izinkan. Cuma saya tidak akan memohon maaf dan tidak akan bersua dengannya sampai mati disebabkan tindakan kurang ajar menyentuh soal arwah ayah saya iaitu ‘sekiranya ayah kau masih hidup’ dalam video yang dimuat naik di YouTube .

“Pertanyaan saya adakah itu dinamakan cara berhemah untuk menegur yang dikatakan sunnah Rasullullah SAW?” katanya.

Sumber berita: Harian Metro

tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)