Oleh pada 18 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff & Instagram Iqram Dinzly

Angkara menyuruh Iqram Dinzly membunuh diri, aktres Fathia Latiff mendapat reaksi negatif daripada netizen kerana kenyataannya yang dianggap melampau dan kurang ajar.

Malah, dalam temubual panggilan telefon bersama Mstar Online, Iqram  meluahkan rasa berang selepas menerima cemuhan aktres itu.

Katanya, dia tidak tahu motif sebenar Fathia menyerangnya di media sosial.

"Dah kenapa dia tu? Saya tak tahu apa sebab Fathia nak memberikan komen begitu," kata Iqram.

Dalam masa sama, pelakon Dunia Baru The Movie itu mempertikaikan pemergian Fathia ke luar negara yang dianggapnya seperti melarikan diri. 

"Sama ada beliau mahu bergurau atau apa. Saya pun mahu bergurau juga.

"Aku tahu kau pergi luar negara larikan diri kan? Lebih baik kau pun sama bunuh diri," kata Iqram.

Terdahulu, Fathia menyerang Iqram sewaktu aktor itu beraksi dalam Instagram Live.

Kata Fathia di ruangan komen, dia ingin melihat Iqram membunuh diri secara langsung sambil disaksikan orang ramai.

Sumber berita: Mstar & Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)