Oleh pada 09 Jan 2018 kategori

isu hina nabi giliran iqram dinzly tegur ustaz 1

Kredit foto: Instagram Iqram Dinzly

Aktor sensasi, Iqram Dinzly, 37, memohon maaf andainya pemahaman pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary yang mengatakan dia menghina Nabi itu adalah penghinaan persepsi.

Bagaimanapun, Iqram menganggap teguran yang diberikan Abu Syafiq itu boleh menimbulkan kontroversi serta menjatuhkan maruah kerana meletakkan pendapat sendiri.

"Kepada ustaz ini, maaf sekiranya pemahaman tuan mengata hamba menghina Nabi, hanya perkataan ‘CHE MAT' setelah mengatakan Tok Guru dan diusuli kemudiannya menyebut Nabi Muhammad saw itu penghinaan persepsi.

"Bagaimana pula dengan rakusnya jari jemari tuan meletakkan emosi ketika menulis sehingga boleh mencetuskan kontroversi sedangkan tindakan ini lebih teruk menghina sunnah Rasullah saw yang menyuruh kita berbudi bahasa elok budi pekerti.

"Dan adakah benarnya cara tuan menjatuhkan maruah orang oleh dek kerana persepsi tuan seorang diri dengan menaikkan video bercakap seperti bongkak diri?" tulisnya dalam respon menerusi laman sosial Instagram.

Tambah Iqram, dia berhasrat untuk bersemuka dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Al-Bakri yang dianggapnya lebih layak menyatakan pandangan berkenaan isu terbabit.

Dalam masa sama, Iqram meminta Abu Syafiq berhadapan dengannya dan tidak perlu menegur di laman sosial seperti hendak meraih publisiti.

isu hina nabi giliran iqram dinzly tegur ustaz 2

Kredit foto: Mstar

"Rasanya mufti @drzulkifli.albakri lebih arif tentang ini. InsyaAllah, Allah lebih Maha mengetahui niat dihati dan sekiranya sudi saya akan berjumpa dengan mufti.

"Jemput bersemuka wahai ‘ ustaz ini ‘ usah nak guna medium ini untok cari publisiti," katanya.

Terdahulu, Iqram ditemubual dalam rancangan siaran langsung Melodi untuk segmen baharu Cerita Sini Habis Sini.

Dalam wawancara bersama penerbit Michelle Wee itu, Iqram menggelarkan Nabi Muhammad SAW sebagai Che Mat, seterusnya menerima kecaman hebat daripada netizen kerana tindakannya yang dianggap melampau.

Malah, Abu Syafiq menganggap gelaran yang diberikan aktor itu sebagai satu penghinaan terhadap Nabi Muhammad.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)