Oleh pada 28 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Beautifulnara & bm.cari.com.my

Berhubung isu perangai pelik Iqram Dinzly yang hangat didebatkan di media sosial, seorang pengguna Twitter tampil dengan komen melucukan.

Dakwa pengguna laman mikro itu, Iqram kononnya sengaja mencipta kontroversi untuk meraih publisiti terhadap drama barunya, Mandatori.

"Saya rasa Iqram sengaja buat gimik untuk drama Mandatori. Rasanyalah," tulis individu berkenaan.

Aktor Aeril Zafrel yang menyedari dakwaan salah yang dikeluarkan, tampil memberikan pencerahan.

"Itu Iqram Princhyqy. Yang berlakon Mandatori itu aku," jelas Aeril yang menimbulkan rasa lucu di kalangan netizen.

Salah faham itu dipercayai kerana dua aktor ini mempunyai rupa dan imej yang agak sama.

isu iqram dinzly ini respon kelakar aeril zafrel 2

Sumber berita: Beritamemey

Mini siri Mandatori antara lain dibintangi Siti Saleha, Iedil Putra, Alvin Chong, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Vanidah Imran, Susan Lankaster, Jo Kukathas, Meor Hashim Manap dan Amerul Affendi.

Bergenre ‘crime thriller’, drama ini hadir dalam enam episod, berdurasi sejam setiap satu.

Kini ditayangkan di Astro First Eksklusif, saluran 480 dan platform digital ‘on demand’ sejak 14 Disember lalu.

Sumber berita: Beritamemey 




Hakcipta iluminasi.com (2017)