gadis urut

Azie (bukan nama sebenar) adalah seorang graduan jurusan sains komputer yang berasal dari Melaka. Selepas tamat pendidikan, dia mencuba nasib mencari kerja di beberapa tempat di sekitar ibu kota namun kebanyakannya berakhir dengan hampa sehingga beliau terpaksa bekerja sebagai jurujual, yang Azie harapkan hanya sebagai pekerjaan sementara.

Enggan pulang ke kampung dan mengecewakan ibunya yang berharap dia mendapat pekerjaan bagus bagi membantu keluarga, Azie diberitahu oleh seorang kenalannya tentang satu pekerjaan yang mampu menjana pendapatan mewah bagi menampung hidupnya.

Akhirnya, Azie terjebak menjadi salah seorang gadis pusat spa yang menawarkan perkhidmatan khas kepada pelanggan. Perlu dijelaskan, Azie bukanlah menjual tubuhnya tetapi hanya memenuhi tuntutan nafsu pelanggannya.

1. Dah tak ada kerja lain kah nak dibuat?

"Saya akui saya dah berputus asa mendapatkan pekerjaan yang berbaloi. Lagipun pointer saya tidaklah baik sangat ditambah dengan kekurangan kenderaan untuk ke tempat kerja membuatkan saya bukanlah prospek yang baik untuk diambil."

"Kebanyakan gadis-gadis Melayu lain yang sekali dengan saya, ramai yang senasib. Sama ada tak dapat pekerjaan lain, takpun kerja dengan gaji yang terlalu rendah. Jadi saya beranikan diri lakukan kerja ini."

2. Tak rasa pelik atau malu ke?

"Pada awalnya saya rasa malu tapi saya kena kuatkan juga semangat saya. Boss (pemilik spa) akan berikan kami komisyen untuk setiap pelanggan yang kami urut dan jika pelanggan mahukan yang lebih, barulah banyak pendapatan kami."

"Untuk setiap sesi urut badan selama setengah jam, saya dapat RM15 sementara bos dapat RM35. Kalau pelanggan mahu servis lebih, keuntungan dari khidmat tersebut yang berjumlah RM35 hingga RM50 dapat lebih pada kami."

3. Boleh ceritakan pengalaman pertama anda melayan lelaki yang nak servis istimewa?

"Saya dapat pelanggan pertama, seorang lelaki Melayu. Saya cuba pujuk-pujuk dia tapi dia menolak selepas diurut. Saya takut rasanya waktu tu. Baru belajar mengurut sehari terus nak urut orang."

"Pelanggan kedua saya pula seorang lelaki yang berbadan agak besar. Umur dalam 40-an. Dia tanya saya baru ke, saya iyakan. Terus dia kata dia nak servis lebih. Sepanjang saya 'buatkan' dia, saya tak pandang langsung. Saya sorokkan bawah tuala. Habis tu saya cepat-cepat lari basuh tangan."

4. Tak rasa takut ke mak tahu?

"Saya terpaksa tipu mak kata saya dapat kerja sebagai seorang kerani. Saya tau kalau hidup saya mewah, bila mak datang melawat mesti dia pelik macam mana kerani boleh hidup mewah. Jadi saya hadkan barang yang boleh saya beli."

"Hidup saya macam orang tak ada duit. Duit saya simpan. Sehingga saya berhenti kerja tu, mak tak pernah suspek apa-apa."

47414

5. Boleh kaya ke dengan kerja ni?

"Tengok nasib juga. Sebulan purata pendapatan saya RM5000 ke atas. Kalau RM5000 tu mewah, kaya lah tu. Saya salurkan sikit pada keluarga saya dan selebihnya saya simpan untuk buat belanja saya sikit. Saya masih lagi berjalan kaki ke mana-mana waktu masih bekerja tapi sekarang ni, saya dah beli kereta second hand."

6. Berapa lama kerja tu dulu?

"Dua tahun lebih. Kami diwajibkan untuk tak kekal di satu cawangan saja. Boss ada 3 cawangan jadi seminggu sekali kami akan beroperasi di satu cawangan, tukar dengan kumpulan pekerja lain. Pekerja tu akan kerja di cawangan kami."

"Pusing-pusing macam tu untuk elak pelanggan jemu. Ada juga regular yang marah mana menghilang, tapi biasalah tu."

7. Pengalaman paling buruk pernah dilalui?

"Saya pernah diminta untuk mengurut seorang lelaki ni yang juga mahukan servis tambahan tapi tak tahu lah kenapa, dah habis tempoh masa pun dia masih lagi belum (terhenti)...faham-fahamlah."

"Dia pun keluar marah-marah dekat boss yang saya gagal puaskan dia. Boss depan pelanggan, dia akan marah kita tapi sebenarnya belakang-belakang dia akan pujuk kita balik."

"Boss mintak pekerja lain layan dia sementara komisyen saya untuk pelanggan tu, tak ada sebab nak bayar pengganti saya. Tangan saya punya lenguh masa tu....azab."

8. Sekarang masih ada rasa nak meneruskan kerjaya tu?

"Saya dah serik nak buat perkara tu lagi. Lagipun saya dah dapat pekerjaan tetap sebagai admin. Gaji kalau nak banding, memanglah tak boleh lawan, separuh pun tak sampai."

"Saya pandang positif yang pengalaman saya tu menjadikan saya di sini sekarang. Saya tau apa saya buat tu salah dan tak ada apa alasan pun yang boleh betulkan kesilapan saya tu. Cuma sekarang ini, bila berjalan tu kena berhati-hati sikit takut ada yang kenal saya."

pix

9. Malu dengan kisah silam Cik Azie?

"Memang malu dan saya akui saya bodoh pada peringkat tu. Sekarang saya dihujani rasa bersalah setiap kali tengok mak saya dan adik-adik."

"Tak tau saya macam mana nak jelaskan pada mereka yang pendapatan saya selama ini duit haram. Baik saya tak perlu beritahu rasanya untuk jaga hati mak."

10. Ada apa-apa kata terakhir?

"Sebelum saya berhenti dulu, ada seorang gadis dari Perak. Baik orangnya, kecik-kecik. Dia bertudung sebenarnya tapi dalam kedai, dia bukaklah."

"Bila saya tengok dia, saya boleh nampaklah kesempitan hidup dia dan kenapa dia rasa kerja situ satu peluang besar pada dia. Saya boleh nampak balik apa yang jadi kat saya jadi kepada dia juga."

"Peluang buat duit tu memanglah ada, tapi lama-kelamaan kita ni, nak bercinta pun takut. Tengok lelaki pun rasa semacam. Mak saya dah bising tanya bila nak kahwin, saya pulak jadi takut tengok lelaki-lelaki yang dah kahwin ramai datang situ."

"Nak kata saya trauma dengan lelaki, tak adalah sampai ke tahap tu cuma bila kita dah 2 tahun lebih tengok ragam lelaki ni, saya susah nak percaya. Doakanlah saya jumpa dengan orang yang mampu bantu saya."

11. Soalan last Cik Azie - urut batin yang dibuat di pusat spa ni memang urut betul atau sekadar servis seks?

"Saya tak pernah belajar pasal urut batin pun. Urut badan tu ada la jugak diajar macam mana tapi yang ajar tu pun, macam kami jugak. Tekan, picit-picit, ikut langkah yang dah diajar supaya sesi tu ikut masa."

"Yang dipentingkan sebenarnya adalah servis tu aje. Kat situ kami buat income. Mana saya tahu sebenarnya macam mana nak urut batin ni. Tarik tarik, buat-buat macam tengah mengurut. Client waktu tu bukannya fikir pasal urut lagi dah."

"Saya pun tarik-tarik, pegang. Mula-mula tak pandai tapi bila dah selalu, dah cekap dan faham macam mana nak cepatkan servis, boleh agak-agak sendirilah apa nak buat."

urut batin 1

12. Dah lebih 3 tahun berhenti ni, pernah terjumpa bekas pelanggan? Ni soalan terakhir. Saya janji.

"Pernah. Yang berjalan dengan girlfriend dia pun ada, yang tengah dukung anak pun ada. Semua reaksi sama, pandang tempat lain buat macam tak kenal. Saya malu jugak kalau terjumpa tapi tengok bekas pelanggan yang lagi takut kalau terserempak dengan saya."

"Pada gadis lain, yang mana tersepit dengan hidup, jangan ambil jalan mudah macam saya. Saya hidup dalam situasi yang saya tak rasa normal. Ada banyak perkara saya takut sekarang ini. Saya tak boleh bercinta, nak kahwin pun saya rasa bersalah sebab benda yang saya dah lalui."


Kini, Cik Azie sedang menumpukan pada kerjanya sebagai admin di sebuah firma kewangan di bandaraya Seremban agar lebih hampir dengan ibunya.

Sehingga artikel ini ditulis, ibu Azie langsung tidak pernah mengesyaki karier anaknya bermula dengan pekerjaan sebagai gadis urut pusat spa yang menawarkan perkhidmatan urut batin pada pelanggannya.


tags : , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)