fattah amin akui terima jodoh fattzura

Kredit foto: moviesinfobsyok.pw

Hubungan akrab teraju utama drama Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin dan Fazura nampak gayanya bukan hanya terjalin dalam drama semata-mata tetapi juga di luar set.

Fattah menjelaskan mereka dalam fasa mengenali hati budi masing-masing disamping mengakui pernah berjumpa dengan keluarga Fazura untuk menjadikan hubungan tersebut lebih serius.

Terus terang buat masa ini kami senang untuk berkawan dan mula mengenal hati budi masing-masing. Saya dah jumpa keluarga Fazura begitu juga sebaliknya. Buat masa ini semuanya amat positif. Jadi untuk pergi jauh lagi, itu kuasa Allah. Kalau dialah jodoh saya, tidak salah untuk saya terima.

Tambah Fattah lagi, sifat Fazura yang baik hati, tidak hipokrit dan periang berjaya memikat hatinya.

Dia adalah wanita yang sangat positif. Aura itu yang menyebabkan (saya) sedia untuk bekerjasama. Itu juga ciri-ciri wanita yang saya cari selama ini. Sekali lagi, jodoh adalah rahsia Allah. Jadi sekarang ini, saya sangat senang berkawan dengan Fazura.

Pasti ramai peminat fenomena Fattzura di luar sana cukup teruja mendengar khabar ini. Kita sama-sama doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Sumber: Utusan Online & beautifulnara.com


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)