Oleh pada 10 Jul 2017 kategori

Pastinya anda pernah merasakan sakit di mana-mana bahagian tubuh badan anda dan hanya menyangkakan ia hanyalah sakit biasa. Kerana kerap berlaku, anda berasakan ia akan hilang dalam masa terdekat tanpa merujuk kepada doktor. Ini biasanya apa yang berlaku di kalangan kita kerana menganggap sesuatu sakit itu tidak serius dan hanya membiarkannya. 

Memang benar, kita tak boleh nak pergi ke klinik setiap kali berasa sakit kecil, namun ketahuilah penyakit serius seperti barah bermula dari tanda-tanda kecil. Sama seperti kes yang berlaku di Thailand di mana seorang wanita yang menyangkakan sakit gigi yang dialaminya adalah sakit biasa, kini diberitahu mempunyai 5 bulan sahaja lagi untuk hidup.

barah rahang 4 88

Wanita malang ini menghidap barah rahang yang merosakkan mukanya yang bermula dengan rasa sakit gigi.

Jenie Yoo mula rasa sakit gigi pada November 2015 dan membiarkannya sehinggalah tumor itu menjadi semakin besar dan merubah sebahagian besar daripada wajahnya. Beliau hanya menjalani kemoterapi pada bulan Mac lalu namun sudah terlambat kerana tumor itu telah tumbuh ke dalam bahagian pipinya.

barah rahang 3 922

Beliau memberitahu bahawa sukar untuk tidur kerana seluruh bahagian badannya berasa sakit dan perlu diurut oleh bapanya terlebih dahulu. Selain itu, mulutnya mempunyai ulser dan tidak dapat berjalan bersendirian. Beliau juga tidak dapat makan seperti biasa dengan tidak boleh mengunyah dan bubur boleh membuatkannya mual. 

Wanita berumur 28 tahun ini berasa sangat tertekan dan tertanya-tanya mengapa doktor tidak boleh memotong sahaja ketumbuhan itu. Namun permintaan itu telah ditolak oleh doktor dan pakar di Seoul, Korea Selatan yang berpendapat bahawa ia adalah mustahil.

barah rahang 5 877

Ketumbuhan itu bertindak balas sedikit selepas dirawat, namun sejak 2 bulan yang lalu ia menjadi semakin aggresif dan membengkak di wajahnya yang menyebabkan hidungnya berdarah dan giginya luruh. Walaupun telah menjalani sepuluh dos kemoterapi namun barah yang semakin serius itu tidak bertindak balas dan sememangnya tidak boleh dirawat lagi.

barah rahang 261

Kesakitan yang dialaminya sangat lah perit dan menyeksakan dan Jenie sering diserang sawan. Jenie Yoo yang hanya menunggu masa untuk mati kini dijaga oleh ibu bapanya yang sudah tua.

Apa yang boleh kita ambil iktibar daripada kisah ini adalah jika anda mengalami kesakitan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini, jangan ambil mudah. Jika anda mempunyai masa, rujuklah kepada doktor dan minta pendapat pakar sebelum terlambat. Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Sumber : Daily Mail




Hakcipta iluminasi.com (2017)