Oleh pada 07 Oct 2017 kategori

Sekali lagi Jepun dikejutkan dengan berita kematian yang disebabkan oleh bekerja lebih masa. Ia membuatkan negara matahari terbit itu dipaksa untuk mengubah budaya bekerja mereka dengan drastik.

miwa sado mati ketika berusia 31 tahun akibat kerja lebih masa

Kematian tersebut melibatkan Miwa Sado, 31, yang bekerja sebagai wartawan di pusat penyiaran awam Jepun, NHK, yang ditemui mati pada di atas katilnya Julai 2013 akibat kegagalan jantung. Beliau dilaporkan sedang memegang telefon bimbitnya ketika ditemui mati. 

NHK tidak mengeluarkan maklumat yang dikumpulkan oleh pengawalselia mengenai kematian sehingga minggu ini, yang telah terbukti bahawa kematiannya disebabkan oleh bekerja lebih masa. Sebelum meninggal dunia, Miwaa bekerja 159 jam overtime dan hanya bercuti 2 hari dalam sebulan menyebabkan berlakunya serangan jantung.

miwa sado wartawan nhk jepun

Pihak berkuasa mengaitkan kematiannya dengan "karoshi" yang bermaksud kematian disebabkan kerja berlebihan. Miwa Sado merupakan seorang wartawan politik yang melaporkan berita pilihan raya kerajaan Tokyo dan parlimen nasional sebelum kematiannya. Beliau meninggal dunia 3 hari selepas pilihanraya badan perundangan Jepun.

Kematian Miwa Sado dikatakan akan menambahkan tekanan ke atas pihak berkuasa Jepun untuk menangani banyak kematian akibat pekerja yang bekerja lebih masa.

Penelitian baru akan dilakukan terhadap budaya kerja di Jepun yang mengorbankan ratusan hingga ribuan nyawa setiap tahun. Seorang pegawai memberitahu bahawa kematian ini menunjukkan ia merupakan satu masalah keseluruhan organisasi termasuklah sistem buruh dan bagaimana pilihan raya diliputi.

sentiasa sibuk bekerja

Walaubagaimanapun, budaya kerja lebih masa di Jepun adalah perkara biasa yang bermula beberapa dekat yang lalu. Anna Fifield melaporkan bahawa budaya ini bermula pada tahun 1970-an di mana ketika itu gaji agak rendah yang membuatkan pekerja mahu memaksimumkan pendapatan mereka. Jadi, mereka berbuat keputusan untuk bekerja lebih masa. 

Budaya ini berterusa sehingga tahun 1980-an ketika Jepun melalui fasa ekonomi pesat dan menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia dan rakyat Jepun dilihat tidak dapat menghentikan budaya tersebut.

bekerja lebih masa di jepun merupakan perkara biasa

Kini, bekerja 12 jam sehari di Jepun adalah sesuatu yang tidak dihairankan lagi. Menurut Profesor Emeritus Koji Morioka dari Kansai University, overtime sentiasa ada di mana-mana tempat kerja di Jepun, seolah-olah menjadi satu kemestian. Koji Morioka merupakan ahli komiti pakar yang menasihati kerajaan dalam memerangi karoshi.

"Tiada siapa yang paksa mereka bekerja lebih masa, pekerja sendiri yang merasakan ia satu kewajipan," jelas Koji.

tertidur di stesen keretapi kerana keletihan

Sebanyak 189 kematian berlaku pada tahun 2015 disebabkan kerja lebih masa. 93 daripanya akibat bunuh diri manakala 96 daripadanya akibat serangan jantung, dan masalah kesihatan lain berkaitan dengan kerja lebih masa.

Selain daripada kerja lebih masa, cuti juga biasanya tidak diambil oleh pekerja di Jepun. Pada tahun 2015, secara purata, pekerja hanya mengambil kurang dari separuh cuti yang ada, iaitu kira-kira 9 hari setahun.

Dalam kes Miwa Sado ini, 159 jam overtime berkamsud beliau bekerja 5.5 jam lebih daripada waktu sepatutnya, selama 28 hari dalam sebulan. Miwa dikatakan sibuk membuat liputan mengenai calon dan penyokong, merakam ucapan dan menghadiri mesyuarat ketika pilihan raya berlangsung.

Rujukan :

1. National Post

2. Guardian


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)