Oleh pada 06 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Neeta Manishaa

    

Penyanyi Neeta Manishaa meluahkan rasa terkilan kerana tidak berkesempatan bertemu Allahyarham Aji Samin sebelum pemergian gitaris terkenal itu semalam.

Menurut Neeta, mereka yang bekerjasama dalam penghasilan single terbaharunya, tidak berpeluang bersua muka kerana dia yang lewat 10 minit ke studio, mendapati Aji sudah pulang selepas selesai rakaman.

    

neeta manisha

Kredit foto: Instagram Neeta Manishaa

    

"Neeta sebenarnya sampai lambat dalam pukul 9 malam. Abang Aji pada masa itu baru sahaja pulang sebelum saya sampai lagi.

"Sepatutnya saya boleh berjumpa dengan dia tapi masa saya datang ke studio dia dah balik dalam 10 minit macam tu.

"Kalau saya datang awal sedikit, mungkin saya sempat berjumpa dengan dia tapi siapa yang sangka dia akan pergi.

"Saya terkilan juga tidak dapat bertemu dengan dia walaupun dia ada bersama-sama dalam menghasilkan single terbaharu ini kerana seperti semua tahu saya sibuk dengan program Big Stage," katanya kepada portal Astro Gempak.

Neeta membuat kenyataan sewaktu menghadiri majlis Sangkar Gempak Fans Screening yang berlangsung di mmCineplexes @ E-Curve, Damansara pada Khamis.

Semalam, Allahyarham Aji meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Bukit Kemuning, Shah Alam kerana serangan jantung.

Beliau merupakan pemain gitar terkemuka tanah air yang pernah mengiringi persembahan penyanyi ternama seperti Datuk Ramli Sarip, Ella dan ramai lagi.

Dalam perkembangan lain, Neeta kini sedang berentap dalam pertandingan realiti, Big Stage 2019 yang mencungkil bakat di kalangan penyanyi baharu yang terkenal dengan jolokan 'Budak Baru Nak Up' (BBNU).

    

Sumber berita: "Sepatutnya Saya Boleh Berjumpa Dengan Dia, Tapi..." - Neeta Terkilan Tak Dapat Bertemu Gitaris Aji Buat Kali Terakhir

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)