Oleh pada 11 May 2017 kategori

Kredit foto: bulletinmedia.blogspot.com

Insiden gadis berusia 20-an yang dijadikan tebusan di Jalan Damai – Luyang berhampiran Plaza Damai Kota Kinabalu baru-baru ini difahamkan berpunca daripada suspek gagal melakukan rompakan di sebuah rumah jirannya di Taman Istimewa, Luyang.

Menurut saksi tersebut, Ahmad berusia 50-an memberitahu berbagai cara telah digunakan untuk memujuk suspek supaya melepaskan mangsa termasuk dengan menawarkan sejumlah wang tunai namun dia tetap berkeras tidak mahu melepaskan tebusannya selain mengacukan pisau pada leher gadis berkenaan.

Mangsa ketika itu berada di luar rumah. Ahli keluarga mangsa yang menyedari kejadian itu cuba memujuk suspek melepaskan anak mereka namun lelaki terbabit berkeras dan enggan berbuat demikian.


Mereka (ahli keluarga) turut menawarkan sejumlah wang tunai bagi membebaskan mangsa namun suspek tetap enggan sambil menjerit dia mahu pulang ke Sandakan pada malam ini juga.

Tambahnya lagi, suspek kemudiannya nekad untuk mengheret mangsa ke jalan raya sejauh 1.5 kilometer dari Taman Istimewa ke Jalan Damai-Luyang berhampiran Plaza Damai sambil mengancam untuk mengelar leher gadis malang itu.

Malah, insiden itu juga menyebabkan laluan di lokasi kejadian sesak dengan kehadiran orang ramai yang ingin melihat adegan tebusan itu.

Suspek bagaimanapun akhirnya ditahan dan gadis tersebut berjaya diselamatkan sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, adik mangsa tebusan, Chong Siew Ling (24 tahun) mengatakan yang kakaknya masih trauma dengan kejadian itu

Kakak saya ada beritahu dia mahu ke rumah kawannya petang tadi tapi kami tidak menyangka pula perkara ini terjadi.


Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh kawan tentang keadaan kakak saya yang jadi tebusan lalu terus bergegas ke sini.

Sumber: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)