gadis tular kenyit mata tutup media sosial

Sumber foto: melvister.com

Sebuah video menjadi tular gara-gara aksi kenyit mata seorang gadis ketika laporan berita sebuah stesen televisyen tempatan baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Pemilik nama sebenar Norsuziyana Natasya Mohd Hasim yang juga merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik itu menjelaskan perkara sebenar disebalik aksinya itu.

Jurugambar suruh saya buat muka 'cute', senyum dan pandang pada kamera. Saya buat, tetapi tak tahu untuk siaran televisyen.


Ada yang mengecam hanya disebabkan kehadiran saya pada majlis itu dan dikaitkan dengan isu politik.

OIeh sebab itu, dia terpaksa mengambil keputusan untuk menutup akaun Facebook, Twitter dan Instagramnya akibat menerima komen yang berunsur kecaman dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Mempunyai darah kacukan Cina di sebelah ayah, Norsuziyana menjelaskan kehadiran bersama ibunya sempena Hari Peneroka Felda 2017 beberapa hari lalu di Putrajaya adalah bertujuan untuk menerima insentif peneroka yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Saya cuma menjalankan tanggungjawab saya sebagai anak menemani ibu, Roslina Karim, 57, yang mahu ke sana. Ayah saya dah lama meninggal dunia.


Terus terang saya katakan, saya menangis membaca komen yang negatif itu. Saya mengadu kepada ibu dan memeluknya sambil bertanya, adakah saya sudah memalukannya?


Ibu jawab, 'tidak, mak bangga ada anak macam kamu. Anak yang kuat di luar dan tersenyum, tetapi di dalam, air mata yang keluar'.

Namun, gadis manis yang berasal dari Felda Jengka 21, Pahang itu redha dengan segala tohmahan yang dilemparkan memandangkan keluarganya tidak pernah putus memberikan sokongan dan kata-kata semangat.

Mulut orang saya tak boleh tutup. Saya reda dengan semua ini dan kakak beritahu, saya kena terima kerana ini semua dugaan.


Sejujurnya saya tak pernah alami situasi macam ini. Orang di luar tak kenal saya, tapi ibu, adik beradik dan kawan-kawan saya kenal saya macam mana. 

Tambahnya, dia juga tidak menolak sekiranya diberikan peluang dalam bidang peragaan mahupun seni kerana minat selain restu daripada kedua ibu bapanya.

Sumber berita: Harian Metro Online


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)