hana dedah punca sebenar nekad saman watie

Kredit foto asal: Instagram.com/hanaadnan & Twitter.com/tiasadali

Bekas penyanyi kumpulan Elite, Hana menjelaskan pengisytiharan muflis yang menghalang dari berjumpa anak-anaknya kerana disekat ke luar negara menjadi punca dia nekad menyaman Watie yang juga merupakan bekas penyanyi kumpulan popular itu.

Hana diisytihar muflis setelah Watie atau nama sebenarnya, Norwati Sadali (41 tahun) gagal membayar ansuran bulanan kereta yang dibeli menggunakan nama Hana.

Menurut Hana, dia sudah dua tahun tidak berjumpa dengan kedua-dua anak kesayangannya iaitu Aaron Danial Mann (16 tahun) dan Alayna Daniella Mann (15 tahun) yang kini tinggal di London.

Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan saya diisytiharkan muflis tetapi banyak masalah lain terpaksa saya tanggung!


Banyak benda saya hilang dan paling buat saya sedih, sudah dua tahun saya tidak bertemu anak-anak kerana tidak boleh ke luar negara.


Bayangkan perasaan saya sebagai seorang ibu yang tak dapat bertemu dengan anak-anak kerana kesalahan orang lain.

Pada Jumaat lalu, Watie hadir ke Mahkamah Seksyen Selayang dan membuat permohonan supaya jumlah tuntutan yang dibuat Hana berjumlah RM707,351.83 dapat dikurangkan kerana tidak mampu membayar jumlah wang tersebut.

Mahkamah menetapkan 11 Oktober ini sebagai tarikh perbicaraan saman penghutang penghakiman membabitkan mereka berdua.

Menurut Hana, tuntutan asal pada dua tahun lepas berjumlah kira-kira RM300,00 namun ianya meningkat selepas ditafsirkan termasuk kadar faedah selepas dia menfailkan saman penghutang penghakiman pada 18 Mei lepas.

Jika dia kata tidak tahu, ia tidak benar kerana bekas peguam saya ketika itu, SS Seelan sudah menyerahkan surat itu ke tangannya sendiri malah mereka berbincang kaedah untuk membayar ganti rugi itu.


Tapi nampaknya Watie terus berdiam diri dan enggan menyelesaikan tuntutan yang sebelum ini hanya berjumlah lebih kurang RM300,000 sahaja.


Atas kedegilannya untuk membayar dan jadilah jumlah itu mencapai RM700,000 kerana faedah dikenakan selama tempoh dua tahun .

Menurutnya lagi, dia sudah tidak mahu berbincang dengan Watie kerana pernah memberi peluang untuk Watie melakukannya namun dia mengambil sikap acuh tak acuh.

Saya sudah serik! Tiada lagi peluang untuknya dan biarlah mahkamah sahaja yang putuskan .

Pada 10 Mac 2015, Hana atau nama sebenarnya Norhanasafiza Mat Adnan (39 tahun) telah memenangi saman terhadap Watie kerana gagal melunaskan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk tujuan pembelian sebuah kereta jenis Toyota Wish.

Penyata tuntutan itu menyebut dakwaan Hana membuat pinjaman bank kenderaan itu pada September 2005 berjumlah RM150,000 bagi pihak Watie atas sebab tidak layak membuat pinjaman.

Bagaimanapun, Watie gagal mengikut syarat perjanjian seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan lain-lain sejak September 2010 sehingga mengakibatkan pengisyhtiharan muflis terhadap Hana. 

Sumber berita: mStar Online


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)