Oleh pada 04 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Sajat

    

Isu usahawan sensasi, Nur Sajat yang mengenakan telekung dan berpenampilan seperti wanita ketika mengerjakan umrah di Mekah mencetuskan kontroversi sehingga tular di media sosial.

Sajat yang sudah menjangkakan dirinya bakal dikecam, tampil memberi penjelasan dalam sebuah video wawancara bersama pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Menurutnya, perihal pemakaiannya itu adalah urusan antara dirinya dengan Allah SWT.

"Bagi saya itu antara saya dengan Allah, yang penting nawaitu (niat) benda ni sebab kalau tanya semua orang nak pergi ke sana.

"Saya dekat sana memang dah bersedia, apa sahaja cara berpakaian itu antara saya dengan sang pencipta... nawaitu saya nak tunaikan umrah dengan ibu bapa dan anak-anak," katanya.

Kenyataan pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman ini dipetik daripada video terbaharu saluran Youtube TV Terlajak Laris yang dikongsi pada Ahad lalu.

    

nur sajat 616

Kredit foto: Terjah Persiapan Sajat Menunaikan Umrah - TV Terlajak Laris

     

Difahamkan, luahan beliau dirakam sebelum bertolak ke Mekah pada 28 Januari lalu.

Terdahulu, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan kekesalan membabitkan isu berkenaan.

"Dia telah menjejaskan satu imej yang dalam IC (kad pengenalannya) sebagai seorang lelaki dan dia seorang lelaki secara biologinya pergi ke Makkah, saya difahamkan masa naik flight semuanya elok pakai sebagai lelaki.

"Orang yang menyaksikan peristiwa itu menyatakan rasa tidak puas hati kerana dia telah menceroboh ruang yang sudah ditentukan ke atas wanita dengan berpakaian sedemikian rupa.

"Saya amat kesal sudahlah perbuatan dia itu menjejaskan imej, dipaparkan pula dalam Instagram, seolah-olah perkara itu tidak ada kesalahan... saya bercakap dari segi Islam, bukan dari segi hak asasi manusia," katanya.

Sementara itu, Sajat yang dipercayai masih berada di Mekah sehingga kini mengunci mulut daripada memberi sebarang komen lanjut.

   

Kredit video: Terjah Persiapan Sajat Menunaikan Umrah - TV Terlajak Laris

    

Sumber berita:

1. Terjah Persiapan Sajat Menunaikan Umrah - TV Terlajak Laris

2. Sajat beri penjelasan tentang pemakaiannya, sudah jangka dikecam! - “Itu antara saya dengan Allah, yang penting nawaitu”

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)