Oleh pada 03 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Sajat

    

Isu usahawan sensasi, Muhammad Sajad Kamaruzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat bersama rakan-rakannya yang bertelekung dan mengerjakan umrah seperti wanita, mengundang kekesalan kepada pihak kerajaan.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof selaku menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata, isu itu bukan sahaja memburukkan imej Islam, malah menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi.

   

sajat kena tangkap

Kredit foto: Instagram Sajat

     

"Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan," katanya memetik laporan Astro Awani.

Beliau ditemui pemberita sejurus berakhir sesi townhall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini.

Tambahnya, agensi pelancongan yang bertanggungjawab menguruskan perjalanan usahawan kosmetik itu sewajarnya sedia maklum berkenaan status lelaki terbabit.

Terdahulu, Pencetus Ummah (PU) Amin memberitahu, pihak berkuasa di Mekah amat memandang serius kes jemaah lelaki berpakaian seperti wanita ketika mengerjakan umrah.

Dedah PU Amin, polis di sana menggesa supaya tiada pihak yang berani melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang memandangkan ia tempat suci untuk umat Islam beribadah.

Ia dipercayai berikutan perkongsian foto Sajat di Instagram yang mengenakan telekung dan lengkap berjubah serta bertudung labuh.

Muhammad Sajad, 35, dilaporkan mengikuti rombongan mengerjakan umrah di Mekah bersama keluarga dan rakan-rakannya.

Beliau yang sering terpalit dengan isu jantina seringkali menegaskan dirinya adalah seorang wanita.

        

Sumber berita: Kerajaan kesal Sajad bertelekung di Tanah Suci: Mujahid

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)