Oleh pada 03 Feb 2020 kategori

nur sajat 301

Kredit foto: Instagram Sajat

    

Albayt Travel (M) Sdn Bhd mendakwa Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mengaku dirinya sebagai seorang lelaki ketika pendaftaran untuk mengerjakan umrah.

Jurucakap agensi yang bertanggungjawab menguruskan perjalanan usahawan itu, berkata, Sajat mengemukakan dokumennya sebagai lelaki ketika mendaftar dengan pihak mereka, sebelum memberitahu kepada mutawif dirinya seorang khunsa sebaik tiba di Mekah.

“Menjadi persoalan jika betul dirinya seorang khunsa mengapa ketika ingin menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dirinya masih seorang lelaki.

“Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi juga sudah menghubunginya bertanya kejadian itu sebelum dia mendakwa memiliki surat dari mahkamah menyatakan dirinya seorang khunsa,” katanya kepada Harian Metro.

Jurucakap agensi itu bagaimanapun berkata, pihaknya tidak pula dimaklumkan perihal surat mahkamah yang dikatakan ada padanya itu.

    

sajat lelaki 540

Kredit foto: Instagram Sajat

    

“Kami sudah meminta dia (Nur Sajat) membuat permohonan maaf semalam dan memadamkan semua gambar serta video di dalam laman sosialnya.

“Saya juga nasihatkan dia terus jadi lelaki sepanjang berada Tanah Suci selepas tiba di Makkah kelmarin,” katanya.

Dalam pada itu, wakil agensi itu berkata, Nur Sajat kini masih di Tanah Suci kerana terlebih dahulu menziarah Madinah, manakala hari ini mutawif membawanya bersama rombongan untuk ke Mekah.

“Kami ada menyemak tiket penerbangan kemungkinan dia ada membeli tiket lain untuk pulang, namun setakat ini belum ada.

“Kami juga sudah bertemu wakil Wisma Putra dan setakat ini menafikan Sajat ditahan pihak berkuasa di sana,” katanya.

    

Sumber berita: Sajat mengaku lelaki daftar umrah - Agensi

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)