sagrada familia

Basílica i Temple Expiatori de la Sagrada Família atau Sagrada Família, adalah gereja Roman Katolik yang terbesar yang masih belum siap dibina. Sagrada Família terletak di Barcelona, Sepanyol dan bentuknya merupakan hasil rekaan arkitek dari Catalan, Antoni Gaudi. 

Gereja ini direkabentuk berkeluasan 5,400 meter persegi dengan ketinggian 170 meter.

Inspirasi dari seorang penjual buku

josep maria bocabella

Gereja ini merupakan inspirasi daripada seorang penjual buku iaitu Josep Maria Bocabella yang juga pengasas Persatuan Penganut Rohani  St. Joseph.

Ia bermula apabila Josep melawat Vatican pada tahun 1872 dan kemudiannya pulang ke Italy dengan niat untuk membina sebuah gereja berinspirasikan basilika di Loreto.

Pembinaan bermula

di awal pembinaan sagradia familia

Pembinaan Sagrada Família mengambil tempat pada tahun 1882. Ketika itu ia dibawah pengawasan arkitek Francisco Paula de Villar. Namun setahun kemudian, Francisco telah meletakkan jawatan yang mana diambil alih oleh Antoni Gaudi.

Tugas arkitek digalas oleh Antoni yang mana kemudiannya dilantik sebagai Direktor Arkitek pada tahun 1884. Antoni lalu mengubah projek ini mengikut gaya seni bina dan kejuruteraannya seperti yang dilihatkan sekarang.

sagrada familia pada tahun 1988

antoni gaudi

Penggabungan reka bentuk Gothic dan lengkungan Art Nouveau digunakan oleh Antoni bagi mencantikan reka bentuk Sagrada Familia. Kehidupannya bermula dari usia 30 diabdikan dengan membina gereja ini, sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 73 tahun pada 1926.

Ketika kematian Antoni, Sagrada Familia hanya siap di antara 15 hingga 25 peratus sahaja. Namun, Antoni sendiri pernah berkata, "Klien saya tidak terburu-buru mahukan ia siap,". Walaupun tanpa Antoni, pembinaan Sagrada Família diteruskan dan hanya bergantung kepada sumbangan persendirian.

sagrada familia 3

sagrada familia 4

sagrada familia 5

Namun pembinaannya agak perlahan dan tertangguh akibat daripada gangguan oleh Perang Saudara Sepanyol dari tahun 1936 hingga 1939. Proses pembinaan diteruskan secara perlahan-lahan bermula 1950-an.

Terima kasih kepada kemajuan teknologi seperti rekabentuk bantuan komputer, ia membolehkan pembinaan berjalan dengan lebih pantas. Pada tahun 2010, pembinaangereja ini telah siap lebih daripada 50%.

dalaman sagrada familia 1

dalaman sagrada familia 2 861

dalaman sagrada familia 3

Walaubagaimanapun, beberapa cabaran terhebat menyiapkan gereja ini masih dihadapi, termasuklah menyiapkan 10 struktur kon yang setiap satunya melambangkan tokoh penting dalam New Testament.

Sagrada Familia terletak bersebelahan dengan Sekolah Sagrada Família yang dibina oleh Antoni pada tahun 1909 untuk anak-anak pekerja pembinaan gereja tersebut. Kini sekolah tersebut digunakan sebagai lokasi pameran.

Sejak pembinaannya bermula pada tahun 1882, Sagrada Família dijangka siap selepas 144 tahun, iaitu pada tahun 2026. Ia juga menandakan ulangtahun ke-100 kematian Antoni Gaudi. Namun ia dikatakan tidak akan siap hingga tahun 2040.


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)