Rompakan bank yang tidak dapat diselesaikan sering kali menarik perhatian orang ramai untuk sebab-sebab yang sangat jelas.
Idea asas tentang satu rompakan bank sangat menarik yang mana dijadikan plot filem yang mengasyikkan.
Rompakan bank dalam dunia nyata juga hampir sama menarik seperti dalam filem namun kebanyakan daripadanya biasanya akan tertewas di tangan pihak berkuasa.
BESARKAN TEKS A- A+
Walau bagaimanapun, terdapat perompak bank yang sangat licik dan berjaya menewaskan pihak berkuasa, malah ada yang masih belum diselesaikan sehingga kini.
iluminasi.com kongsikan 5 rompakan bank terbesar yang masih menjadi misteri.
5. Rompakan bank Baker Street, London
Rompakan Baker Street adalah satu legenda. Ia berlaku pada tahun 1971 di mana sekumpulan perompak menghabiskan beberapa minggu menggali terowong bawah tanah ke sebuah bank di Baker Street, London.
Pada 11 September, mereka berjaya menembusi lantai bank dengan menggunakan bahan peledak dan dengan segera "membersihkan" apa yang ada di dalam bank tersebut.
Semasa rompakan, seseorang memberitahu polis bahawa terdapat rompakan bank yang berlaku di suatu tempat di London.
Tetapi mereka tidak dapat mengetahui lokasi bank tersebut. Jadi, pihak polis telah mengunjungi hampir 750 buah bank di seluruh London untuk menjejaki perompak tersebut.
Kegagalan pihak polis melihatkan perompak melarikan wang kira-kira RM16 juga dan menjadi salah satu rompakan terbesar yang masih tidak dapat diselesaikan.
4. Geezer Bandit
Geezer Bandit adalah nama seorang lelaki yang telah merompak sekurang-kurangnya 16 bank di California. Dia mendapat nama tersebut kerana penampilannya.
Dia kelihatan seperti seorang warga emas. Tetapi ada yang beranggapan bahawa dia adalah seorang lelaki muda yang memakai topeng seorang lelaki tua.
Geezer Bandit tidak lagi merompak bank sejak tahun 2011 tetapi FBI masih menawarkan ganjaran RM80 ribu untuk maklumat yang membawa kepada penangkapannya.
Dia dianggarkan berusia 60 tahun, mungkin sebab ini Geezer Bandit tidak lagi merompak bank atau mungkin sudah mati.
Mati atau hidup, dia adalah dalang kepada banyak rompakan bank yang masih belum dapat diselesaikan di California.
3. Rompakan Bank Moldova 2014
Moldova adalah sebuah negara kecil di Eropah Timur. Seperti kebanyakan negara-negara bekas Soviet, mereka diselubungi oleh rasuah.
Dan walaupun dibelenggu rasuah, berita tentang seseorang mencuri RM1 bilion daripada 3 bank masih sesuatu yang mengejutkan. Tiada siapa yang tahu bagaimana wang sebanyak itu boleh lenyap.
Tetapi apa yang diketahui adalah sebahagian besar wang itu telah diluluskan melalui skim kewangan British. Ilan Shor adalah ahli perniagaan berusia 28 tahun dari Israel.
Pada tahun 2014, dia merupakan pengerusi lembaga pengarah untuk salah satu bank yang terlibat. Dia telah dituduh di atas korupsi secara terang-terangan dan dipersalahkan kerana kehilangan wang itu.
Ilan juga merupakan antara manusia terkaya di Moldova.
Namun seperti yang dikatakan, tiada siapa yang tahu apa sebenarnya berlaku. Ia adalah salah satu rompakan bank yang paling tidak jelas dalam sejarah negara itu.
2. Rompakan Bank Inggeris Timur Tengah
Pada tahun 1972, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) memecah masuk ke bank British di timur tengah dan mencuri RM130 juta.
PLO adalah kumpulan militan yang menyokong pengiktirafan Palestin dan hal-hal yang bersifat itu. Maka pada tahun 1972, sekumpulan 8 anggota gabungan PLO memasuki bank British di Beirut.
Berbekalkan peluncur bom tangan, mereka kemudiannya masuk ke peti besi bank dan mula mengambil segala apa yang ada.
Selepas memasukkan wang ke dalam kenderaan mereka, mereka menghilang ke pedalaman Lubnan. Kelibat mereka dan wang tersebut tidak lagi kelihatan selepas itu.
1. Rompakan bank Nazi
Ketika peperangan dunia kedua semakin hampir ke penghujung, wang bernilai RM12 bilion telah dicuri dari bank pusat Jerman.
Ia berlaku ketika kekacauan yang sedang meruntuhkan Jerman, ketika mana tentera Rusia datang untuk membunuh semua orang.
Ini adalah gangguan yang sempurna bagi kumpulan perompak bank tersebut. Kebanyakan orang bahawa berpendapat wang itu dicuri oleh saki baki tentera Jerman yang masih hidup.
Teori mengatakan sama ada mereka menyembunyikan wang di suatu tempat atau hanya membahagikannya di antara mereka sebelum mereka dibubarkan.
Rompakan bank Nazi ini benar-benar ibu segala misteri rompakan bank.