Oleh pada 18 Jan 2023 kategori

"Senyum itu satu sedekah. Dengan senyuman, terjalinlah ikatan."

Masyarakat kita dididik untuk tersenyum, kerana senyuman melambangkan kegembiraan dan keceriaan individunya. Senyuman bagi kita, dilihat dalam konteks positif yang membawa imej mesra.

Walaupun begitu bagi sesetengah masyarakat di dunia, mereka tidak memegang pendapat yang sama dengan kita, sehinggakan tersenyum pun sudah menjadi sesuatu yang perlu dielakkan. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dari mana datangnya mereka ini? 

Russia anggap senyuman perbuatan orang bodoh

orang russia tak suka senyum masa kerja

Jika anda lihat gambar individu Russia, kebanyakan gambar biasanya memaparkan individu berwajah serius semasa mengambil gambar. Ini kerana budaya masyarakat Russia melihat senyuman haruslah kena dengan tempatnya.

Senyuman mengikut budaya orang Russia adalah sesuatu yang peribadi dan bukanlah perbuatan yang sepatutnya dibuat secara awam dalam pergaulan sosial. Walaupun begitu itu tidaklah bermakna mereka tidak menghargai atau memahami budaya orang luar, cuma budaya mereka terbentuk sebegitu rupa.

Masyarakat Russia mengkhususkan senyuman dalam situasi khas seperti bertemu rakan, sanak saudara atau kenalan, tahu tentang berita baik atau sama seperti kita, mendengar sesuatu yang lucu. 

kenapa russia norway jepun tak suka senyum

Mereka mengelakkan senyum semasa berada di kalangan orang yang tidak dikenali, dan semasa berdepan kesukaran. Ini biasa kan?

Apa yang luar biasa, kajian juga membuktikan masyarakat Russia tidak suka tersenyum semasa berada dalam suasana kerja atau sedang belajar. Dalam dua situasi itu masyarakat Russia digalakkan untuk mengekalkan wajah serius.

Seperti dalam gambar di atas. Ada satu pepatah Russia perlu kami sebutkan di sini; 'seseorang yang suka tersenyum tanpa sebab, menandakan dia bodoh.'

Jadi harap kita fahamlah kenapa orang Russia selalu kelihatan garang dan bengis.

Orang Jepun tak suka orang tak dikenali senyum 

orang jepun senyum jika ada keperluan

Bagi kita di Malaysia, menghadiahkan senyuman kepada orang yang mungkin lalu lalang di depan kita adalah simbol kemesraan biasa.

Bagi masyarakat Jepun pula, tersenyum kepada orang yang tidak kita kenali dilihat sebagai satu tindakan yang mempunyai maksud tersirat. Ini disebabkan mentaliti masyarakat mereka yang tidak suka mana-mana individu asing tersenyum kepada mereka.

Perbuatan tersenyum kepada orang asing dilihat aneh, kasar dan juga boleh membawa kepada pergaduhan.

Khususnya jika seorang lelaki dewasa tersenyum kepada kanak-kanak. Kita mungkin melihat perkara itu biasa. tetapi bagi orang Jepun, perbuatan itu menunjukkan lelaki tersenyum menyimpan niat tidak elok serta ada perasaan seksual terhadap kanak-kanak tersebut.

Selain itu, Jepun juga gemar menggunakan senyuman dalam satu konteks berbeza. Di kalangan masyarakat Jepun ada frasa yang dinamakan sebagai naki-warai atau senyuman yang menyembunyikan perasaan.

Mereka akan tersenyum semasa berdepan situasi sukar, sedih atau gundah gulana bagi menyembunyikan perasaan sebenar mereka, khasnya bila berhadapan sanak saudara atau ahli keluarga yang bimbang tentang keadaan mereka.

Senang cerita, masyarakat Jepun tak senang-senang nak senyum kecuali anda kenal mereka. Kalau mereka tersenyum dalam tangisan, ada kemungkinan hati mereka sedang porak-peranda.

Orang Norway mesra bila buat muka ketat

orang norway tidak suka papar mesra

Di antara banyak misteri berkenaan perbezaan pandangan berkait senyuman dan kemesraan, masyarakat Norway rasanya mempunyai pandangan yang jauh berbeza dengan kita. 

Jika kita salah faham, memang boleh buat bergaduh. Ini kerana masyarakat Norway melihat kemesraan di kalangan masyarakat wujud apabila seseorang itu berusaha untuk sama sekali tidak mengganggu orang lain yang tidak dikenalinya, dalam apa cara sekalipun...termasuklah dengan senyuman.

Sekiranya anda duduk di sebelah orang Norway dalam sebuah tren pengangkutan awam, adalah digalakkan untuk anda duduk diam dan tak cuba untuk ajak dia borak-borak kosong mengisi waktul, kerana mereka merasakan perbuatan sebegitu kurang sopan.

Senyum pun tak perlu. Buat muka ketat dipandang lebih berhemah. Mereka tidak mengamalkan budaya bertegur sapa atau buat-buat mesra bila bersua muka yang kita amalkan.

Semua perbuatan itu dilihat mengganggu orang lain. Masyarakat Norway memandang hubungan yang baik terjalin apabila semua pihak berusaha untuk tidak masuk campur urusan satu sama lain sebaik mungkin. Atas kefahaman itu jugalah individu dari Norway sama sekali tidak akan meminta izin atau mudah memohon bantuan orang lain.

Sebagai contoh, sekiranya kita sedang makan dan mahu mengambil hidangan yang ada di hujung meja bertentangan kita, biasanya kita akan meminta orang berdekatan untuk menghulurkan hidangan itu kepada kita. Orang Norway tak.

Mereka akan ambil sendiri tanpa meminta dan tanpa berkata sepatah pun. Bagi mereka, sangat penting untuk mereka tak menyusahkan orang lain membantu mereka.

Kalau buat di Malaysia, memang ramai yang tuduh kita tak beradab orangnya. Lagilah kalau muka kita jenis ketat dan mulut tak ramah pula.

Rujukan




Hakcipta iluminasi.com (2017)