Oleh pada 24 Dec 2017 kategori

stesyen vostok

Dataran Antartika merupakan sebuah dataran yang sangat luas terletak di Kutub Selatan. Ianya mempunyai cuaca yang sangat sejuk sepanjang tahun dan tiada penempatan tetap manusia yang wujud disana. Untuk mengetahui serba sedikit latarbelakang Antartika, sila baca artikel kami 5 Fakta Menarik Mengenai Antartika.

Pada masa kini, kawasan Antartika menjadi antara tempat tumpuan para saintis dari seluruh dunia untuk menjalankan pelbagai jenis kajian termasuklah kumpulan NASA dari Amerika Syarikat dan juga para penyelidik daripada Rusia.

Baru tahun 2015, pihak Rusia mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menggali lubang sedalam 3.7 km di Laut Vostrok. Usaha penggalian ini telah dilakukan berdekatan stesyen kajian milik Rusia yang diberi nama Stesyen Vostok. Pencapaian ini membolehkan ianya diiktiraf sebagai lubang yang paling dalam di dunia berjaya digali oleh manusia.

laut vostok

Proses penggalian kedua

penggalian di vostok

Mengikut rekod, pihak saintis Rusia telah berjaya menggali ke permukaan Laut Vostok ini pada tahun 2012 lagi. Walau bagaimanapun, kerana terdapat dakwaan pencemaran bahan kimia kerosin dan kreon, sampel yang diambil dikhuatiri sudah tercemar.

Hal ini memaksa pasukan ini menggali semula lubang yang baru bagi memastikan sampel yang diambil benar-benar tidak tercemar daripada bendasing. Mereka menggali semula 0.48 km terakhir dengan menggali lubang yang baru selari dengan lubang yang pertama. Proses penggalian lubang yang baru  ini akhirnya siap pada tahun 2015.

Penemuan spesis hidupan baru

bakteria baru

Kejayaan menggali lubang sedalam kira-kira 3.7 km ini merupakan satu kejayaan besar mengambil kira pelbagai kesukaran daripada segi teknikal untuk menggali lubang sedalam itu dan kewajiban untuk mematuhi undang-undang alam sekitar yang ketat dikenakan terhadap aktiviti penggalian itu bagi memastikan ianya tidak tercemar dengan bendasing dari luar.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting daripada itu adalah penemuan kira-kira 3500 jenis hidupan di kedalaman seperti itu. Antara penemuan penting yang telah direkodkan adalah bakteria baru dimana DNA yang dimilikinya sangat unik dan tidak menyamai mana-mana hidupan lain yang wujud di tempat lain di bumi ini.

Brent Christner, seorang ahli biologi berkata, kajian yang dilakukan ke atas sampel yang diambil daripada kawasan Laut Vostok menunjukkan bahawa lapisan ais tebal yang wujud di atas Laut Vostok itu dianggarkan sudah wujud kira-kira 15 juta tahun dahulu.

Ini bermakna apa-apa hidupan yang wujud di bawah ini hanya wujud disini dah tidak tercemar daripada kawasan lain. Hidupan-hidupan ini juga mempunyai karakter khas yang membolehnya mengadaptasi diri dengan cuaca Antartika yang sangat ekstrim ini.

Petunjuk baru bagi saintis

marik

Penemuan air pada kedalaman tersebut juga merupakan satu perkara yang menakjubkan. Walaupun suhu pada kedalaman tersebut adalah dibawah takat beku, air di Laut Vostok tidak membeku kerana tekanan yang tinggi pada kedalaman tersebut.

Penemuan spesis hidupan baru pada kedalaman ini juga memberi petunjuk dan harapan baru kepada para saintis untuk mencari hidupan baru di planet lain seperti Marikh. Para saintis berpendapat walaupun dalam keadaan ekstrim sekalipun, selagimana air wujud maka terdapat kemungkinan spesis hidupan yang wujud disitu.

Kredit:

  1. Geography and You
  2. Live Science
  3. Extreme Tech
  4. RT

tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)