Oleh pada 23 Dec 2017 kategori

Sebelum ini kami pernah menulis 5 perbezaan antara Antartika dan Artik. Artikel tersebut telah membandingkan secara ringkas latarbelakang dan menjelaskan kekeliruan yang biasa timbul antara keduanya.

Kali ini, kami ini berkongsi 5 fakta menarik terutamanya dari aspek sejarah dan sains mengenai kawasan Antartika. Antartika sememangnya satu kawasan dataran luas yang masih menjadi misteri dan banyak kajian dan ekspedisi yang sedang dijalankan disini oleh pelbagai pihak.

1. Diterokai pada tahun 1820

eksplorasi kutub selatan

Walaupun daripada segi geografinya Antartika merupakan benua ke 5 terbesar di dunia, para penjelajah atau pengkaji hanya dapat menemuinya pada tahun 1820. Pada tahun 1777, sekumpulan pelayar daripada British yang diketuai oleh Kapten James Cook dipercayai telah sampai ke kawasan Bulatan Antartika (Antartika Circle). Walaupun mereka berjaya menemui beberapa pulau kecil, mereka tidak berjaya menemui kawasan Antartika itu sendiri.

Pada tahun 1820, sekumpulan penjelajah dari Rusia yang diketuai oleh Fabian Gottlien von Bellingshausen dan Mikhail Lazarev berjaya menemukan daratan Antartika buat pertama kalinya. Pihak British turut menjalankan ekspedisi pada tahun yang sama diketuai oleh Edward Bransfield. Beberapa ekspedisi awal yang dilakukan di kawasan tersebut mendakwa menemui bongkahan besar ais di kawasan ini.

2. Kawasan paling sejuk di dunia

kehidupan di antartika 173

Sekiranya anda tidak tahu, kawasan Antartika adalah antara kawasan paling sejuk di dunia. Secara purata, suhu di kawasan ini dikatakan sekitar -83°C. Maka tidak hairanlah tiada penempatan manusia yang menetap secara tetap disini.

Kajian daripada pihak NASA menunjukkan rekod suhu paling rendah yang pernah dicatatkan disini adalah -93°C yang direkodkan pada tahun 2010. Suhu ini merupakan rekod terbaru memecahkan rekod lama yang dicatatkan 30 tahun sebelum itu.

3. Kelajuan angin sekencang ribut taufan

fenomena katabatic wind 688

Bukan sahaja cuaca yang sangat ekstrim, malah Antartika juga mencatatkan kelajuan angin yang sangat kuat. Kelajuan angin disini dikatakan boleh mencecah 320 km/jam. Sebagai perbandingan, kelajuan angin yang dibawa oleh ribut taufan pula biasanya tidak kurang daripada 252 km/jam. Ini bermaknya, kelajuan angin di Antartika secara puratanya melebihi angin ribut taufan.

Kelajuan angin disini boleh dikategorikan sebagai merbahaya kepada manusia. Kelajuan angin ini dikatakan berpunca daripada angin yang sejuk dan berat yang bertiup kencang di cerun curam kawasan ini. Fenomena ini juga dikenali sebagai katabatic wind.

4. Tiada zon masa di Antartika

zon masa di antartika

Kedudukan masa di setiap negara di muka bumi ditentukan melalui kedudukan kawasan tersebut berpandukan koordinat di jalur longitud. Sebagai contoh, zon masa bagi negara kita Malaysia adalah UTC+08:00. Kedudukan Antartika di Kutub Selatan bumi bermakna dataran Antarika meliputi semua longitud, menyukarkan untuk menentukan zon masa disini.

Secara umumnya tiada zon masa rasmi di Antartika dan para pengkaji disini hanya menggunakan waktu negara asal mereka sebagai rujukan bagi memudahkan komunikasi 2 hala. Pada musim panas, kawasan ini akan mengalami waktu siang 24 jam manakala pada musim sejuk ianya akan mengalami waktu malam selama 24 jam.

5. 70% sumber air bersih di bumi

lapisan ais di antartika

Pihak  United States Geological Survey menganggarkan bahawa Antartika mengandungi 70% sumber air bersih di bumi, atau bersamaan kira-kira 30,109,800 kilometer padu air bersih beku. Satu jumlah yang sangat banyak. 

Selain itu, sekiranya keseluruhan ais di Antartika beku, ianya boleh meningkat paras ait laut setinggi 60m. Jika ia benar-benar berlaku, maka bandar-bandar besar yang padat dengan penduduk seperti Cairo, Montreal dan London akan tenggelam. 

Kredit:

  1. Antartica Online
  2. Wikipedia
  3. National Geographic
  4. Science Daily

tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)