Oleh pada 18 Jul 2017 kategori

rumah tangga dikatakan bergolak hanez suraya dedah status terkini perkahwinan 1 236

Kredit foto: Instagram Hanez Suraya 

Beberapa ketika dahulu kita pernah digemparkan dengan berita pergolakan rumah tangga aktres Hanez Suraya dan suaminya, Romie Razin Adilha.

Namun pasangan tersebut dikatakan berjaya mempertahankan perkahwinan mereka, sekaligus tidak terkesan dengan kontroversi yang melanda.

Dan yang terkini dikhabarkan hubungan pasangan suami isteri ini kembali dilanda masalah. 

rumah tangga dikatakan bergolak hanez suraya dedah status terkini perkahwinan 2 74

Kredit foto: Instagram Hanez Suraya 

Bagaimanapun Hanez dalam sebuah wawancara terbarunya menafikan dakwaan yang tersebar.

Menurut Hanez, dia kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang seakan cuba mencari pasal dengan menyebarkan berita yang bukan-bukan tentang kehidupan rumah tangganya.

Sayapun tak faham kenapa ada pihak yang dengki dan suka buat cerita tak betul mengenai rumah tangga saya. Saya tak aktif dalam industripun tetap ada yang tak puas hati. Apapun ingin dijelaskan saya dan suami bahagia. Kami okey saja dan tak ada apa yang berlaku. Malah kami dalam perancangan nak menambah anak kedua. Semoga ada rezeki ke arah itu.

Sumber: Harian Metro

Bersabarlah Hanez kerana sudah lumrah dalam industri hiburan yang tak sudah dihimpit kontroversi. Semoga hubungan Hanez dan suami akan baik-baik sahaja, dan impian untuk menimang cahaya mata baru akan terlaksana nanti. 


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)