Dalam dunia kriptowang, Bitcoin merupakan kriptowang pertama dan menguasai sebahagian besar peratusan dunia kriptowang. Bagi yang tidak tahu, Bitcoin dicipta oleh seorang individu atau satu entiti yang dikenali sebagai Satoshi Nakamoto. Sehingga kini, tiada siapa yang tahu siapakah individu disebalik nama ini.

Sebab mengapa ramai orang teruja dengan Bitcoin adalah kerana ia menyelesaikan masalah kebergantungan dengan wang yang dikawal selia oleh bank. Transaksi Bitcoin bergantung pada pangkalan data khas yang disebut blockchain (seperti buku besar) yang dimiliki oleh pemilik Bitcoin tetapi mempunyai salinan yang sama.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Setiap kali Bitcoin dihantar dari satu individu kepada orang lain, rekod transaksi tersebut akan turut dapat dilihat oleh semua orang. Tidak ada sesiapapun termasuklah bank, kerajaan atau orang yang mencipta Bitcoin itu sendiri yang boleh mengubahnya. Ini menjadikan penggunaan Bitcoin lebih selamat.

Pada masa kini, terdapat banyak kriptowang lain yang ada boleh beli melalui wallet digital atau platform antaranya Binance dan Luno. Namun, ada satu kisah menarik satu ketika dahulu bagaimana seorang individu mengaburi orang ramai disebalik pelaburan kriptowang untuk menipu.

Pada awal Jun 2016, seorang ahli perniagaan berusia 36 tahun bernama Dr Ruja Ignatova berjalan di atas pentas di Wembley Arena di hadapan ribuan peminat yang teruja untuk mendengarnya berucap. Bagi yang tidak tahu, Ruja Ignatova mendakwa dirinya "Ratu Kriptowang".

Pesaing kepada Bitcoin

ruja ignatova penipu kripto wang perempuan

Dia memberitahu orang ramai ketika itu bahawa dia telah mencipta satu kriptowang untuk menyaingi Bitcoin dan memujuk mereka untuk melabur berbilion-bilion ke dalam kriptowang baru ini yang diberi na OneCoin. Dia mendakwa OneCoin akan menjadi kriptowang terbesar di dunia "untuk semua orang membuat pembayaran di mana sahaja".

Bitcoin adalah kriptowang pertama dan masih merupakan yang terbesar dan terkenal. Kenaikan nilainya dari beberapa sen hingga ratusan dolar per syiling pada pertengahan 2016 telah menimbulkan kegembiraan di kalangan para pelabur. Ketika itu, kriptowang merupakan satu idea yang baru memasuki arus perdana.

Maka, tidak hairanlah ramai orang teruja ingin terlibat dalam peluang pelaburan baru yang pelik ini. Peluang inilah yang telah digunakan dengan sebaiknya oleh opurtunis seperti Ruja Ignatova untuk melakukan scam kepada mangsanya. 

Dalam majlis di Wembley tersebut, dengan yakinnya wanita ini mengatakan bahawa OneCoin adalah "pembunuh Bitcoin". Malah, dia turut mengatakan bahawa dalam tempoh 2 tahun akan datang, tidak ada lagi pelabur yang akan bercakap mengenai Bitcoin lagi kerana OneCoin sudah menguasai pasaran. 

Bagaimanakah orang ramai mudah mempercayai Ruja Ignatova?

kriptowang onecoin 826

Bertitik tolak daripada keyakinannya berucap dalam majlis ini, OneCoin mula mendapat perhatian. Di seluruh dunia, orang ramai sudah melaburkan simpanan mereka ke OneCoin dengan harapan dapat menjadi sebahagian daripada revolusi baru ini.

Orang ramai mudah tertarik dengan idea wanita ini kerana dia kerap menonjolkan latarbelakangnya dalam majlis-majlis yang dianjurkannya. Ruja Ignatova merupakan graduan Universiti Oxford, memiliki PhD dari Konstanz, pernah bertugas dengan syarikat perunding pengurusan yang dihormati, McKinsey and Company dan pernah memberi ucapan pada persidangan yang dihoskan oleh majalah The Economist.

Dokumen yang dibocorkan ke BBC menunjukkan bahawa orang Britain membelanjakan hampir € 30 juta untuk OneCoin dalam enam bulan pertama tahun 2016, € 2 juta dalam satu minggu dan kadar pelaburan mungkin meningkat setelah majlis gilang-gemilang di Wembley ini.

Antara Ogos 2014 dan Mac 2017 lebih daripada € 4bn dilaburkan daripada puluhan negara. Dari Pakistan ke Brazil, dari Hong Kong ke Norway, dari Kanada ke Yaman bahkan Palestin. 

Rahsia dan penipuan terbongkar

ruja ignatova

Pada awal Oktober 2016 - empat bulan selepas penampilan di London - seorang pakar blockchain bernama Bjorn Bjercke dipanggil oleh ejen pencarian pekerja dengan tawaran pekerjaan yang sangat lumayan. Menurut ejen tersebut, sebuah syarikat start-up berkaitan kriptowang dari Bulgaria mencari ketua pegawai teknikal.

Bjorn Bjercke ditawarkan jawatan tersebut bersama dengan sebuah apartmen dan kereta serta tawaran gaji tahunan yang menarik sekitar £ 250,000. Dengan tawaran yang lumayan tersebut, beliau tertanya-tanya apakah skop kerja yang perlu dilakukannya.

Ejen pencari pekerja tersebut memaklumkan bahawa syarikat tersebut memerlukan teknologi blockchain mereka sendiri kerana mereka belum memilikinya. Lebih pelik, walaupun syarikat startup itu mendakwa beroperasi melakukan perniagaan berkaitan perniagaan kriptowang, mereka masih lagi belum mempunyai blockchain mereka sendiri.

Agak pelik bukan? Bagaimana sebuah syarikat berkaitan kriptowang yang mengaku sudah beroperasi beberapa bulan masih lagi belum mempunyai blockchain. Bila didedahkan bahawa nama syarikat itu adalah "OneCoin", Bjorn Bjercke tidak menerima tawaran pekerjaan tersebut.

ruja ignatova scammer penipu bitcoin

Namun, daripada saat itu Bjorn Bjercke mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak betul dengan OneCoin. Bagaimana mungkin sesebuah syarikat boleh menerima pelaburan berbilion-bilion dollar dan memaparkan keuntungan dalam website mereka namun masih tidak mempunyai blockchain mereka sendiri.

Jadi, bagaimanakah OneCoin menjana keuntungan? Daripada manakah datangnya data-data yang dipaparkan di graf di laman rasmi OneCoin yang menunjukkan kriptowang ini menunjukkan prestasi yang bagus dan mencatatkan keuntungan berkali-kali ganda? Sudah jelas sekali data-data tersebut direka sendiri oleh Ruja Ignatova dan pasukannya. 

Ruja Ignatova menghilangkan diri

scam kriptowang 377

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Bjorn Bjercke mula memberi kesedaran kepada orang ramai. Pada masa yang sama, OneCoine terus meningkat popularitinya kerana Ruja Ignatova rajin ke serata dunia menjual idea-ideanya mengenai OneCOin untuk menarik pelabur-pelabur baru.

Selain itu, dengan duit daripada pelabur, Ruja Ignatova dilihat mula membeli aset-aset mewah seperti hartanah berjuta-juta dolar di ibu negara Bulgaria, Sofia dan resort di Laut Hitam Sozopol. Ada kalanya, dia akan mengadakan pesta di kapal layar mewahnya, The Davina. 

Walaupun terdapat pertambahan pelabur-pelabur baru terhad OneCoin, masalah yang dialami oleh OneCoin juga semakin meruncing kerana pelabur mula bertanyakan keuntungan mereka. Pengenalan fungsi pertukaran wang yang telah lama dijanjikan yang akan membolehkan OneCoin ditukar menjadi tunai terus ditangguhkan dan pelabur semakin tidak sabar.

Bagi menyelesaikan kemelut ini, pihak OneCoin mengumumkan kononnya mereka akan membuat pengumuman penting dalam sebuah majlis besar di peringkat Eropah yang dijadualkan berlangsung  pada Julai 2017 di Eropah. Namun, pada hari kejadian Ruja Ignatova tidak hadir seperti dijanjikan.

Sejak daripada saat itu, kelibatnya tidak lagi kelihatan di mana-mana. Dalam sekelip mata, wanita ini lenyap bersama wang-wang pelabur. Malah, rekod FBI menunjukkan bahawa pada 25 Oktober 2017, hanya dua minggu setelah tidak hadir di Lisbon, dia menaiki penerbangan Ryanair dari Sofia ke Athens.

Sejak itu, kelibatnya langsung tidak kelihatan dan keluar sepenuhnya dari radar. Itulah kali terakhir seseorang melihat atau mendengar daripada penipu yang mendakwa dirinya sebagai ratu kriptowang ini.

Kredit:

  1. BBC
  2. WSJ
  3. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)