Mata wang kripto atau digital kini bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi. Ia merupakan satu "kuasa" yang semakin luas melebarkan sayapnya. Dan antara mata wang digital yang paling berjaya dan terkenal ketika ini adalah Bitcoin. 

Ketika diperkenalkan pada tahun 2009, Bitcoin secara teknikalnya tidak bernilai apa-apa dan pada tahun 2010, nilainya meningkat kepada RM1.50 untuk 1 Bitcoin. Pada hari ini, nilainya mencecah RM31,000 dan nilai tertinggi yang pernah dicatatkan bagi 1 Bitcoin adalah RM73,800.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5 mata wang kripto yang mungkin lebih bernilai daripada bitcoin satu hari nanti 2

Tiada siapa menjangkakan nilainya akan menjadi sebegini tinggi. Di sebalik Bitcoin, terdapat beberapa mata wang digital lain yang dilihatkan mempunyai potensi tinggi. Oleh itu iluminasi.com ingin kongsikan 5 mata wang kripto yang mempunyai masa depan yang sangat cerah.

5. Monero (XMR)

monero 5 mata wang kripto yang mungkin lebih bernilai daripada bitcoin satu hari nanti

Jika anda belum pernah dengar nama Monero, itulah tujuan kami sertakan dalam senarai ini. Pengasas wang kripto ini memberi penekanan kepada privasi dan keselamatan. Walaupun urus niaga Bitcoin berlaku secara terbuka, namun Monero mengambil pendekatan berbeza.

Monero adalah sejenis wang kripto di mana sebahagian daripada urus niaganya adalah tersembunyi. Ia mewujudkan lebih privasi bagi mereka yang mahukan urus niaga mereka dilakukan secara rahsia.

Ramai yang mengatakan ia membolehkan penjenayah menggunakanya dalam melakukan penggubahan wang haram dan perkara jenayah lain, namun ia mempunyai sisi positif. Pasti akan ada permintaan untuk wang kripto seperti ini, dan Monero adalah yang terbesar ketika ini.

4. Zcash (ZEC)

zcash 5 mata wang kripto yang mungkin lebih bernilai daripada bitcoin satu hari nanti

Sama seperti Monero, Zcash adalah wang kripto yang menyimpan sebahagian daripada transaksinya secara peribadi. Ia juga merupakan wang digital yang fokus kepada privasi dan keupayaan mengekalkan transaksi individu secara rahsia, dalam meraih perhatian daripada individu berprofil tinggi, dan juga orang biasa.

Jika anda fikirkan, mengapa orang lain perlu tahu wang anda dibelanjakan ke mana, kan? Anda sahaja yang berhak mempunyai akses kepada maklumat-maklumat ini, dan Zcash adalah wang digital yang menjanjikan perkara ini.

3. Digital Note (XDN)

digital note 5 mata wang kripto yang mungkin lebih bernilai daripada bitcoin satu hari nanti

Dahulunya mata wang digital ini dikenali sebagai DarkNote. Namun, ia kelihatan lebih baik apabila namanya ditukar. Terdapat beberapa faedah yang ditawarkan oleh mata wang ini termasuklah privasi transaksi. Butiran mengenai Digital Note:

  1. Mata wang ini boleh "dilombong" menggunakan komputer biasa
  2. Mata wang ini sebenarnya mengenakan faedah kepada pemegang pada kadar 0.5% hingga 1% setiap tahun seperti akaun bank
  3. Mata wang ini agak murah berbanding mata wang lain, menjadikannya mata wang yang berpotensi.

2. Lite Coin (LTC)

lite coin 5 mata wang kripto yang mungkin lebih bernilai daripada bitcoin satu hari nanti

Mata wang seterusnya dikenali sebagai Litecoin. Mata wang ini dibina menggunakan algoritma yang berbeza dari Bitcoin dan mata wang digital yang lain. Litecoin juga merupakan antara mata wang paling lama dalam pasaran digital.

Ia dilancarkan pada tahun 2011, dan jika Bitcoin dianggap seperti emas, Litecoin pula adalah seperti perak. Ia menggunakan bahasa Scrypt yang dibina secara berlainan daripada yang lain. Disebabkan usianya dan penggunaan di kalangan pasaran internet tertentu, Litecoin kekal dan semakin mendapat perhatian, serta nilainya berkemungkinan besar akan mengalami peningkatan.

1. Ethereum (ETH)

ethereum 5 mata wang kripto yang mungkin lebih bernilai daripada bitcoin satu hari nanti

Daripada semua mata wang digital yang ada, Ethereum dikatakan bakal menjadi mata wang digital masa depan. Ia bertindak sebagai platform untuk mewujudkan "Kontrak Pintar", yang bermakna Ethereum boleh digunakan sebagai kerangka untuk orang lain menghasilkan wang digital dan mata wang baru.

Katakan tiba-tiba Amazon atau Microsoft ingin mencipta mata wang digital sendiri untuk memberi ganjaran kepada sesiapa sahaja yang ingin menggunakannya, mata wang tersebut berkemungkinan besar dibina berdasarkan Ethereum. 

Boleh katakan Ethereum seperti internet yang membenarkan mata wang baru dibina di atasnya. Ketika ini, Ethereum mempunyai nilai besar yang masih tidak disedari orang ramai!




Hakcipta iluminasi.com (2017)