Kredit foto: Instagram Rosyam Nor

Pelakon Rosyam Nor akui mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kesihatannya agar kekal awet muda.

Menurut Rosyam, dia mengamalkan jus durian belanda kerana khasiatnya yang baik untuk tubuh dan dapat mencegah penyakit.

rosyam nor kongsi tips bentuk tubuh menarik 2

Kredit foto: Instagram Rosyam Nor

Bila orang tanya apa yang saya amalkan untuk kelihatan awet muda, saya boleh jawab saya banyak ambil khasiat daripada durian belanda. Saya jadikan daun durian belanda sebagai teh dalam minuman selain makan sendiri buahnya. Ramai orang tak tahu durian belanda banyak memberi kesan yang baik pada tubah badan kita kerana ia mengelak daripada sebarang penyakit termasuk kanser. Bila tubuh badan kita sihat dan tiada penyakit secara tak langsung wajah kita juga nampak lebih segar dan muda. Selain itu, saya hanya minum madu setiap hari tanpa mengamalkan makanan tambahan.

Sumber: Astro Gempak 

Mempunyai bentuk tubuh yang menarik, Rosyam memberitahu dia hanya melakukan aktiviti berkebun dan tidak ke gim seperti kebanyakan selebriti lain. 

Saya tidak pergi ke gim untuk bersenam atau sebagainya sebaliknya saya suka melakukan aktiviti berkebun. Badan juga dapat mengeluarkan peluh selepas berkebun dan rasa lebih segar.

Sumber: Astro Gempak  

rosyam nor kongsi tips bentuk tubuh menarik 3 135

Kredit foto: Instagram Rosyam Nor




Hakcipta iluminasi.com (2017)