Pengarah dan pelakon tersohor tanah air, Datuk Rosyam Nor dikatakan berang apabila dihubungi Shuib Sepahtu baru-baru ini.

Perkara tersebut juga disahkan oleh Shuib sendiri ketika satu sidang media yang berlangsung di Bora Ombak Marina, Putrajaya pada hari Selasa minggu lepas.

Shuib menceritakan kisah semasa dia menghubungi Datuk Rosyam Nor untuk memberikan jemputan ke majlis perkahwinannya. Walau bagaimanapun, Datuk Rosyam yang terkejut dengan berita itu telah memarahi Shuib dengan tidak disangka-sangka.

shuib mahu kahwin lagi sekali

Shuib kemudian terpaksa menjelaskan hal yang sebenar berkaitan majlis perkahwinan yang merupakan hadiah istimewa buat isteri tercinta iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Pemberian ini bersempena ulangtahun perkahwinan mereka yang keenam.

shuib buat kenduri kahwin lewat

Shuib dan Siti Sarah tidak berkesempatan mengadakan sebarang majlis perkahwinan besar-besaran semasa mereka diijabkabulkan enam tahun yang lalu. Menurut Shuib, ketika itu dia masih belum mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk mengadakan majlis persandingan.

Sebagai seorang pasangan yang memahami dengan keadaan Shuib, Siti Sarah akur dengan keputusan itu namun tidak henti-henti memberi kata-kata semangat buat Shuib sepanjang perkahwinan mereka.

gambar shuib sepahtu bersama anak dan isterinya siti sarah

Bersempena ulangtahun perkahwinan yang keenam bagi pasangan ini, Shuib telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu majlis persandingan pada 26 Februari bertempat di Bora Ombak Marina sebagai tanda penghargaan buat isteri yang dikasihi. Seramai 600 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, wartawan dan rakan artis dijemput untuk bersama memeriahkan majlis tersebut.

Biarlah kenduri lambat sekalipun, asalkan rumahtangga mereka penuh dengan rasa cinta dan keberkatan ye dak? Lagipun anak-anak mereka pun dapat berkongsi rasa excited dan seronok semasa bersanding. Yang paling penting mereka masih kekal bahagia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)