Oleh pada 04 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Sinar Harian

Hasutan pihak tertentu yang menggesa agar pasaraya milik aktor Datuk Rosyam Noor iaitu ST Rosyam Mart diboikot dianggap beliau sebagai tindakan yang tidak berfaedah.

Kata Rosyam, 51, ia seolah menampakkan pihak tersebut 'tidak mempunyai kerja lain untuk dibuat'.

Rosyam yang tidak gentar menyifatkan saranan itu tidak memberi impak langsung kepada perniagaannya kerana sehingga kini ia masih berjalan lancar seperti biasa.

“Alhamdulillah di bulan Ramadan ini saya mendapat banyak rezeki pahala yang orang bagi secara percuma.

“Ada yang mengutuk saya, tetapi alhamdulillah dalam masa bulan puasa ini jugak ALLAH beri rezeki berlipat ganda kepada saya, walaupun ada pihak yang cuba hendak memboikot tapi alhamdulillah 24 jam penuh sentiasa, meskipun saya belum lancarkan secara rasmi pasar raya saya,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Rosyam mengulas ancaman pihak yang ingin melihat pasarayanya diboikot gara-gara perbezaan fahaman dan haluan politik.

Dalam pada itu, Rosyam atau nama sebenarnya Mohd Noor Shamsudin berkata, dia menghargai netizen yang telah memberikan sokongan penuh kepada perniagaan baharunya itu.

“Terima kasih yang ‘support’ bagi saya benda itu segelintir sahaja, orang Melayu Islam tak sebegitu hanya mereka yang mungkin kekurangan akhlak melakukan perkara begitu,” katanya.

Pelakon filem Lee Chong Wei ini meminta para pelanggannya menantikan tawaran harga istimewa yang bakal menyusul tidak lama sahaja lagi.

“Lepas raya kita akan buat promosi untuk menjual ayam murah seekor 88 sen,” katanya.

ST Rosyam Mart yang beroperasi 24 jam di Setiawangsa, Kuala Lumpur itu menawarkan harga borong kepada para pelanggan sejak 1 Jun lalu.

isu boikot pasaraya rosyam nor ini responnya 2

isu boikot pasaraya rosyam nor ini responnya 3

isu boikot pasaraya rosyam nor ini responnya 4

isu boikot pasaraya rosyam nor ini responnya 5

Kredit foto: KL Reporter




Hakcipta iluminasi.com (2017)