joey komen isu joras tersingkir mengejut 1

Setiap Jumaat jam 10 malam adalah antara waktu panas yang menjadi tumpuan ramai di ketika ini. Peminat rancangan hiburan pastinya akan berkumpul menonton gelanggang yang saban minggu semakin hangat - Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017. 

Apatah lagi baru-baru ini MLM telahpun memasuki minggu yang kesembilan, maka persoalan yang meniti di bibir ramai adalah pelawak mana yang akan menjadi mangsa seterusnya untuk disingkirkan di tangga-tangga terakhir sebelum tibanya peringkat final.

Jumaat lalu menyaksikan kumpulan Joras yang sering tampil konsisten setiap minggu diumumkan sebagai peserta tersingkir. Meskipun menjadi antara kumpulan terkuat dalam pertandingan tersebut, persembahan terakhir mereka dilihat agak hambar dan kucar-kacir. 

Malah lebih panas apabila kumpulan tersebut dikatakan membawa lawak yang berunsur lucah. Hal ini turut diakui oleh Rosyam Nor selaku pengkritik tetap menerusi ulasannya. 

Sejurus selepas persembahan yang hanya menerima dua HA! itu, ini komen kumpulan Joras yang dipetik daripada laman Instagram mereka. 

Tak semestinya kita selalu di atas. Kadang kadang kita harus terima kita di berada bawah. Dua HA dari pihak juri. Apa2 pun Joras telah buat yang terbaik minggu ini. Teruskan taip ML20 Joras ke 32777. Keep it up!

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kumpulan itu apabila menjadi mangsa dalam segmen penyingkiran. Ini pula komen mereka selepas disingkirkan.

Perjalanan Joras terhenti di sini. Terima kasih buat semua yang mengundi Joras. Adat pertandingan, ada menang ada kalah. Maafkan Joras sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa buat peminat. Ada masa Joras akan perform lagi. Terima kasih sekali lagi.

Menerusi tinjauan kami di laman sosial mendapati rata-rata netizen mempunyai pendapat mereka yang tersendiri tentang mengapa kumpulan itu berada di kedudukan terbawah pada minggu tersebut. Malah Joey juga dilihat turut sama memberi respon yang agak panas. 

Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya Joras telahpun sampai ke minggu yang kesembilan dan pencapaian tersebut tetap sebuah pencapaian yang membanggakan. Tahniah dan jangan berputus asa kerana tahun hadapan ada lagi! 

tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)