dulu patut saya main dengan manchester united tapi rosyam nor 1

Kredit foto: Instagram Rosyam Nor

Merasai demam bola sepak Piala Dunia bagaikan tidak terkecuali bagi setiap individu.

Aktor popular, Datuk Rosyam Nor, antara yang tidak ketinggalan bergelar antara peminat tegar kejohanan antarabangsa tersebut, apatah lagi beliau mempunyai simpanan koleksi menarik berkaitan sukan diminati seluruh dunia itu.

Menerusi laman sosial Instagram, figura berusia 51 tahun ini mempamerkan koleksi simpanannya berupa bola sepak yang dijadikan 'match ball' sejak kejohanan Piala Dunia 2006 diikuti tiga lagi penganjuran seterusnya.

"Jika ada umur panjang saya kumpul lagi," katanya dalam rakaman video berkenaan.

Rosyam yang bergaya dalam baju kurta warna putih dihias songkok di kepala, antara lain mempamerkan beberapa lagi koleksi bola sepak yang tersusun rapi dalam rak almari pejabat beliau.

Kemudiannya, bintang KL Menjerit ini mengatakan perjalanan hidupnya nyaris memungkinkan beliau menjadi antara pemain bola sepak pasukan kelab Inggeris terkemuka, Manchester United (Man U).

"Dulu sepatutnya saya main dengan Manchester United tapi sayang mak tak nak jual saya," katanya.

Ia sekadar dialog gurauan dalam rakaman berkenaan.


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)