Robot kejuruteraan Jerman meleburkan rekod dunia Rubic's Cube miliknya sendiri, menyelesaikan teka-teki tersebut hanya dalam masa lebih kurang setengah saat.
Robot Sub1, yang dibangunkan oleh jurutera Albert Beer, menetapkan Rekod Dunia Guinness baru untuk "Robot terpantas menyelesaikan Rubic's Cube" dengan masa 0.637 saat.
Kini dikenali sebagai Sub1 Reloaded, robot itu menghapuskan lebih dari satu perempat daripada rekod 2016 iaitu 0.887 saat selepas menggunakan cip pemproses Infineon baru.
BESARKAN TEKS A- A+
Proses menyelesaikan teka-teki bermula apabila komputer menerima dua gambar Rubic's Cube kemudian mengenalpasti warna setiap unit kubus dan menggunakan pelaksanaan Herbert Kociemba’s Two Phase Algorithm yang diimplimentasikan oleh Tom Rokicki untuk menentukan penyelesaian paling cepat rekod dunia kubus Rubik sendiri, menyelesaikan teka-teki dalam masa lebih kurang setengah saat.
Saksikan betapa lajunya robot ini
Sebuah papan kawalan Arduino-compatible Infineon AURIX microcontroller AURIX kemudian mengendalikan enam lengan robot mekanikal, membolehkannya menyelesaikan teka-teki dalam 21 langkah.
Bak kata orang utara 'laju gila baq hang!'
Ranking rakyat Malaysia dalam menyelesaikan Kiub Rubik
Untuk tidak mengecewakan pembaca dengan artikel yang ringkas mengenai robot penyelesi Rubik dari Jerman ini, iluminasi.com sertakan sekali rekod terpantas rakyat Malaysia dalam menyelesaikan kiub rubik.
Rekod terpantas bagi rakyat Malaysia (rubik 3x3) dipegang oleh Ainesh Sevellaraja dengan kepantasan 6.10 saat. Dan kedudukan kedua disandang oleh Hariz Azizan dengan kepantasan 6.55 saat.
Berikut adalah video yang dirakamkan oleh saudara Hariz Azizan pada laman youtube beliau.
Rujukan: Robot breaks Rubiks cube world record in a fraction of a second